The Sad Story

55 7 0
                                    

Sehun duduk seorang diri di atas sofa di bilik khas EXO di universiti Jeguk itu. Dia termenung. Memikirkan akan rantai leher milik Ye Seul itu.

"Rantai tu... Ye Seul tu... Yu Hee ke?" Soal Sehun seorang diri. Terbayang satu wajah comel yang sangat dia rindui , sepupunya sendiri.

Kim Yu Hee, iaitu adik Suho, Kim Joon Myeon. Jika dia beritahu Ye Seul mempunyai rantai yang Suho cari selama ini, pasti dia akan menyiasat pasal Ye Seul.

Sehun menggeleng kepalanya. Tak. Tak mungkin dia Yu Hee. Tak mungkin!

Sehun teringat kenangannya bersama Yu Hee ketika kecil dulu...

Flashback~
14 tahun yang lalu..

Yu Hee berlari lari anak di sekitar halaman rumah yang besar ibarat istana yang berlapikkkan salji putih sambil dikejar Sehun di belakang. Yu Hee tersenyum riang sekali.

Mereka berpakaian musim sejuk. Berjaket tebal dan bertopi. Suho juga menyertai mereka.

"Oppa tak boleh kejar Yu Hee!" Ejek Yu Hee sambil berlari. Mereka mengelilingi pancutan air di situ. Sangat indah. Kemudian Yu Hee berlari ke arah pokok pula.

"Yu Hee! Tunggulah oppa." Ujar Sehun sambil tercungap cungap. Suho juga. Yu Hee berhenti berlari kemudian ketawa.

"Eii. Lemahlah oppa ni. Nanti macam mana nak jadi atlet larian nanti?" Ujar Yu Hee. Sehun dan Suho berhenti di hadapan Yu Hee yang putih comel itu.

"Oppa taknak jadi atlet. Penat.." ujar Suho. Sehun menarik nafas sedalam yang boleh.

"Taknak sudah!" Ujar Yu Hee kemudian sambung berlari. Tanoa disedari, kaki Yu Hee tersepak batu kecil dan jatuh tersungkur. Sehun dan Suho terkejut.

Yu Hee menangis sambil tertiarap di atas salji putih itu. Mereka berdua berlari arah Yu Hee. Suho membantu Yu Hee agar duduk.

"Yu Hee tak pape ke?" Soal Sehun cemas. Yu Hee hanya menangis.

"Sakit.... Lutut Yu Hee sakit..." ujar Yu Hee sambil menangis. Suho melipat seluat Yu Hee. Takda darah. Mungkin sebab tergesel dengan tanah.

"Lutut Yu Hee cedera sikit ni.. Boleh jalan tak?" Soal Suho. Yu Hee menggeleng. Suho mengelap air mata Yu Hee dengan lengan bajunya. Yu Hee hanya membiarkan saja.

Suho memeluk bahu Yu Hee untuk membantu Yu Hee berdiri. Tiba tiba Sehun mencangkung di depan Yu Hee. Yu Hee dan Suho terhenti.

"Biar oppa dukung Yu Hee.." ujar Sehun. Suho mengangguk. Yu Hee kemudian naik ke belakang Sehun. Sehun berdiri dan mula melangkah. Suho di sebelah mereka.

"Yu Hee tak berat,kan?" Soal Yu Hee. Sehun menggeleng.

"Taklah. Yu Hee ringan je. Macam kertas.." balas Sehun. Yu Hee ketawa comel. Suho hanya tersenyum.

"Terima kasih, Sehun oppa. Saaaayang Sehun oppa.."ujar Yu Hee lalu mengucup pipi Sehun. Muka Sehun berona merah.

"Oppa takde ke?" Soal Suho. Yu Hee hanya tersenyum.

"Takde.. Sebab oppa tak dukung Yu Hee.."balas Yu Hee. Suho memuncungkan bibirnya.

Mereka bertiga ketawa. Mereka menuju ke rumah di hadapan mereka.

End of flashback

Sehun tersenyum sendirian. Dia kemudiannya duduk dengan tidak bersandar pada kerusi. Tangannye digenggam dan diletakkan di atas pahanya. Gaya seperti sedang berfikir.

When I Meet HimWhere stories live. Discover now