Ikae Mwoyaaaa

61 7 0
                                    

Pintu dikuak lalu Yuri tersentak melihat situasi di hadapannya. Matanya membulat.

"Yah! Joshua! Apa ko buat ni?! Aku suruh jaga Ye Seul bukan tidur dengan dia!" Jerit Yuri. Joshua kelam kabut bangun lalu terjatuh dari katil. Yuri membaling kertas kepada Joshua. Ye Seul kemudian terbangun dan tersentak.

"Berhenti! Berhenti! Ko salah faham!" Ujar Joshua. Yuri tidak berhenti mencampak kertas ke arah Joshua. Ye Seul walaupun sedikit mamai pergi ke arah Yuri dan memegang tangan Yuri. Yuri berhenti mencampak.

"Ko salah faham, Yuri. Joshua temankan aku semalam. Jangan salah faham.." ujar Ye Seul. Yuri mengetap gigi. Joshua kemudian bangun.

"Salah faham?! Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri Joshua baring sebelah ko. Ko nak kata salah faham lagi?! Kalau eomma appa kau tahu apa perasaan dieorang ko rasa?" Soal Yuri.

"Ko salah fahamlah, Yuri. Ko kan tau aku takut hujan. Malam tadi hujan lebat,kan? Joshua temankan aku.. dia tertidur tu.. Ko salah faham. Jangan salahkan Joshua.."jelas Ye Seul. Yuri menjeling ke arah Joshua.

"Betul?" Soal Yuri kepada Joshua. Joshua mengangkat tangan paras bahu. Seperti sedang berikrar.

"Kalau apa apa jadi kat Ye Seul, siap ko!" Tegas Yuri. Joshua menundukkan badannya 70°.

"Dahlah, turun dulu. Nanti aku datang.." ujar Ye Seul sambil menolak Yuri keluar. Yuri hanya menurut. Joshua mengeluh lalu mengetuk kepalanya sendiri.

"Tulah ko. Kata je nak rehat kejap, sekali tertidur. Nasib baik Yuri, bukan V. Huh!" Ujar Joshua lalu meninggalkan bilik Ye Seul.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Seminggu berlalu~

Suho menarik kerusi di hadapan eomma nya. Dia meletakkan beg di kerusi sebelah laly melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

"Morning, eomma. Morning, appa.." sapa Suho. Eomma nya, Puan Kim Yung Hwa dan appanya, Kim Jung Pil tersenyum. Suho mencapai roti di hadapannya dan disuap ke mulut.

"Suho, kamu ada jumpa rantai tu?" Soal Puan Kim. Suho berhenti mengunyah. Wajah sedih dipaparkan. Lalu menggeleng. Dia segera menghabiskan sisa makanannya.

"Suho tak jumpa lagi...maaf, eomma..." balas Suho. Puan Kim tersenyum nipis.

"Takpa... Harap kita dapat cari rantai tu dan pemiliknya sekali.." ujar Puan Kim sedih. Encik Kim hanya mengusap belakang Puan Kim.

"Awak tu janganlah nangis. Kalau awak nangis nanti, kemurungan jadinya.." ujar Encik Kim. Puan Kim tidak membalas.

"Eomma, Suho yakin Suho akan dapat cari Yu Hee. Suho yakin..."ujar Suho. Puan Kim hanya tersenyum nipis.

"Maafkan Suho, eomma..kalau Suho temankan Yu Hee pergi tandas waktu tu, Yu Hee takkan hilang..." ujar Suho. Puan Kim mengangkat wajahnya.

"Bukan salah kamu, Suho. Kamu tak salah. Kamu dah lakukan tugas sebagai seorang abang dengan bagus...." ujar Puan Kim. Suho memandang jam Rolex di tangannya. Dia mempercepatkan kunyahannya lalu berdiri.

"Suho dah lambat ni, eomma. Suho pergi dulu. Hari ni ade latihan untuk sukan tahun ni. Suho pergi dulu, eomma appa. Love you." Ujar Suho lalu mencapai beg di sebelahnya.

Dia menyalami tangan eomma dan appa dan berlalu pergi. Dia mencapai kunci kereta BMW putih miliknya di tepi pintu dan berlalu pergi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Berpuluh pelajar berkumpul di gelanggang bola keranjang di universiti itu. Salah seorangnya ialah Ye Seul, Joshua, Yuri dan V. Memang kamcing betullah dieorang ni. Semua sama.

When I Meet HimWhere stories live. Discover now