"Weyh! Masalah besar!" Jerit Chanyeol sambil berlari ke arah Suho yang sedang berdiri di tepi padang macam kapten askar itu. Chanyeol berdiri di sebelah Suho dan termengah mengah.
"Ko kenapa?" Soal BaekHyun. Suho hanya menoleh. Chanyeol mengangkat tangan agar tunggu sekejap.
"Hah hah hah.. Macam ni.. hah hah hah.." Chanyeol masih termengah mengah. Semua orang di belakang Suho iaitu ahli EXO The Luxion semua memandang mereka bertiga.
"Tarik nafas, lepas. Tarik nafas, lepas..." ujar Chen. Chanyeol menarik nafas lalu dilepaskan beberapa kali. Kemudian dia menjadi okey semula. Dia berdiri dengan tegak, kalah Suho. Nampk sangat Suho pendek ( XDD )
"Masalah besar weyh.."ujar Chanyeol dengan kerutan dahi. Suho mengangkat kening. Saat itu, Ye Seul dan Yuri berjalan ke arah pasukan EXO The Luxion.
"Sorang peserta perempuan dan lelaki untuk merentas desa menghilangkan dirinya.." jelas Chanyeol. Suho terkejut.
"Mwo? Dah cari kat semua tempat?" Soal Suho pantas. Chanyeol hanya mengangguk.
"Teruk gila. Couple ke ape.."sindir BaekHyun. Chanyeol hanya tersenyum.
"So? Nak buat macam mana?" Soal Chanyeol. Suho terdiam. Dia memandang semua anak buahnya. Tiba tiba matanya tertacap pada Ye Seul yang sedang bergosip dengan Yuri itu.
"Ye Seul! Eun Ye Seul!" Panggil Suho, menarik perhatian Ye Seul. Ye Seul menoleh. Suho berjalan ke arahnya dan dibawa ke belakang ahli EXO The Luxion yang duduk paling belakang.
"Ermmm, Ye Seul.." ujar Suho. Ye Seul mengamati wajah Suho saat itu. Pandangan agak sayu.
'Yu Hee, oppa... Bukan Ye Seul..' ujar hati Ye Seul saat itu. Ingatannya sudah kembali. Kembali pada dirinya. Benarlah kata Joshua, itu adalah dirinya. Dia ternampak rantai leher yang eomma Eun berikan kepadanya ada pada budak perempuan itu.
"Ye Seul, pandang apa tu?" Soal Suho. Ye Seul agak tersentak. Dia menoleh ke arah Suho dengan kening terangkat.
"Ne? Tak, takde pape. Oppa, ani. Awak nak cakap apa?" Soal Ye Seul teragak agak. Suho hanya tersenyum.
"Boleh awak ganti tempat untuk merentas desa tak?" Soal Suho. Ye Seul terdiam.
'Boleh ke aku.? Nanti pengsan karang macam mana?!' Ujar hati Ye Seul. Suho masih menunggu jawapan Ye Seul.
"Boleh... kowt.."balas Ye Seul. Suho mengeluh.
"Kenapa ada 'Kowt'? Yakin lah dengan diri awak. Boleh?" Soal Suho lagi. Ye Seul berfikir sejenak. Tak lame kemudian dia menganggukkan kepalanya.
"Saya temankan.."ujar Joshua tiba tiba di sebelah Ye Seul. Ye Seul tersentak. Suho pula mengangkat kening.
"Dia kena ada orang yang dia kenal baru boleh lari laju. Lagipun seorang namja dan seorang yeoja kan?" Duga Joshua. Ye Seul hanya diam. Tiba tiba jantungnye berdegup kencang.
Kebelakangan ni jantungnya selalu berdegup kencang bila berdepan atau berbicara dengan Joshua. Mungkinkah...
"Yup. Okay, nice. Memang aku nak cari lagi sorang namja pun. Baru ingat nak suruh Si Chanyeol ganti. Tapi kesian kat dia tengok tadi.."ujar Suho. Joshua dan Ye Seul hanya tersenyum.
"Okey, dah. Sedia ehh. By the way, terima kasih sangat sangat.." ucap Suho dan berlalu pergi. Joshua dan Ye Seul hanya memandang saja.
"Sama sama... oppa..."ujar Ye Seul sedih. Joshua dah tahu cerita sebenar. Sebab Ye Seul dah cerita pada dirinya. Joshua hanya mampu tersenyum nipis.
YOU ARE READING
When I Meet Him
FanfictionEun Ye Seul, diri anda adalah seorang anak angkat bagi pasangan Encik Eun Hyuk dan Puan Eun Hyo In. Anak saudara mereka, Joshua ataupun dikenali sebagai Hong Ji Soo (Saudara belah emak) pulang dari Amerika selepas tamat pembelajarannye di sana. Eun...