"mariani, tolong ibu jahitkan kain pelikat sehelai" kata ibu kepada mariani, salmah.
"baik ibu" kata mariani.
Kenapa ibu suruh aku jahit kain pelikat? Tidak pernah ibu menyuruhku menjahit kain pelikat sebelum ini.Selalunya ibu akan menyuruhku jahit kain batik saja. Jangan jangan ada orang datang meminangku. Ish tak mahulah. Harap harap tidak. Desis hati mariani
Salmah memang sudah melatih mariani untuk menjahit kain batik dan macam macam lagi.
Salmah mahu mariani menjadi seorang yang berguna. Salmah tidak mahu mariani hanya melepak duduk goyang kaki di hadapan televisyen."hai mariani, apa yang kamu menungkan lagi tu. Bila ibu boleh dapat kain pelikatnya kalau kamu asyik menung aja?" tanya salmah.
"hehe baik ibu. Mariani buat sekarang juga" kata mariani. Kan ibu sudah perasan itu. Hai mariani mariani.Setelah selesai menjahit kain pelikat, mariani menyerahkan kain pelikat itu kepada ibunya.
"bagus, macam inilah anak ibu" kata salmah. Mariani hanya tersenyum mendengar pujian ibunya itu."ibu, mahu keluar sekejap. Kamu duduk rumah baik baik ya. jangan nakal nakal" kata salmah.
"baik ibu. Ibu tu jaga diri" kata mariani.Mariani seorang gadis yang sangat mendengar kata ibunya. Gadis itu tidak mahu kehilangan ibunya setelah dia kehilangan bapanya. Baginya, pemergian ayahnya itu disebabkan dia walaupun sewaktu itu dia baru berumur 12 tahun. Dia mengaku yang sewaktu itu dia terlalu mengikutkan perasaan.
"ayah, bila ayah mahu pulang? Mariani sudah lama tidak berjumpa dengan ayah. Mariani rindu pada ayah. Ayah tidak sayang pada mariani ke?" tanya mariani kepada ayahnya hasan yang berada di kem untuk menjalankan tugasnya.
Hasan sudah sebulan tidak pulang ke rumah keluarganya kerana dia terlalu sibuk menjalankan tugasnya yang tergendala.
"tipulah kalau ayah kata yang ayah tidak rindu pada kamu dan mama kamu. Ayah bukannya sengaja tidak mahu pulang, tetapi ayah terlalu banyak kerja di kem ini" kata hasan."ayah tipu! Baik jika ayah tidak mahu pulang tidak mengapa. Biar mariani saja yang pergi" kata mariani.
Dahulu mariani seorang yang terlalu manja tetapi dia juga seorang yang amat keras kepala. "mariani! Jangan begitu nak. Mariani!" jerit hasan setelah talian itu diputuskan.
Hasan segera hendak pulang kerumah. Dia terus keluar simpang tanpa memandang kiri dan kanan. Malang tidak berbau. Tiba tiba ada lori yang laju datang ke arah kanannya lalu menghentam keretanya.
Hasan menghembuskan nafas terakhirnya di tempat kemalangan.
Salmah yang baru sahaja hendak menuang air ke dalam gelasnya dengan tidak sengaja terlanggar gelas yang berada di atas meja itu dengan sikunya.
Gelas itu terjatuh lalu pecah berderai. Hatinya dilanda rasa kurang enak. Tiba tiba telefon rumahnya berdering, dengan perasaan yang kurang enak, dia mengangkat panggilan tersebut.
Dengan tidak semena mena telefon itu terjatuh. Salmah kaku. Berderau darahnya setelah mendapati bahawa suaminya telah meninggal dunia. Rohnya bagai melayang entah kemana.
Hanya jasad saja yang ada di situ. Setelah rohnya kembali ke dunia nyata, dia terduduk. Air mata laju mengalir di pipi milik salmah yang sedang terduduk di lantai sambil memeluk lutut.
Mariani yang baru saja hendak lari dari rumah terhenti setelah melihat keadaan ibunya itu. "ibu, kenapa ibu menangis?" tanya mariani.
"a..ayah ka..kamu" kata salmah teresak esak. "ibu jangan la risau. Tadi mariani sudah telefon ayah suruh balik. Kejap lagi ayah balik latu" kata mariani.
Tak pernah pula ibu menangis teruk macam ni. "bukan nak. Ayah.. ayah dah takde" kata salmah.
"ibu. Ibu janganla bergurau kasar sangat. Mariani tak suka la ibu gurau macam ni" kata mariani dalam nada risau. Risau yang kata kata ibunya itu bukan gurauan.
"betul nak. Ayah dah takde. Dia dah tinggalkan kita buat selamanya" kata salmah.
"tak. Tak mungkin. Ayah ada lagi ibu" kata mariani menidakkan. Bagi mariani, itu semua hanyalah gurauan. Dia takut. Dia takut kehilangan ayahnya adalah disebabkan dia.
"ayah dah takde. Ayah dah takde mariani" kata salmah. Air mata mariani turun dengan deras. Ni semua salah aku. kalau aku tak ugut ayah. Kalau.
"ni semua salah mariani ibu. Maafkan mariani ibu" rayu mariani.
"mariani dah buat apa pada ayah hah? Apa yang kamu buat? Bagitahu ibu" jerit salmah. Salmah yang tadi terduduk terus bangun merenung tajam ke arah satu satu anaknya mariani.
Mariani terdiam seribu bahasa air mata semakin deras. Dia menundukkan wajahnya. Takut. Takut untuk tengok muka ibunya yang tak ubah seperti singa.
Gadis itu tahu yang ibunya akan memarahinya jika mengganggu ayahnya yang sedang kerja itu malah selalu melarangnya dari mengganggu ayah. Tetapi mariani degil. Mariani terlalu rindukan belaian ayahnya terhadapnya.
"apa yang kamu cakap pada ayah? Mariani!" kata salmah. Mukanya yang putih itu kelihatan kemerahan akibat telalu marah. Tanpa menunggu lagi, mariani menceritakan apa yang telah dia lakukan semasa perbualan dia dan ayahnya.
Papp. Pipi mariani terasa hangat akibat tamparan yang dirasakan kuat. Tetapi dia tidak mampu untuk menghalang kerana baginya dia patut dimarahi sebegitu.
"ibu dah kata! Jangan kacau ayah! Kenapa mariani degil sangat hah! Kau tengok apa yang kau dah buat? Puas hati kau sekarang? Semua ni salah kau! Kau kejam!" jerit salmah dalam tangisan sambil menolak nolak badan anaknya itu.
"kau bukan anak aku" salmah berkata tenang dengan hanya satu nafas walaupun hatinya tak merelakan ayat itu keluar dari mulutnya.
Mariani yang dengar ayat itu terus meraung ingin memeluk kaki ibunya tetapi salmah terus masuk ke biliknya lalu menghempaskan pintu dengan kuat.
"ibu.. ibu.. ampunkan mariani ibu" rayu mariani sambil menangis teresak esak di lantai rumahnya.
2 bulan. 2 bulan dia tidak bercakap dengan ibunya semenjak kejadian hitam itu.
Setiap kali dia ingin ajak berbual ibunya terus masuk ke bilik tanpa menghiraukannya. Ibunya lebih banyak terperap di dalam bilik.
Selalunya dia yang akan menyiapkan makanan untuk ibunya. Dia ingin menebus kesalahannya.
Tetapi keadaan itu tidak berkekalan. keadaan mereka semakin pulih setelah ibunya sedikit terbuka untuk berbual dengannya.
Salmah sedar yang dia tidak sepatutnya berbuat demikian. Dia sepatutnya terima hakikat bukan terus menyalahi mariani.
Mariani tersedar dari lamunannya yang panjang setelah merasakan seperti tangannya dicubit. "adui sakitnya. Kenapa ibu cubit mariani?" tanya mariani sambil mencebik.
"hah baru tahu. Yang kamu tu dah macam patung cendana tu dah kenapa? Agaknya kalau ibu tak cubit kamu tadi mesti kalau gempa bumi pun belum tentu kamu nak sedar" bebel salmah.
Mariani hanya sekadar memanjangkan muncungnya. "hah eloklah tu. Boleh ibu jadikan muncung kamu tu penyidai baju" kata salmah.
"ibu nii" rengek mariani. " dah dah pergi siap tu. Kejap lagi ada orang nak datang" kata salmah. "Siapa ibu?" "pergi aje siap tu. Nanti kamu tahula" kata salmah.
Mariani terus pergi bersiap tanpa sebarang bantahan. Kalau mariani berdebat pun mesti ibu juga yang akan menang.
Setelah selesai bersiap, kedengaran suara orang memberi salam dari luar. "waalaikummussalam. Masuklah dulu" ajak salmah.
Tanpa berlengah mereka pun masuk ke dalam rumah itu. Mariani baru sahaja keluar dari bilik. "mariani, buatkan air" kata salmah. "baik ibu" kata mariani lalu terus menuju ke dapur.
YOU ARE READING
Garisan Hidupku
RandomNama aku mariani. Kisah ini menceritakan tentang hidupku. Kini, sudah tibanya aku dihujung garisan hidupku kerana aku telah penat. Penat untuk menghadapi dugaan yang bakal menimpa diriku. Penat untuk menangisi masa lalu. Dihujung garisan hidupku in...