BAB 9

27 3 0
                                    

Tiba tiba dia teringat tentang seseorang.... "ibu!" Mariani terjerit sedikit tatkala teringat tentang ibunya. 'Ya allah macam mana aku boleh terlupa ni' desis hati mariani.

"Ibu?" Tanya amizan pelik. "Maaf maaf saya kena pergi dulu nanti saya datang balik" kata mariani dalam keadaan cemas lalu terus berlalu keluar dari bilik amizan tanpa sempat amizan berkata apa apa.

Mariani mengambil keputusan untuk terus menghubunginya jiran ibu untuk mengetahui nombor wad ibu. Mariani takut jika dia tanya jururawat tu. Entah wad siapa pula yang dia akan masuk lepas ni.

"Ibu. Macam mana ibu boleh pengsan ni? Ibu suka tau buat kerja pelik pelik" kata mariani sambil memuncungkan mulutnya. "Kot ye pun risau. Jangan la sampai main terjah je. Bagi la salam dulu" tegur salmah.

"Hehe assalamuaikum ibu ku sayang. My sunshine. My honey. My baby bucuk bucuk" perli mariani. "Eee sapa tahu baby dia. Tak hingin" sakat salmah.

"Ibu.... ibu tak jawab lagi soalan mariani" rengek mariani.

Baru salmah mahu membalas. Tiba tiba "ehem" tegur mak jah jiran salmah. "Alamak maaf mak jah. Mariani tak perasan yang mak jah ada dekat sini. Ingatkan mak jah dah balik tadi" kata mariani tutup malunya.

"Haih. Mak jah punya besar dekat sini pun kamu tak perasan?kamu ingat tunggul ke yang ada dekat sini ni" perli mak jah pedas. "Ala mak jah. Jangan la merajuk. Tak comel la mak jah macam ni. Senyum sikit" pujuk mariani setelah melihat mak jah membuat muncung sedepa.

Mariani rapat dengan mak jah dari kecil. "Iyelah ani. Mak jah minta diri dulu la. Mak jah taknak jadi pengacau" kata mak jah meminta diri. Biarlah dua beranak tu bermanja. Mak jah tak nak kacau.

"Baik mak jah. Terima kasih sebab tolong tengokkan mak saya. Saya tak tahu nak balas macam mana jasa mak jah" kata mariani terhutang budi. "Ehh tak payah. Mak jah tolong ni ikhlas" kata mak jah lalu berlalu keluar memberi dua beranak itu ruang untuk bermanja.

"Ibu. Jawab la soalan ani tadi" kata mariani mengharapkan jawapan dari ibunya. "Soalan? Soalan yang mana satu? Banyak sangat soalan yang kamu tanya" kata salmah.

"Ani tanya macam mana ibu boleh pengsan? Ibu suka sangat buat benda pelik pelik" kata mariani sambung memuncungkan mulutnya.

"Mana ada ibu buat pelik pelik. Ibu pengsan je bukan ibu terjun bangunan pun" kata salmah dalam nada gurau.

"Ibuuuuu" rengek mariani manja. "Bila ibu boleh balik ni. Bosan la. Ibu nak balik nak layan runningman" kata ibu lebih kepada tukar topik.

"Ibu layan runningman? Hahahaha" tanya mariani. Meletus ketawanya setelah mengetahui yang ibunya melayan runningman.

"Eh sorry sikit ok. Ibu ni peminat tegar runningman tau. Semua ibu kenal. Itula dont judge a book by their cover" kata salmah berspeaking ok.

"Uih dasyatnya ibu ani ni" kata mariani. "Kamu gelak ibu. Habis kamu tu layan apa?" Tanya salmah.

"Ani layan hadith open mic. Cuit cuit cinta" kata mariani memerli ibunya. "Ooo kamu perli ibu ye. Takpe ada lori ada bas. Ada hari ibu balas" kata salmah.

'Sabar jela salmah ko dapat anak yang kuat memerli. Huhu tabahla duhai hati. Sob sob' desis salmah pasrah.

Baru mariani mahu membalas, tiba tiba kedengaran pintu diketuk lalu dibuka. Terselah wajah doktor yang hensem lagi menawan.

"Ehemm mariani. Jaga mata tu" tegur salmah apabila melihat mata anaknya yang tidak lepas memandang wajah tampan milik doktor itu.

'Haha sorry ani ni bas dah datang untuk balas dendam' desis hati salmah setelah mengenakan anak perempuannya itu.

Garisan HidupkuWhere stories live. Discover now