Sorry sgt sebab lambat update.. saya ada masalah skit sejak kebelakangan ni. Saya pun dah jadi tunggang langgang dibuatnya :(
Alhamdulillah saya dah berjaya update bab 2..
#bermula dari bab 2.. ayat yg permulaan tu.. ayat saya sendiri.. tidak copypaste org lain punya.. hrp mklum
Kalau tertypo tanpa sengaja tu harap maaf la yek.. jangan marah yek..
Kita enjoyyy.. caiyokk
#######################
-Cinta hadir dalam pelbagai cara.
Cinta juga mengandungi 1001 sebab.
Iaitu sebab kita memilih si dia.-Ramainya. Siapa tu ye?
Setelah selesai membuat air untuk tetamunya, mariani menatang dulang yang berisi air dan sedikit kuih muih itu ke ruang tamu.
"memandangkan tuan punya badan dah ada dekat sini, bolehlah saya mulakan" kata seorang lelaki yang berumur lingkungan 50-an.
Mariani yang sedang keliru itu hanya duduk di sebelah ibunya yang duduk di sofa.
Lelaki itu berdehem sejenak. "kami datang membawa hajat ingin menyunting bunga di taman untuk si kumbang yang berada di rumah" kata lelaki yang berumur lingkungan 50-an itu.
Ah sudah nak menyunting siapa pula ni? takkan aku? takkan pula ibu? Tapi mana ada orang lain dah dekat dalam rumah ni. ah sudah. Hati kecil mariani berdesis.
"seperti yang telah diberitahu kepada ibunya mariani, kami telah dapat persetujuan oleh ibunya mariani tetapi belum dapat persetujuan tuan punya badan. Jadi kami datang ni ingin meminta persetujuan tuan punya badan ni" sambung lelaki itu.
Semua mata yang berada di situ memandangku. "Saya ke?" Soal mariani lurus sambil menunjuk jari pada dirinya. "Eh takdela. Anak jiran sebelah" kata salmah berloyar buruk.
"Ibu ni. Betul betul la. Mariani ke?" Soal mariani. Sementara yang lain hanya menjadi penonton setia adegan tak berbayar diantara ibu dan anak.
"Kamu la. Aih sejak bila la anak aku jadi lurus sangat ni" keluh salmah.
Mariani hanya menayang sengih. "err kalau ibu dah setuju. Saya ikut sahaja kehendak ibu" kata mariani tenang. mungkin.
"baiklah. Jika itulah kata putusnya, kami akan menetapkan tarikh untuk kamu berdua disatukan kelak" kata lelaki itu.
Salmah yang mendengar jawapan dari satunya-satu anaknya itu tersenyum bangga. Dia bersyukur kerana dapat seorang anak yang mendengar kata ibu bapa.
"kalau macam tu mariani masuk bilik dulu ya. Kami ingin berbincang tentang perkahwinan mariani dan wazif" kata seorang perempuan yang berumur lingkungan 50-an.
Salmah hanya mengangguk mengiyakan. Mariani meminta diri lalu terus masuk ke dalam biliknya.
Macam menyesal pula aku cakap macam tu tadi.Tapi aku tak sanggup untuk buat ibu kecewa lagi. Takpelah aku redha dengan perkahwinan ni. tapi siapa wazif?
Aku tak pernah kenal dia pun sebelum ni. macam mana pula dia boleh kenal aku? takpe mariani. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. Desis hati mariani.
Perkahwinan berlangsung dengan lancar. Majlis kecil kecilan itu disambut meriah oleh saudara mara yang hadir. Ramai tetamu yang mengucapkan tahniah dan tumpang gembira ke atas pasangan pengantin itu.
Pengantin lelaki adalah orang yang paling gembira kerana dapat mengahwini gadis yang dipuja dan digilainya. Dia tahu bahawa hati gadis yang telah sah menjadi isterinya itu susah utuk ditawan.
Tetapi dia akan cuba sedaya upaya untuk membuat gadis itu jatuh cinta kepadanya. Usaha tangga kejayaan.
Itulah matlamat hidupnya kini iaitu untuk memiliki hati gadis itu sepenuhnya. Rancangannya yang pertama ialah ingin mengenali dengan lebih dalam tentang gadis itu.
Mariani adalah seorang gadis yang sangat cantik dan kulitnya putih gebu. Matanya yang berwarna hijau itu membuatkan dia digilai ramai lelaki.
Dan kerana itu jugalah dia ingin mengahwini gadis itu secepat yang mungkin kerana takut gadis itu diambil oleh orang lain selainnya.
Hari ini adalah hari yang paling bermakna dalam hidup mariani. Tetapi bagi mariani, hari yang paling bermakna tidak semestinya akan jadi hari yang paling bahagia untuknya. Tetapi jika ini yang membuatka ibunya bahagia, dia pun turut akan berasa bahagia.
Setelah penat melayan tetamu yang hadir, mariani masuk ke dalam bilik untuk membersihkan badannya yang melekit akibat peluh.
Mereka kini berada di rumah ibu bapa kepada wazif suaminya. Apabila mariani masuk ke dalam bilik milik wazif, mariani melihat wazif sedang baring di atas katil sambil bermain dengan telefon bimbit miliknya.
Tanpa menghiraukannya, mariani mencapai tuala dan baju untuk dipakai lalu terus memasuki bilik air.
Setelah selesai membersihkan badan, mariani memandang wazif yang masih leka bermain telefon bimbitnya. Tiba tiba mata mereka bertembung lantas mariani melarikan pandangannya.
"awak mesti tak kenal saya lagi kan? Mari duduk sini, kita berkenalan dengan lebih mendalam" kata wazif sambil menepuk tilam empuk miliknya.
Tanpa bantahan mariani terus duduk disitu. "ok saya mula dulu. Nama saya wazif bin juhair. Saya berumur 20 tahun. Saya anak bongsu daripada tiga beradik. Saya seorang guru" kata wazif.
"dan nama awak pula mariani binti hasan. Berumur 18 tahun. Anak tunggal kan?" sambung wazif.
"macam mana awak tahu tentang saya. Dan macam mana awak boleh kenal saya?" tanya mariani.
Mariani pelik macam mana wazif boleh tahu tentang dirinya sedangkan dia tidak tahu apa apa tentang lelaki dihadapannya ini.
"saya peminat nombor satu awak masa sekolah dulu. jadi saya tanya kawan kawan saya pasal awak. dari situ la saya tahu semuanya pasal awak. macam mana saya boleh kenal awak? masa awak baru masuk sekolah, semua kawan kawa lelaki awak tengok tengok awak. saya pun nak tahu juga apa yang diaorang tengok, jadi saya pun join la dorang sekali. Masa pertama kali saya tengok awak, saya terus jatuh hati pada awak dan tekad untuk memiliki hati awak. saya bagi awak bunga, coklat tapi masa tu awak sikit pun tak pandang saya malah awak buang semua benda tu" kata wazif.
Mariani yang mendengarnya melopong. Mariani tidak sangka yang wazif akan bertindak sedemikian.
Memang sewaktu mariani bersekolah dahulu, dia banyak menerima bunga aripada lelaki yang tak pernah dikenalinya.
Mariani terpaksa buang semua bunga dan coklat yang diterimanya kerana takut ibunya akan memarahinya.
"alhamdulillah doa saya selama ini dimakbulkan. Ikhlas dari hati saya yang saya sayangkan awak dan cintakan awak sangat sangat. Tiada siapa yang dapat menggantikan tempat awak sebab hati saya ada pada awak dan awak telah kuncikan hati saya supaya hati saya tak terkeluar dari hati awak" kata wazif sambil menggenggam tangan isterinya yang paling disayanginya.
"walaupun saya sebelum ini tak pernah bercinta, saya akan cuba untuk mencintai awak dan terima awak seadanya dalam hidup saya. Tapi sebelum saya memberikan hati saya pada awak, saya nak awak janji pada saya yang awak takkan tinggalkan saya" kata mariani.
"saya berjanji saya takkan tinggalkan awak. susah senang kita akan sentiasa bersama. Segala ujian yang akan datang bersama. Susah dan senang kita akan sentiasa bersama. Tiada ada yang dapat memisahkan roh kita" kata wazif sambil mengangkat tangan gaya berikrar
"jasad? " tanya mariani pelik. "ajal dan maut sahaja yang dapat memisahkan jasad kita. Tetapi roh kita sentiasa ada di dalam diri masing masing" kata wazif tenang.
Mariani terharu dengan kata kata suaminya itu. Dia terus memeluk erat tubuh suaminya.
5 bulan berlalu, hidup mariani dan wazif semakin hari semakin bahagia. Detik demi detik yang dilalui bersama membuatkan hidup mereka dipenuhi dengan kenangan manis. Mariani sudah dapat menerima wazif sebagai suaminya.
Wazif dalam perjalanan pulang untuk berjumpa dengan isteri tercintanya yang berada di rumah. Sedang wazif leka menyanyi sambil mengetuk ngetuk stereng, ada sebuah kereta mewah yang berhenti mendadak di hadapan keretanya. wazif yang terkejut terus menekan brek dengan kuat.
YOU ARE READING
Garisan Hidupku
RandomNama aku mariani. Kisah ini menceritakan tentang hidupku. Kini, sudah tibanya aku dihujung garisan hidupku kerana aku telah penat. Penat untuk menghadapi dugaan yang bakal menimpa diriku. Penat untuk menangisi masa lalu. Dihujung garisan hidupku in...