BAB 5

26 6 0
                                    

Huhu lame x update? Sorry
Saya akan kurangkan perkataan
Jgn kecam saya
Maaf kalau ade typo

#####

Pada mulanya wazif mahu mengambil cuti kerana takut lelaki itu akan datang dan menyerang mariani pula. Tetapi ditolak oleh mariani.

Wazif tiada pilihan lain selain pergi jua ke sekolah. Ramai guru yang bertanya tentang mata wazif yang kelihatan sembab. Wazif terpaksa menipu sunat.

Tidak akanlah dia mahu berterus terang tentang masalah yang dialaminya sekarang.
"bro. kenapa mata kau sembab?" tanya kawan baik wazif, amizan. "takde apa lah bro" kata wazif tidak mahu berterus terang.

"bro. aku kenal kau bukan baru tadi. Aku tengok masalah kau ni macam besar sangat je. Cuba kau terus terang dengan aku" kata amizan.
"aku bukan apa zan. Aku tak nak la nanti menyusahkan kau pula" kata wazif. Amizan sudah banyak menolong wazif.

Mereka sudah lama menjalinkan hubungan persahabatan sejak dari kecil mereka sudah dianggap seperti belangkas. Dimana ada wazif disitu ada amizan dan disitu juga aka nada cupi. Cupi.. air mata yang hendak mengalir cuba ditahan sebaik mungkin.

"apa gunanya kawan kalau takde bila susah. Cuba kau bagitahu aku. mana tahu aku boleh tolong" kata amizan ikhlas. Wazif setuju dengan kata kata amizan. Setelah waktu sekolah tamat. Mereka pergi ke kafe berdekatan.
Seusai wazif menceritakan hal sebenar kepada amizan, amizan terkejut. "besar juga masalah kau ni. kau dah buat report polis?" tanya amizan.

"belum. Aku takut kalau aku buat report polis akan terukkan lagi keadaan" kata wazif. "betul juga. Habis tu kau nak buat apa?" tanya amizan. "Aku pun tak tahu la" kata wazif buntu.

"kau nak lepaskan mariani?" tanya amizan secara tiba tiba. "mana boleh. Mariani tu aku punya. Aku takkan lepaskan dia macam tu je"kata wazif. "tapi kau tak rasa ke yang dia akan lakukan lebih teruk dari haritu?"tanya amizan. Ada betul juga kata kata amizan.

Macam mana kalau dia nak bunuh mariani kalau aku tak lepaskan mariani? Ish tak mugkin. Dia kan sayang mariani, takkan dia nak bunuh orang yang dia sayang. Tiada apa yang mustahil wazif. Suara sumbang mula menghasut fikirannya. Dia cuba untuk menidakkan kata kata dari suara itu, tetapi ada betulnya juga kata kata suara itu.

Wazif memicit perlahan pelipisnya. Entah kenapa hati dia kurang enak sejak di kafe tadi. Jadi dia mengambil keputusan untuk pulang awal ke rumah. Dia risau jika ada perkara yang tak baik berlaku pada mariani di rumah.

Saat wazif ingin menutup pintu kereta, dia terdengar suatu jeritan dari dalam rumahnya. Dengan pantas dia berlari ke arah pintu rumahnya yang sedia terbuka. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati di leher mariani terdapat sebilah pisau dan dibelakangnya pula ada seorang lelaki yang memakai topeng.

Wazif tidak dapat mengecam wajah lelaki itu. "awak" panggil mariani dalam nada yang sayu. Lemah lutut wazif tatkala melihat isterinya dalam ketakutan "apa kau nak? Lebih baik kau lepaskan isteri aku" kata wazif tegas

Tanpa disedari dileher wazif ada sebilah pisau yang begitu hampir dengan lehernya. Lalu tangannya digenggam kebelakang.

Lelaki bertopeng yang dibelakang mariani mengalihkan pisau dari leher mariani. Tetapi masih lagi tidak melepaskan tangan mariani. "lebih baik kau ceraikan dia sebelum aku bunuh kau" kata lelaki dibelakang wazif. "aku takkan lepaskan mariani macam tu je. Langkah mayat aku dulu" kata wazif. Dia lebih rela mati daripada lepaskan mariani

Garisan HidupkuWhere stories live. Discover now