BAB 3

56 6 3
                                    

Sorry sgt sbb late update.

Huhuhu exam dah nak dekat so saya kena banyak study sbb org tu cabar saya

Btw nah untuk readers bab 3

Thanks sesangat bagi sesiapa yang vote n comment. Saya hargai sangat jasa uols

Keep it up guys.

Enjoy the stories

Caiyokk caiyokk

###################

-Penipuan atau kepercayaan? Kedua duanya sering memburukkan keadaan
Membuatkan manusia keliru untuk membuat sesuatu keputusan yang betul-

Wazif baru sahaja ingin keluar dari keretanya untuk memarahi tuan punya kereta mewah di hadapannya.

Tetapi niatnya terbatal setelah melihat tuan kereta itu sedang menuju ke arah keretanya.

Lelaki bercermin mata hitam itu mengetuk cermin tingkap. Dengan rasa ragu ragu, wazif membuka tingkap.

"Kau ikut aku sekarang. aku nak bincang sikit dengan kau" kata lelaki itu. "kau siapa?" tanya wazif.

"aku kata ikut, ikut jela" kata lelaki itu ingin beredar ke kereta miliknya tapi langkahnya terhenti setelah ada orang memanggilnya.

"weyh. Kalau aku taknak ikut kau?" tanya wazif memberanikan dirinya.

"aku akan bunuh mariani" kata lelaki itu lalu terus melangkah menuju ke keretanya.

Wazif tergamam dan terkejut setelah mendengar apa yang lelaki itu katakan tadi.

Kereta mewah itu kelihatan sudah bergerak. Tanpa membantah, wazif mengekori kereta mewah itu.

Dalam hati wazif sudah menyumpah nyumpah lelaki tadi. Dalam masa yang sama ada beberapa soalan yang sedang berlegar legar dalam kepalanya.

Siapa lelaki itu? Macam mana dia tahu tentang mariani?

Kereta mewah itu berhenti di hadapan sebuah kafe yang tidak ramai orang.

Setelah mereka memasuki kafe tersebut, lelaki itu mencari tempat yang sedikit tersembunyi.

Setelah memesan air minuman, lelaki itu berdehem. "aku nak kau ceraikan mariani" kata lelaki itu tegas.

Wazif sudah tidak boleh duduk diam. Hatinya panas. Tetapi dia masih lagi mengawal kemarahannya.

"kenapa pula aku perlu ceraikan dia? Kau siapa? Selamba badak kau je nak suruh aku ceraikan dia" kata wazif menahan sabar.

"aku teman lelaki dia. Aku hanya tumpangkan dia pada kau sekejap. Dan sekarang ini, aku nak tuntut balik hak aku" kata lelaki itu tersenyum sinis.

Wazif keliru. Keliru kerana mariani kata dia tidak pernah bercinta dengan mana mana lelaki sekali pun tapi hari ini dengan tiba tiba ada seorang lelaki mengaku dia sebagai teman lelaki mariani. Adakah selama ini mariani bermain kayu tiga dibelakangnya?

"kalau aku tetap taknak ceraikan dia? Kata kata kau tu tak kukuh sebab takde bukti" kata wazif.

"baiklah. Kalau kau tak nak percaya tak apa. Aku nak pesan satu je pada kau. Aku nak kau ceraikan dia. Kalau tak, nyawa kau aku ambil" kata lelaki itu tersenyum sinis .

Lelaki itu meletakkan not 10 ringgit di atas meja sebelum beredar pergi. Wazif menelan air liur. Kata kata lelaki itu menusuk jantungnya.

Dalam masa yang sama, wazif berasa seperti egonya tercabar. Tercabar jika benar yang mariani bermain kayu tiga di belakangnya. wazif menumbuk meja. Dengan hati yang sebal dan panas, wazif pulang kerumah.

Wazif menghempas pintu rumahnya. Mariani yang berada di dapur terkejut. Bahunya terhinjut sedikit.

Mariani berasa hairan. Tidak pernah suaminya bersikap sedemikian. Mariani pergi ke ruang tamu untuk menyambut suaminya pulang. Huluran salam tidak disambut malah ditepis.

"aku nak kau jujur dengan aku. betul ke yang kau tak pernah bercinta sebelum ni?" tanya wazif. Mariani tergamam.

Selama 5 bulan perkahwinannya dengan wazif, wazif tidak pernah berbahasakan dirinya 'aku,kau'
"sumpah saya tidak pernah ada bercinta sebelum ini" kata mariani sambil mengangkat tangan gaya bersumpah.

"argh! Kau tipu!" tengking wazif. Darah mariani mula mendidih.

"sekarang ni saya yang tipu atau awak yang tak percaya saya? Awak tu yang tak percaya pada saya. Kalau awak tak percaya saya, saya cakap jujur sejuta kali pun awak takkan percaya sebab awak yang tak percayakan saya" kata mariani tegas.

Wazif tersentak. Ada betulnya juga kata kata mariani. Tapi wazif tetap tak mahu mengalah. Ego.

"kau tipu aku. sampai hati kau kan tipu aku" kata wazif.

"apa bukti awak yang saya tipu awak? sampai hati. Sampai hati awak tuduh saya melulu tanpa usul periksa. Macam ni la, kalau kita lawan gaduh pun tak guna sebab masalah kita takkan selesai. Apa kata kita duduk dan berbincang dengan cara yang baik"kata mariani.

Akhirnya wazif mengalah. Kata kata mariani semuanya betul. Wazif langsung tiada sebarang bukti untuk membuktikan yang sebenar.

"apa sebab awak tuduh saya melulu?" tanya mariani. "saya err err" kata wazif gagap.

Wazif bungkam. Wazif tak tahu sama ada perlu menceritakan pada mariani atau tidak tentang perbualan dia dengan lelaki misteri tadi.

"awak. Dalam sesebuah hubungan perlu ada empat perkara iaitu keikhlasan, kasih sayang, kesetiaan, kejujuran. Kalau dalm sesebuah hubungan tiada salah satu daripada empat perkara itu, sesebuah hubungan tu takkan kekal lama. Awak nak ke hubungan kita tak kekal hanya disebabkan awak tak jujur? Awak nak jadi punca hubungan kita retak?" tanya mariani lembut.

Mariani harus tahu dan wajib tahu apa yang telah meracuni fikiran wazif sehinggakan wazif sanggup menuduhnya. Adakah ini semua berpunca dari mulut orang? Jika betul cerita ini dari mulut orang. Siapakah yang telah menyebarkan berita palsu ni?

Wazif kematian kata kata. Hendak atau tak hendak dia terpaksa juga menceritakan perkara itu.

"baiklah. Macam ni.."cerita wazif.

Mariani melopong. Begitu senangkah untuk dia mempercayai kata kata lelaki yang tidak dikenali? Darah mariani mula mendidih. Mariani berasa begitu kecewa.

"hanya dengan kata kata murahan itu, kepercayaan awak pada saya dah tergugat. Baru sekarang saya tahu perangai sebenar awak. awak ni mudah dihasut" kata mariani kecewa.

"bukan macam tu mariani. Saya.." kata wazif.

"hati saya sakit. Suami saya yang saya sayang ni mudah dihasut dan mudah sangat awak untuk menuduh saya melulu. Tanpa bukti. Tanpa usul periksa awak terus terjah saya, tengking saya. Sanggup kan awak? sanggup awak memberikan kepercayaan awak pada kata kata murahan tu dan bukan pada saya" potong mariani menahan sebak di dada.

"saya sayang awak mariani. Terlalu cintakan awak. saya taknak orang lain rampas awak daripada saya. Mungkin salah saya juga sebab terlalu cemburu buta" kata wazif cuba memujuk mariani.

"cara awak salah. Cemburu buta adalah punca utama sebuah masjid runtuh. Kalau awak nak hubungan kita kekal, awak tolong buang sikap cemburu buta awak tu jauh jauh. Awak kena ingat, setiap masalah hanya dapat diselesaikan jika kita berbincang. Masalah takkan selesai kalau awak terus marah seseorang itu tanpa usul periksa dan bukti. Saya taknak perkara yang sama terjadi" kata mariani

Wazif sebak. Wazif sedar yang dia mempunyai banyak kekurangan.

"saya janji saya takkan mengulangi kesilapan yang sama" kata wazif.

Wazif berbangga dan bersukur kerana mempunyai seorang isteri yang sering memahami dan memaafkan kesilapan orang lain.

"jadi, awak maafkan saya?" tanya wazif.

"kali ni saya maafkan awak. awak juga kena ingat yang awak tu lelaki. Awak dikurniakan 9 akal dan 1 nafsu. Saya nasihatkan awak supaya siasat sebelum bertindak" kata mariani.

Wazif termalu sendiri dengan tindakannya sebentar tadi. "baik bos" kata wazif sambil tabik hormat.

Garisan HidupkuWhere stories live. Discover now