Pesanan ibu wazif, faliza masih tergiang di minda mariani. "jaga diri baik baik. Kamu tu perempuan. Umi harap mariani tidak putuskan hubungan kita" kata faliza sebak.
"Tidak umi. Takkan la mariani nak putuskan hubungan yang suci ni. umi dengan baba jangan lupakan mariani . Mariani sayang sangat dengan umi dengan baba. Umi dengan baba jaga diri. Halalkan makan dan minum mariani. Mariani minta ampun kalau ada salah silap. Mariani minta diri dulu ye." Pinta mariani sambil menyalami kedua tangan ibu bapa mertuanya.
Mariani dan ibunya menaiki kereta Toyota vios putih peninggalan suaminya. Pada mulanya mariani mahu menolak tetapi ditegah oleh ibu bapa mertunya. Akhirnya mariani mengalah tetapi dengan syarat.
'mariani akan memulangkan kereta itu apabila tiba masanya'. Nasib baik syarat itu dipersetujui oleh mereka.
"korang ni cari dia pakai apa?! Kalau cari pakai lutut, memang sampai kubur pun tak jumpa! 4 tahun. 4 tahun dia hilang. 4 tahun jugak korang cari dia . tapi apa yang aku dapat? Habuk pun takde. Sebelum korang yang mati, lebih baik pergi cari mariani!" jerit amizan pada orng suruhannya.
"tercegat apa lagi dekat situ. Sekarang la bodoh. Lembab!" maki amizan setelah melihat orang suruhannya masih lagi tercegat di situ.
Cepat cepat orang suruhannya pergi menjalankan tugas yang diberi. Ya, amizanlah lelaki misteri itu. Lelaki yang pernah mengugut wazif. Lelaki yang mengupah orang untuk membunuh wazif.
Amizan seorang lelaki yang tersangat kaya. Dia mempunyai segalanya. Tetapi baginya, hidupnya tidak akan lengkap selagi tidak dapat mariani. Dia sanggup buat apa apa pun untuk mendapatkan apa yang dia mahu.
Seminggu berlalu, orang suruhan amizan masih tidak menjumpai mariani. Seminggu juga mereka dimaki hamun oleh amizan. Amizan perlu pergi ke perak untuk membuat urusan kerja di sana. Amizan mempunyai syarikatnya sendiri biarpun di laut atau di darat.
Dia hanya hidup sebatang kara kerana itulah dia memerlukan mariani sebagai teman hidupnya.
Tiba tiba dia terfikir. Layakkah dia untuk menjadi suami kepada mariani? Sedangkan amizan setiap malam pergi ke kelab dan perempuan sentiasa disekeliling pinggang. 'arghh pergi mampus la semua benda karut tu. Aku tak kisah. Selagi aku tak dapat mariani. Selagi tu aku takkan duduk diam. Dia hak aku. hanya aku.
Lagipun aku kan kaya. Mesti mariani nak punya dekat aku. dia sepatutnya bersyukur sebab ada orang yang kacak lagi kaya ni nak dekat dia' kata amizan dalam hati penuh riak dan takbur dan perasan serta ditambahkan dengan senyuman sinis."Huargggg aku tak kira!!! Aku nak dia sekarang. Sekarang la!! apa korang ni tak faham bahasa ke?" jerit amizan bagai orang yang telah hilang akal pada telefon yang menghubungkan dia dengan orang suruhannya.
Sudah 2 hari dia di perak. Tapi orang suruhannya masih lagi tak jumpa mariani. Amizan pun bukan duduk goyang kaki sahaja d perak ini, dia berusaha juga mencari mariani yang mungkin ada di perak.
Amizan memandang di bawah. "Agak agak kalau aku terjun dari bangunan ini, aku mati tak? Hmm pada kiraan aku, aku akan mati" kata amizan yang sedang berada di atas atap bangunan 1 tingkat yang berada di tengah tengah Bandar pula tu.
"weyhh tangkap aku weyh! Aku nak terjun ni!" jerit amizan dari atas atap bangunan itu. Orang yang lalu lalang hanya memandang pelik kepadanya.
Tiba tiba amizan makin ke hujung bangunan itu. Orang ramai dah mula berkerumun di bangunan itu.
"oi kau ingat boleh mati ke kalau terjun bangunan tu? 1 tingkat je pun" satu suara menyapa gegendang telinga amizan.Kedengaran hilai tawa dari orang yang berada di situ. Hati amizan panas mendengar kata hinaan itu. " ok aku terjun! Kalau aku mati kau kena bagi aku rm1juta! Hahaha!!" jerit amizan.
"haha! Terjun la kalau kau berani! Gila! Terlepas dari rumah bahagia mana entah mamat ni?!" jerit suara tadi. Tiba tiba..
YOU ARE READING
Garisan Hidupku
RandomNama aku mariani. Kisah ini menceritakan tentang hidupku. Kini, sudah tibanya aku dihujung garisan hidupku kerana aku telah penat. Penat untuk menghadapi dugaan yang bakal menimpa diriku. Penat untuk menangisi masa lalu. Dihujung garisan hidupku in...