BAB 6

32 5 0
                                    

Dia lebih rela mati daripada lepaskan mariani. "huh kalau kau dah cakap macam tu, aku bagi kau peluang terakhir untuk bercakap dengan mariani" kata lelaki itu sinis.

"awak. tolong awak. ceraikan je saya. Saya taknak disebabkan saya awak mati. Tolong lah wazif. Saya merayu" kata mariani sambil menangis teresak esak.

"sayang. Abang tak boleh hidup tanpa sayang. Abang harap sayang akan jumpa lelaki yang lebih baik dari abang. abang terpaksa buat semua ni. abang cintakan sayang untuk selamanya. Abang takkan lupakan sayang. Biarlah jasad kita berpisah. Asalkan roh kita sentiasa bersama. Abang sentiasa doakan sayang bahagia. Nanti kita jumpa di..

belum sempat wazif menghabiskan ayat terakhirnya, badannya ditikam tepat mengenai jantungnya. "sana.." kata wazif menghembuskan nafas terakhinya.

Lelaki itu melepaskan wazif lalu kedua dua lelaki itu beredar dari rumah itu meninggalkan dua orang yang tidak bersalah. Sanggup membunuh kerana duit. Tidak mengenali erti dosa dan pahala.

Mariani berlari mendapatkan wazif yang terbaring kaku dengan mata yang terpejam rapat. Dia menangis teresak esak sambil mendakap jasad suaminya.

Entah kenapa mariani bagaikan dirasuk untuk menyuruh wazif bangun walhal wazif sudah pergi menghadap ilahi.

"Abang, abang bangun abang. abang sayangkan sayang kan? Kalau abang sayangkan sayang, sayang nak abang bangun. Jangan tinggalkan sayang. Sayang tak boleh hidup tanpa abang. bangun la abang. jangan la main main. Mariani tak suka la macam ni." rayu mariani sambil menepuk pipi suaminya yang sedang terbaring kaku.

Mata mariani tertancap pada darah yang banyak mengalir di dada suaminya. Tiba tiba, kata kata terakhir suaminya terngiang di dalam kepalanya. Lantas dia tersedar bahawa dia seakan akan tidak dapat menerima takdir.

Dia segera beristighfar. Dengan sebak yang tak terhingga, dia tabahkan jua badannya untuk terus bangkit lalu da menelefon ambulan. Setelah menelefon ambulan, dia menelefon pula ibunya dan keluarga metuanya.
Di hospital, "macam mana boleh jadi macam ni mariani?" tanya salmah sebak.

Salmah juga turut merasa kesedihan yang sedang dialami oleh anaknya mariani. "mariani tak tahu. Mariani tak tahu" kata mariani dalam tangisan yang makin menjadi jadi. Mariani hanya terduduk di kerusi yang telah disediakan di hadapan bilik pembedahan.

Setelah beberapa jam mereka menunggu, doctor keluar dari bilik tersebut dengan muka yang sukar untuk ditafsirkan. "macam mana dengan anak saya doctor?" tanya bapa wazif, juhair. Mariani yag tadi terduduk terus bangun untuk mendengar jawapan dari doctor tersebut.

Doctor itu menggeleng kepala sayu. "maafkan saya. Saya telah berusaha untuk menyelamatkan anak tuan dan puan. Tetapi apakan daya, tuhan lebih menyanyanginya. Saya harap tuan dan puan dapat menerima ujian ii dengan hati yang redha dan ikhlas" kata doctor sebelum meminta diri untuk berlalu pergi.

Tangisan mariani makin kuat didengari. "bersabarlah nak. Janganlah kamu menangisi pemergiannya kerana itu akan lebih menyiksa wazif. Sesungguhnya ini adalah ujian darinya. Istighfar lah nak. Allah mahu menguji kita. Allah juga mahu menguji kamu dengan mengambil wazif dari kamu. Allah mahu melihat samaada ketiadaan wazif disisi kamu akan mengubuha kamu kejalan kebaikan atau keburukan. Pesan ibu kepada mariani adalah jangan sesekali melupakan allah swt" pesan salmah.

Salmah tidak mahu situasi ini disalah tafsir oleh mariani. Hati yang lemah imannya mudah terhasut dengan bisikan syaitan yang ingin mempesongkannya.

4 tahun berlalu, 4 tahun mariani tinggal di rumah ibunya di perak. 4 tahun juga wazif telah pergi meninggalkan mariani keseorangan. Kini mariani bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat. Mariani juga menjadi seorang penulis novel sebagai kerja sambilan.

Garisan HidupkuWhere stories live. Discover now