Lame tak publish? Sorry. Saya tengah berusaha siapkan novel bertajuk GLAMOUR KE MANA atas permintaan seseorang. Ok la saya jujur. Sebenarnya takdela berusaha mana😅. Tapi berusaha jugakla. Kot.
########-If you love me, you'll love me from the bottom of your heart. But.. do you love me?-
Doktor itu berdehem. Jujur dia pun cair juga melihat kecomelan serta kecantikan yang ada pada mariani
Kantoiii. Serta merta muka mariani merah membahang lalu dia segera memandang ibunya. 'Sampai hati ibu' desis hati mariani.
"Izinkan saya untuk cek ibu cik?" Tanya doktor. "Sila sila" kata mariani mengizinkan. 'Alahai comelnya. Ni buat aku cair ni. Aish iman.. dok diam diam jangan gugur tau. Nanti susah nak kutip ahakss' desis hati mariani
Mata mariani tak lari dari memandang doktor muda itu. Jantung doktor itu berdegup kencang apabila menyedari akan pandangan mariani.
'Aish minah ni saja buat aku cair. Kalau bini aku memang aku kurung dalam rumah takut diambil orang. Nasib bukan bini aku' desis hati doktor.
Doktor itu berdehem apabila selesai memeriksa keadaan puan salmah. 'Haha mariani mariani. Nakal betul mata kau ye. Gatall' desis hati mariani sambil tergelak kecil teringatkan kegatalannya tadi apabila merenung anak teruna orang.
"So macam mana keadaan ibu saya doktor?" Tanya mariani sambil memandang tepat ke arah mata doktor itu. Kelihatan doktor itu memandang ke arah salmah kerana tidak mampu membalas renungan menggoda mariani.
"So far okay. No problem. Cuma jangan bagi puan salmah buat kerja yang berat berat" kata doktor itu. 'Lama lagi ke aku dekat sini. Kejap lagi ada yang kena baham nanti susah' desis hati doktor.
'Saja nak nakal sikit. Nak uji tahap keimanan doktor ni. Kenapa salah? Siapa suruh dia goda aku dulu' desis hati mariani. 'Aih anak aku ni pantang betul' desis hati salmah.
"Bila ibu saya boleh keluar?" Tanya mariani. "Petang ni dah boleh discharge. Kalau takde apa apa, saya minta diri dulu" minta doktor menyelamatkan dirinya.
Sebelum doktor berlalu sempat doktor mamandang mariani yang berkelip sebelah mata kepadanya.
"Eee gatalnya ani ni. Tengok doktor tu kan dah tak tentu hala dibuatnya" kata ibu. "Hehe ala ibu. Bukan selalu. Siapa suruh dia hensem sangat. Hahaha" kata mariani.
'Haih memang sah. Sah dia saja nak goda kau. Sabar lah iman. Jangan cepat cair. Tinggi kan sikit ego tuh' desis hati doktor sambil berjalan menuju ke biliknya.
Setelah discharge, mariani menghantar salmah pulang ke rumah. "Nak pergi ke tak. Pergi. Tak. Pergi. Ala pergi jela" gumam mariani seorang diri. Dia berkira kira sama ada mahu pergi ke hospital untuk berjumpa amizan atau tidak.
Mariani mencapai kunci kereta arwah wazif "kejap. Kalau pergi nak buat apa? Kalau tak pergi kesian pulak. Hmm pergi jela" kata mariani perlahan.
Setelah memberitahu ibunya bahawa dia mahu keluar untuk berjumpa kawan, mariani terus menuju ke hospital tadi.
"Tadi tak silap aku yang ni" kata mariani didepan sebuah wad kelas pertama. 'Masukjelaaaaaa' dengan lafaz bismillah dia menolak pintu wad tersebut.
Amizan yang sedang termenung memandang tingkap berpaling ke arah manusia yang membuka pintu wadnya itu. Tiba tiba jantungnya berdetak laju serta senyuman yang paling manis dilemparkan.
'Alahai jangan la macam tuuu tergoda i tauu' desis hati mariani. "Thanks awak sebab sudi datang. saya ingat awak tak sudi menjenguk saya" kata amizan.
"Kenapa pula tak sudi? Awak kan kawan saya" kata mariani. Amizan termenung seketika.
'Kawan je?' 'Dah tu takkan kau nak lebih zan?' 'Takdela.. aku cuma..' 'kau ni memang tak reti bersyukur la. Ok la tu kalau dia mengaku kau sebagai kawan. Dah tu kau nak dia mengaku kau sebagai musuh dia ke? Tak nak kan? Better ko diam' 'aikkk'
Amizan bertekak seketika dengan mindanya. Inilah apa yang jadi apabila mulut dan otak tak sehaluan.
"Awak?"
YOU ARE READING
Garisan Hidupku
RandomNama aku mariani. Kisah ini menceritakan tentang hidupku. Kini, sudah tibanya aku dihujung garisan hidupku kerana aku telah penat. Penat untuk menghadapi dugaan yang bakal menimpa diriku. Penat untuk menangisi masa lalu. Dihujung garisan hidupku in...