BAB 18

19 1 0
                                    

Pada sesiapa yang nak order perlaking.. dialu alukan pm sy.. pada bila bila masa sahaja. Jangan segan2 tauu
######

-I can fake the smile
If you want
But you must remember
Remember that i'm only human
I don't want to be a fake human
For the rest of my life-

"Sure" balas amizan lalu duduk di atas sofa bertentangan mariani.

"Saya rasa dah sampai masanya untuk kita berpisah. You know what i mean right? Bercerai " kata mariani.

Perasaan sayangnya pada amizan telah berkurang. Buat apa kita mahu mencintai orang yang tidak mencintai kita? Buat apa kita mahu terhegeh hegeh lagi dekat dia sedangkan dia dah tak perlukan kita?

Buat apa kita masih mahu menunggu dia sedangkan dia sudah mempunyai yang lain?

Buat apa mariani? Buat apa? Hidup kau hanya sia sia. Kau useless. Kau langsung tak diperlukan dalam hidup sesiapa. Kau ibarat tak wujud dalam dunia ni. Atau mungkin kewujudan kau tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Sudah la mariani. Kau tak layak untuk dia. Atau dia yang tak layak untuk kau.

Amizan memandang mariani dengan tajam. "Never! And dont you dare to said it again!!" Jerkah amizan lalu terus berlalu menaiki tangga.

"Kenapa awak masih simpan saya sedangkan awak dah tak perlukan saya?" Laung mariani dari tingkat bawah. Amizan yang sedang menaiki tangga terhenti.

"Kenapa? Huh. Sebab kau layak terima hukuman" kata amizan sinis. "Hukuman?" Tanya mariani pelik.

Amizan berpaling menghadap mariani. "Hukuman kerana mengabaikan aku. Kau layan aku macam sampah dulu. Kau langsung tak pandang aku. Sedangkan aku berusah curi perhatian kau. Tapi kau buat apa? Kau buat bodoh mariani! Kau langsung tak sedar akan kewujudan aku dulu. So, enjoy it" balas amizan sinis. Penuh dengan dendam.

Amizan menghempaskan pintu dengan kuat. Mariani terduduk serta dia meraup mukanya dengan perlahan. Cuba menenangkan hati yang buntu. Yang keliru. Yang hancur.

Mariani cuba mengingati kenangan lalu. Setahu dia, dia dan amizan tidak pernah bersua muka dahulu.

Amizan bersandar pada pintu. 'Maafkan aku mariani' desis hati amizan. Apa yang dikatan tadi semuanya bohong belaka. Mariani tidak pernah bersua muka dengan amizan dahulu. Setitis air mata amizan jatuh. Membasahi pipi. Dia tidak dapat tafsirkan apa yang dirasainya waktu ini. Dia keliru. Mungkin dia masih sayangkan mariani? Atau mungkin tidak

Mariani bangkit dari duduknya. Dia harus tabah. Hanya satu saja jalan penyelesaiannya. Fakim.

"Hello awak. Awak please ambik saya sekarang" pinta mariani tersedu sedan.

"Hello. Hey baby whats wrong? Awak tunggu kejap. Saya pick up awak. Send location now" kata fakim bimbang.

Mariani menamatkan panggilan. Dia menghantar location kepada fakim. Apa nak jadi pun jadilah. Dia dah tak tahan nak hadapi semua ni.

Mariani menuju ke bilik tetamu. Dia menilik pemakainnya. Boleh la ni. Nak tak nak dia terpaksa memakai pakaian yang dipakainya sekarang. Kerana semua pakaiannya ada di dalam biliknya bersama amizan.

Perlahan lahan mariani menutup pintu. Dia sengaja membiarkan televisyen dibuka. Supaya amizan tidak syak yang dia tiada di rumah.

Nasib baik pak guard cuti harini. Setelah mariani menaiki kereta fakim, "kenapa mata bengkak je ni? Baru lepas menangis ke?" Tanya fakim. "Syuhh and keep driving. Kejap lagi saya cerita" kata mariani.

Fakim memulakan perjalanan. Tanpa mereka sedar. Ada sepasang mata yang sedang memerhatikan mereka di sebalik tingkap.

Selesai memesan makanan mariani menceritakan semuanya tentang tadi. Fakim hanya menjadi pendengar setia. "Saya dah tak larat kim. Lepas ni apa lagi yang dia akan buat pada saya?" Terang mariani.

"Macam nilah. Apa kata kita lari?" Tanya fakim. "Maksud awak?" Tanya mariani. "Kita lari then kita kahwin dekat siam. Saya janji saya akan jaga awak sepenuh kasih sayang saya. Saya takkan sia siakan awak macam mana amizan sia siakan awak. Awak berhak untuk bahagia" kata fakim.

Mariani terdiam. Cuba memahami setiap bait bait kata fakim. "Ok saya setuju" kata mariani tanpa fikir panjang. Dia setuju dengan kata fakim yang menyatakan dia pun layak bahagia.

Mereka mula merancang strategi untuk larikan mariani.

Mariani membuka pintu rumah perlahan lahan. Entah kenapa hatinya berdebar debar. Rasa tidak enak mula melingkari hatinya.

Ruang tamu sungguh gelap. Sedang dia memerhatikan sekeliling. Dia ternampak suatu 'benda' putih sedang berjalan mengelilingi ruang tamu. Mariani pantas meraba dinding untuk mencari suis lampu. Baru sahaja dia mahu memetik suis, ada tangan lain yang memegang tangannya.

Terjerit mariani akibat terkejut. "Apa benda kau ni? Terjerit jerit" tanya amizan

"Tadi. Tadi saya nampak benda putih" kata mariani sambil memeluk lutut. "Tu aku la senget!" Kata amizan bengang.

Mariani mengangkat mukanya. Dia melihat pemakain amizan. Baju putih. Seluar hitam. Padanlaa.

"Itu la hukuman untuk seorang isteri yang telah berdosa kepada suaminya" kata amizan sinis.

"Dosa? Sekarang awak nak bercakap tentang dosa?" Tanya mariani 2 kali ganda sinis. "Awak cermin diri awak dulu sebelum cakap dekat orang lain. Sepanjang kita kahwin, saya tak pernah nampak awak bersujud kepada allah. Malah awak tak pernah imamkan saya. Balik dalam keadaan mabuk. Minum arak tak berdosa? Awak tak layak untuk bercakap tentang dosa pahala. Haram halal. Sedangkan tangan awak melingkari pinggang perempuan bukan mahram awak. Saya dekat rumah ni sebagai apa? Sebagai pusat pelempias nafsu awak. Cuba awak bercakap tu guna otak. Fikir sebelum bercakap" sinis mariani berkata kata.

Amizan terkedu. "Kau apa tahu. Aku solat la dekat masjid. Kau je yang tak pernah ambil kisah. Ambil tahu. Aku minum sebab kau. Kau puncanya. Aku stress la dengan kau" kata amizan.

"Haha bagusnya kau. Siap solat dekat masjid lagi" kata mariani sambil menepuk tangan. Baru sahaja amizan mahu berkata, mariani memotong "tak solat tu mengaku je la tak solat. Ni nak jadi orang munafik pula. Munafik tahu munafik?" Tanya mariani tiada lagi awak saya. Tiada lagi mariani yang penakut dan pengecut.

Muka amizan makin membahang akibat marah yang teramat. Buku limanya digempal. "Cuba kau mengucap" arah mariani.

Dia tersenyum sinis apabila melihat amizan hanya kaku tidak berkutik. "Patutla rumah tangga kita tak tahan lama dan sentiasa bergoyang. Rupanya aku kahwin dengan ketua kepada segala setan!" Kata mariani berani lalu segera berlalu menuju ke bilik tetamu. Kini bilik tetamu sudah menjadi biliknya. Cuma pakainnya masih belum dipindahkan.

Amizan tersentap. Kata kata mariani betul betul mencabar keegoannya. 'Nahas kau mariani' desis hati amizan penuh dendam. Dia berlalu ke dalam biliknya.

Manakala mariani tersenyum puas. Puas dapat mengenakan amizan. Teringat akan nasihat fakim kepadanya

"Apa pun yang jadi. Awak kena lawan. Tunjukkan yang awak pun ada hati dan perasaan. Dan yang paling penting. Awak kena berani. Berani untuk menegakkan kebenaran. Saya yakin awak boleh buat" nasihat fakim.

## # # #
Sekadar luahan hati. . kalau nak baca.. dipersilakan. . Kalau taknak baca. . xpksa

31/7/2016
Tenang je rasa bila kita berada di rumah allah. Rasa taknak balik je.. nak je tinggal di rumah allah dan sentiasa lakukan ibadah.. hanya menunggu waktu untuk dijemput..

Betullah org ckp.. nk dpt ketenangan ni bukan mudah melainkan kita yakin dan percaya serta berpegang teguh bahawa allah sentiasa ada di sisi kita.

Alhamdulillah akhirnya ku menjumpai dan memahami serta dapat merasai erti ketenangan yg sebenar yg sekian lama tlh ku cari

Terima kasih ya allah

Garisan HidupkuWhere stories live. Discover now