BAB 12

21 1 1
                                    

-Who's holding the remote
And who's the television
how about both of us holding the remote
And watch our 'future' together
No need to split
Always be by my side
And we'll be a romantic couple ever-

1 bulan berlalu. Hubungan mariani dan amizan semakin akrab. Mariani selesa dengan amizan. Ataupun mungkin dia dah jatuh hati pada amizan?

Mariani menilik dirinya di hadapan cermin. Malam ini amizan mengajaknya makan malam. Katanya ada hal penting untuk di katakan.

Mariani mengenakan dress purple dan shawl maroon. Dia hanya mengenakan secalit lip balm di bibirnya.

Sementara menunggu amizan di ruang tamu, dia bertanya ibunya, salmah "ibu. Kalau ada orang nak meminang ani, ibu terima tak?" Tanya mariani.

Naluri mariani kuat mengatakan yang dia akan dilamar. "Ibu tak kisah. Yang penting dia pandai jaga kamu dan kamu bahagia bila bersama dengan dia" kata ibu

Bunyi hon diluar menandakan amizan sudah tiba. Mariani terkedu setelah melihat kereta yang dinaiki amizan. Amizan menaiki kereta lamborghini berwarna merah hitam.

Macam mana dia boleh dapat kereta lamborghini? Dia suruh orang suruhan dia hantar la. Amizan mempunyai sebuah kereta lamborghini dan sebuah kereta audi Q7 yang dia bawa sebelum dimasukkan ke hospital. Orang suruhan amizan telah meletakkan kereta Audi Q7 di rumah baharu amizan di perak 2 hari selepas dia keluar dari hospital.

Amizan membukakan pintu untuk mariani.

Setelah selesai makan, amizan memandang tepat ke arah anak mata mariani sambil mengeluarkan sekotak cincin. "Will you marry me?" Tanya amizan.

Mariani terkedu. Betullah naluri hatinya. Nak terima atau tak. "I will" kata mariani dalam separa sedar. ' wait what? Apa aku cakap tadi? Mak ai' desis hati mariani setelah tersedar akan ketelanjurannya.

"Yes!!" Jerit amizan. Mariani sorok muka setelah mendapati banyak mata yang memandang mereka. "Esok juga saya hantar rombongan" kata amizan teruja.

"Cepatnya" kata mariani tak puas hati. "Ok la. Lusa" kata amizan.

Keesokkan harinya, amizan terpaksa pergi ke kuala lumpur untuk menguruskan orang suruhannya.

"Fir, kau jadi mak sedara aku" arah amizan. "Seriously bos?" Tanya fir minta kepastian. 'Muka aku ni macam auw sangat ke. Huh. Menci menci' desis hati fir tak puas hati

"Shak, kau jadi pak sedara aku. Yop dan ref, jadi sedara aku. Faham?" arah amizan. "Faham bos" kata mereka serentak.

Mereka pergi ke sebuah pasar raya berdekatan untuk membeli barang yang diperlukan seperti rambut palsu, baju kurung, alat solek dan lain lain. Amizan juga turut mengupah mak andam untuk solek si fir.

Keesokkan hari, "Assalamualaikum" kedengaran suara seorang lelaki memberi salam di luar rumah mariani.

"Waalaikumussalam. Jemput la masuk" ujar salmah menjemput 'keluarga' lelaki.

"Kami datang ni membawa hajat. Hajat untuk memetik bunga untuk si kumbang" kata fir yang kononnya adalah mak sedara amizan. Fir memgepit suaranya agar kedengaran seperti seorang perempuan.

"Sebelum tu boleh saya tahu apa hubungan kamu semua dengan amizan?" Tanya salmah.

"Kami ni kami sedara dia. Yang tu mak kite. Yang tu pulak ayah kita" kata yop berpura pura pelat sambil menjilat lolipop.

Fir memakai baju kurung disertakan tudung sarung. Bibirnya merah menyala. Pipinya juga merah menyala kerana alat solek yang dipakaikan oleh mak andam kepadanya. Habis misai dan janggutnya kena cukur.

Yop berlakon sebagai adik kepada ref. Yop memakai baju spiderman serta topi ironman dan seluar pendek. Ditangannya terdapat lolipop.

Shak pula memakai songkok dan baju kemeja serta seluar slek. Ref hanya berpakaian biasa.

"Ali. Tak baik menyampuk masa orang tua bercakap" tegur fir kepada yop.

"Eh kita tak salam pun kan. Nama kita leha. Nama awok?" Tanya fir sambil menghulurkan salam pada ibu mariani. "Salmah" kata salmah.

Fir membau tangannya selepas salam dengan salmah "wangi" kata fir perlahan tapi dapat didengari oleh shak dan salmah. Salmah memandang pelik.

Shak memukul kepala fir "adui apa ni bie. Sakit tau" rengek fir manja. Mereka yang mendengar rengekan fir naik geli geliman.

Salmah rasa macam lain macam dengan diaorang. Tapi ditepis segala fikiran negatif.

Garisan HidupkuWhere stories live. Discover now