Huhu sorry sgt sgt lame tak update
Sy tgh patah hati ni.. sob sob *nangis*
Pth seribu.... hatiku.... bilaaa mengenangkannn segala ygggg kitaa aipp aipp dh2 nnti hujan pulk
btw enjoy the story dn jgn lupe keep vote n comment ;-)
Papai sy nk pergi membawa diri mengenangkan nasib ku.. tabah lah duhai hati *sob sob*
Moh la kite speaking
#######
-look into the eyes and you will see the kindness, sincerity and affection-Wazif menuju ke kereta untuk pulang. Dia ternampak ada sehelai kertas yang diletakkan di cermin hadapan keretanya.
Wazif mengambil kertas itu lalu membacanya dengan berhati hati 'giant telah mngadakan promosi...' giant rupanya. Buat suspens je.
Baru sahaja wazif hendak menuju ke tempat pemandu, dia ternampak ada sehelai lagi kertas. Kali ni apa pula? Tesco? Desis hatinya lalu tertawa kecil. Dia membaca kertas itu dengan riak wajah yang terkejut dan cuak.
Dengan pantas dia menuju ke tempat pemandu dan terus pulang ke rumah.
Sambil memandu, dia ligat befikir. Mencerna apa yang cuba disampaikan oleh tulisan bewarna merah tadi.'aku nak kau ceraikan mariani. Kalau tak, nyawa kau aku ambil' ayat itu masih terngiang ngiang di dalam kepalanya.
Wazif bungkam. Dia tidak tahu apa yang patut dilakukan. Dia tidak mahu melepaskan mariani tetapi dia juga risau yang lelaki itu akan betindak lebih agresif.
Setelah tiba di rumah, wazif mengetuk pintu rumah. Dia terlupa untuk membawa kunci rumah bersama.
Mariani membuka pintu. Mariani terkejut setelah melihat wajah suaminya yang pucat tidak ubah seperti mayat hidup.
"kenapa dengan awak?" tanya mariani. "kenapa apa?" tanya wazif selamba.
Walhal dalam hatinya berbelah bahagi untuk menceritakan keadaan sebenar.
"maksud saya, kenapa dengan muka awak? kenapa muka awak pucat" tanya mariani.
Dirasakan seperti ada sebiji batu yang menghimpap kepala wazif. Pucat sangat ke muka aku? desis hati wazif.
"wazif, saya tanya awak ni" kata mariani setelah melihat wazif hanya berdiam diri seakan kaku.
"hah? Er takde apa apa" kata wazif gelabah. "saya nak awak jawab jujur" kata mariani tegas.
"err tadi saya hampir terlanggar kucing yang tengah melintas jalan. Tu yang muka saya pucat. Maklumlah saya kan pencinta kucing" kata wazif.
Wazif tak berniat mahu menipu mariani tetapi dia terpaksa berbuat demikian.Mariani memandang tepat ke arah mata wazif untuk mencari kejujuran dalam mata itu. Tapi malangnya dia tidak Nampak apa apa seakan wazif tidak jujur dengan dirinya.
Mariani mengangkat kening tanda kurang percaya. "betul" kata wazif "okay, saya terima. Tapi saya nak ingatkan awak, saya tak nak disebabkan hubungan kita tiada kejujuran, hubungan kita runtuh" kata mariani.
Wazif yang baru sahaja hendak menarik nafas lega, terbatal. Dia menelan air liur yang terasa kan seperti menelan batu konkrit.
Wazif mengangguk tanda mengiyakan kata kata mariani tadi.
Mariani yang masih lagi sangsi dengan kelakuan suaminya terus menuju ke dapur untuk menyediakan makan malam buat suaminya.Mariani masih kurang yakin dengan jawapan yang diberikan suaminya tadi. Tetapi dia cuba untuk berfikiran lebih terbuka dan lebih positif. Segala kata kata negative yang mula hendak memasuki mindanya, ditepis.
YOU ARE READING
Garisan Hidupku
RandomNama aku mariani. Kisah ini menceritakan tentang hidupku. Kini, sudah tibanya aku dihujung garisan hidupku kerana aku telah penat. Penat untuk menghadapi dugaan yang bakal menimpa diriku. Penat untuk menangisi masa lalu. Dihujung garisan hidupku in...