Maaf kalau ada grammartical error pd ayt2 di bwh
##########
-I know that im not perfect in your eyes. But I want to ask you. It is wrong if I love you? Do you think I want to falling in love with you? Im not! My heart accidentally fall for you. Without my permission-
"Awak?" Tegur mariani. "Ye saya" serta merta lamunan amizan terhenti setelah mendengar suara orang yang dicintainya.
Setelah beberapa jam berbual, mariani menilik jam yang dipakainya. "Er awak, dah nak masuk maghrib dah ni. Cepat masa berlalu kan. Saya minta diri dulu tau awak. Kalau ada masa saya melawat awak lagi k" kata mariani. Amizan hanya mengangguk tanda setuju.
Sambil berjalan menuju ke keretanya, dia tersenyum. Entah kenapa hatinya rasa berbunga bunga dan dia juga turut selesa sepanjang berbual dengan amizan. 'Fiuh nasib baik tadi aku dah solat asar' desis hati mariani lega.
Setelah memastikan mariani sudah pulang, segera dia pergi ke kaunter yang berdekatan untuk meminjam telefon di kaunter jururawat.
"Hello" tegur seseorang yang berada di talian. "Hello. Oit ni aku ni bos kau. Aku nak kau buat sesuatu" kata amizan tegas. "Eh bos. Bos pergi mana selama ni? Puas kitaorang cari bos" kata salah seorang orang suruhan amizan. Dia terus membuat pembesar suara supaya rakan sekerja yang lain pun turut dengar.
"Banyaklah kau punya cari. Aku ada dekat hospital perak. Aku nak suruh kau beli sebuah rumah dekat perak. Pastikan kawasan rumah tu dekat dengan taman tawas idaman. Dan aku nak kau pos iphone 6s dekat aku. Nanti aku transfer duit. Aku nak korang settlekan harini juga sebab lusa aku dah boleh keluar" kata amizan panjang.
Orang suruhan amizan mendengar dengan teliti satu persatu perkataan yang disebut bosnya. Kalau mereka terlepas satu perkataan. Habis.
"Baik bos" kata semua orang suruhan amizan. Amizan memandang kiri kanan 'fiuhh nasib baik takde orang dengar' kata hati amizan
Setelah amizan mematikan telefon, amizan teringat perbualannya dengan mariani tadi.
"Awak duduk dekat mana?" Tanya amizan.
"Saya duduk dekat rumah mak saya lagi. Kenapa nak datang meminang ke?" Tanya mariani cuba menyakat amizan.
"Boleh je kalau awak nak. Anytime for you dear" kata amizan sambil mengelipkan mata sebalahnya. Serta merta pipi mariani membahang.
"Wuu someone blushing" sakat amizan. "Awak pula duduk mana?" Tanya mariani menukar topik. "Saya duduk dalam hati awak. Cia cia cia" kata amizan membuat pickupline.
"Ha ha. Funny. Betul betul la awak" kata mariani. "Yela. Saya duduk dekat kawasan situ juga" kata amizan. "Oh ye? Kenapa tak pernah nampak awak pun?" Tanya mariani pelik.
'Erkkk' bunyi hati amizan
"Saya jarang keluar rumah" kata amizan "habistu awak tak kerja?" Tanya mariani lagi. "Bukan. maksud saya, kehidupan saya ni sunyi. Saya biasa keluar rumah untuk pergi kerja then balik rumah lepastu saya tak keluar dah" kata amizan mencari alasan yang munasabah.Mariani hanya membalas dengan membuat mulut berbentuk 'o'
Keesokkan petang, mariani melawat amizan. Tiba tiba dia ternampak iphone 6s di atas meja bersebelahan katil amizan. 'Aikk bukan mamat ni takde telefon ke sebab kemalangan?' Tanya mariani dalam hati
Amizan memandang mariani yang sedang merenung tajam ke arah iphone 6s miliknya yang baru diterimanya pagi tadi. Seakan mengerti amizan berkata "tadi pagi kawan saya datang melawat saya. Lepastu dia hadiahkan saya iphone ni" kata amizan.
"Oh ye? No wonder la. Tapi kan. Kaya betul kawan awak tu kan? Agak agak hensem tak?" Tanya mariani terselit nada gatalnya.
'Eh eh minah ni. Menguji kesabaran aku betul. Yang dekat ni tak nak pula tanya yang tak kenal tu pula yang ditanya hensem ke tak. Huh' desis hati amizan tidak puas hati terhadap soalan yang dianjurkan oleh mariani tadi.
"Boleh la" jawab amizan ringkas dan padat dengan kecemburuan.
"Opss i smell something la. Something like jealousy here" sakat mariani. Amizan hanya membuat muka tidak puas hati.
"Hmm takpela kita balik dulu la. Lagipun kalu kita duduk sini bukan orang tu nak layan kita pun. Sibuk layan angin cemburu dia tu" sinis mariani. Baru sahaja mariani mahu keluar dari wad tersebut.
Kedengaran namanya diseru. Mariani tersenyum kemenangan.
YOU ARE READING
Garisan Hidupku
RandomNama aku mariani. Kisah ini menceritakan tentang hidupku. Kini, sudah tibanya aku dihujung garisan hidupku kerana aku telah penat. Penat untuk menghadapi dugaan yang bakal menimpa diriku. Penat untuk menangisi masa lalu. Dihujung garisan hidupku in...