-we started love each other since we meet. Our love were very strong. You came to my house. To meet my parent. To makes me yours. But when you got me. You hurt me. You tortier me. You dishonest to me-
"Please ani. Jujur. Saya tak berniat nak masuk campur rumah tangga awak. Tapi saya taknak awak derita. Derita awak, derita saya juga. Please. I'm begging you" pujuk fakim.
"Saya.. entahla" kata mariani sambil melepaskan keluhan yang berat. Amat berat.
"See. Kan saya dah cakap yang ada something wrong with you. Just tell me whats wrong dear. Saya tak sanggup lihat air mata awak. Saya tak sanggup lihat kekecewaan awak. Ianya mendatangkan kesan yang mendalam pada saya. Sangat dalam" kata fakim.
Akhirnya mariani mengambil keputusan untuk menceritakan tentang perubahan sikap amizan sejak kebelakangan ni.
Terasa kurang beban yang dipikul oleh mariani selama ini. Lega hatinya kerana dapat melepaskan apa yang terpendam selama ini.
"By the way, macam mana awak tahu yang saya tengah ada masalah" tanya mariani pelik.
"Hati saya bila dah sayang. Cubit peha kiri orang yang saya sayang, peha kanan saya yang terasa sakit" kata fakim.
"Awak ni memang dari dulu sampai sekarang, tak pernah nak serious kan?" Tanya mariani sambil tergelak kecil.
"Well. You know me right? Saya cadangkan awak cuba la bawa berbincang dengan dia. Mana tahu mungkin dia sedang mengalami masalah ke" cadang fakim.
"Saya takut awak. Saya takut. Saya takut dia akan pukul saya lagi. Kalau betul dia ada masalah, kenapa dia perlu pukul saya, minum arak bagai?" Tanya mariani
Fakim mengeluh kecil. "Trust me. Awak cuba je dulu. Belum cuba belum tahu. Kalau dia nak pukul awak, saya akan terbang ala ala superman untuk selamatkan awak" pujuk fakim.
"Yeah. Ok then saya akan cuba" kata mariani.
Amizan membuka pintu rumahnya. Kelihatan mariani sedang menonton televisyen. Keluhan berat dilepaskan.
Entah kenapa selepas sahaja dia dapat mariani, tiba tiba perasaan sayang dan cinta tu hilang. Hilang dibawa angin. Terbang tanpa hala tuju dan pastinya perasaan itu takkan pernah kembali lagi.
Begitu mudahnya perasaan cinta dan sayang tu hilang? Hilang tanpa khabar berita. Tiba tiba menghilangkan diri tanpa memberitahu tuan punya perasaan.
"Awak dah balik?" Sambut mariani sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan amizan.
Terus lamunan amizan terhenti. Disambutnya salam mariani. Lalu pantas sahaja dia ingin naik ke atas.
Mariani sempat menarik tangan amizan. "Awak. Boleh tak kalau saya nak bincang?" tanya mariani lembut.
'Sampai bila kau nak lari daripada masalah ni amizan?' Tanya hati amizan. Amizan hanya mengangguk. Mereka duduk di atas sofa. Saling bertentangan.
"Kenapa awak berubah?" Tanya mariani. "Entah" kata amizan selamba. Tanpa secalit pun perasaan. Mungkin sebab hatinya telah hitam. Sepenuhnya hitam.
Mariani mengambil keputusan untuk duduk di atas riba amizan. Amizan hanya beriak selamba. Lalu mariani meletakkan tapak tangannya pada dada amizan.
Tidak puas hati dengan apa yang dirasainya. Ditekapkan pula telinganya pada dada amizan.
Perlahan keluhan berat dilepaskan. Paling berat yang pernah dilepaskan maybe.
Mariani kembali duduk di tempat asalnya. "Mana pergi amizan yang selama ini sangat sayangkan saya? Mana pergi degupan yang sangat laju saat kita berdua dalam kedudukan yang sangat rapat? Mana pergi perasaan cinta dalam mata awak?" Tanya mariani.
"Entah. Hilang kot" balas amizan selamba. "Mudahnya. Mudahnya jawapan yang awak berikan pada saya. Mudah semudah abc. Mudah semudah 123. Tapi tak mudah untuk saya terima jawapan awak. Tak mudah untuk saya faham jawapan awak" keluh mariani.
"Saya sendiri tak tahu jawapannya ok. Saya sendiri tak tahu kenapa lama kelamaan perasaan sayang dan cinta saya pada awak menghilang. Lesap begitu saja. Like a magic. Poof" kata amizan.
Air mata yang bertakung di tubir mata mariani ditahan sebaik mungkin daripada membiarkan ianya mengalir.
"Huh...
YOU ARE READING
Garisan Hidupku
RandomNama aku mariani. Kisah ini menceritakan tentang hidupku. Kini, sudah tibanya aku dihujung garisan hidupku kerana aku telah penat. Penat untuk menghadapi dugaan yang bakal menimpa diriku. Penat untuk menangisi masa lalu. Dihujung garisan hidupku in...