BAB 14

22 2 0
                                    

Maaf ada kesilapan sikit. Ayat dibawah ni untuk bab 13 dan ayat di bab 13 tu untuk bab ni
#harapmaklum
============

-Days by days
Minutes by minutes
Seconds by seconds
I've been waiting for you
For you to come
To love me and makes me yours-

Mariani menatang dulang air lalu diletakkan di atas meja. Hampir ternganga mulut empat orang suruhan amizan setelah melihat kecantikan mariani. "Ehem" salmah berdehem.

Pantas sahaja fir menghulurkan salam pada mariani "fi eh leha. Makcik leha" kata fir nyaris tersasul.

"Mariani" kata mariani menyambut huluran. Shak menghulurkan salam tapi ditolak mentah oleh mariani. Fir hampir tergelak melihat muka cemberut shak. Yop dan ref sibuk bermain game di telefon bimbit masing masing.

"Cantiknya mariani. Padanlah amizan mandi tak basah. Tidur tak lena sebab mengenangkan kau. Kalau aku jadi amizan pun memang tak keluar rumah. Melekat aje dengan kau" kata shak sambil kenyit mata pada mariani.

"Eeii bie ni gatal tau. Tak padan dengan tua bangka. Sedar sikit diri tu dah tua. Dah tak laku. Bini dekat sebelah" kata fir sambil memukul kepala shak. Sebenarnya dia hanya mahu membalas dendam kerana shak memukul kepalanya tadi.

Mariani tahan gelak melihat 'pasangan' di hadapannya.

Setelah selesai berbincang, tarikh perkahwinan amizan dan mariani telah ditetapkan 2 bulan dari sekarang

2bulan berlalu, kini mariani dan amizan telah sah berkahwin atau dalam erti kata lainnya mariani telah 'masuk perangkap'

"Awak, kalau awak diberi pilihan nak pegang alat kawalan jauh atau nak jadi televisyen, awak nak jadi apa?" Tanya amizan.

"Kalau saya, ermmm" fikir mariani. "Apa kata kalau kita berdua yang pegang alat kawalan jauh. Jadi kita boleh mengubah diri kita untuk jadi yang lebih baik. Saling bimbing membimbing" sambung mariani

"Contoh?" Tanya amizan. Jawapan mariani ni memang diluar sangkaan amizan.

"Contohnya, kalau sekarang tv9 tengah menyiarkan cerita yang berunsur keganasan atau kejahatan. Then saya akan tukar siaran lain sebab saya tak suka kejahatan" terang mariani.

"Maksudnya?" Tanya amizan lagi. Masih kurang faham dengan penerangan mariani.

"Contoh, sekarang awak ni jahat. Jadi saya akan ubah awak untuk jadi yang lebih baik. Atau sekarang saya ni jahat. Jadi awak akan ubah saya untuk jadi lebih baik. Atau jahat tu lebih spesifik atau dalam kata lain adalah jahil. Sama macam kalau awak tak suka siaran ni, awak akan ubah siaran lain kan? So ada faham?" Tanya mariani setelah menerangkan apa yang dimaksudkannya tadi.

Amizan terkedu. Terharu. Mungkin? "Oh i see" balas amizan ringkas. Dia masih terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh mariani. "Awak dah tak payah kerja tau. Saya nak awak jadi suri rumah sepenuh masa" kata amizan.

"Ok" balas mariani bersahaja.

9 bulan berlalu. Dan 9 bulan juga mariani sudah tidak menjejakkan kakinya diluar rumah. Seksanya dia hanya tuhan yang tahu. Amizan dah berubah. 'Dia dah tawar hati dengan aku ke? Aku ada buat salah ke?' Hanya persoalan itu sahaja yang sering bermain difikirannya.

Setiap kali dia meminta izin dengan amizan untuk keluar rumah, dia akan dijerkah dan ditengking. Pernah sekali dia ditampar kuat oleh amizan.

Amizan sering balik lewat malam dalam keadaan mabuk. Sayunya hati seorang isteri melihat suaminya yang sudah terpesong akhlaknya.

Bunyi pintu dihempas, menandakan amizan sudah pulang. Juga menandakan mariani akan mengalami mimpi ngeri.

Mariani takut untuk turun ketingkat bawah. "Baby! Hubby dah balik ni. Meh la sini dekat hubby. Hubby rindu!" Jerit amizan dari tingkat bawah memanggil mariani.

Nak tak nak mariani tepaksa turun. "Eh er awak dah balik" tanya mariani. 'Bodohnya soalan kau tu mariani aduhhh' marah hati mariani.

Tanpa berkata apa amizan terus memeluk mariani. Bau arak yang kuat membuatkan mariani loya. Kadang kadang dia berasa jijik dengan dirinya sendiri.

Mariani telah tersilap langkah. Dia silap untuk mengahwini amizan.

"Uwekk" mariani terus berlari ke tandas memuntahkan segala isi perutnya. Tak tahan dengan bau arak.

Mariani keluar dari tandas. Dia memandang amizan. 'Tamat lah riwayat kau mariani' desis hati mariani setelah memandang muka bengis amizan.

"Kau!!!

Garisan HidupkuWhere stories live. Discover now