Sudah dua bulan aku dan Hisyam berkawan. Ikatan persahabatan kami seperti sudah lama berkawan. Mungkin betul kata orang-orang tua, benci-benci, lama-lama suka. Eh? Aku dah jatuh cinta ke? Sudah 5 tahun aku tidak jatuh cinta dengan mana mana lelaki. Hal ini, disebabkan oleh, Afiq. Lelaki yang bercinta dengan aku kerana harta. Mungkin Hisyam ni, seorang lelaki yang pandai mengambil hati perempuan. Aku berasa selesa bila degannya.
Tingting! Telefon aku berbunyi menandakan satu mesej whatsapp telah masuk. " Vivi amik keputusan untuk pergi bercuti ngan Ed. Diorang dah gerak. " whatsapp yang dikirim oleh Ellya. Aku terkejut apabila mendengarnya. Aku ingatkan kalau dah sebulan senyap, tak jadi pergi. Tapi pergi juga. Aku membalas mesej whatsapp Ellya, " Diorang bercuti kat mana? Dua orang je ke? Kenapa tak halang dia? Bahaya la. Ed tu bukan boleh percaya. Aku kenal orang macam dia ni. " pelbagai soalan ditujukan kepada Ellya.
Aku mendail number Vivi...
" Hello? " Vivi mengangkat telefon. " Vi ni aku Shira. Kau asal tak bagitahu aku yang kau gi betcuti? Bahaya la Vi. Ed tu tak boleh percaya la. Hisyam pon cakap. " tegur aku. " Kau ni sukahati aku la. Kalau kena pape, aku yang kena bukan kau. " bantah Vivi. " Memang aku tak kena. Tapi yang kena soal ngan mama papa kau, aku tau Vi. Aku. " terang aku. " Cakap la aku yang degil and bla bla bla. " Vivi masih membantah. Dia seolah-olah tidak menerima teguran. " Kau senang la cakap gitu. Aku ni bukan la jenis kawan yang main hembus je. Dan aku bukan kawan yang suka memburukkan kawan sendiri. " kata aku. Tuttttt...Vivi meletakkan telefon bimbitnya..
YOU ARE READING
PEREMPUAN
Mystery / ThrillerKisah seorang perempuan yang psycho. Dia sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan teman lelakinya kembali. Ketahui kisahnya dalam ' PEREMPUAN '. Fikir dulu, baru bertindak. okay?