Aku pulang ke rumah dengnpan senang hati. Tiba-tiba.. " Ieyaa! Pergi mana!? Dah lewat ni. " suara itu adalah suara papa aku. " Paa, sorry. Tadi Ieya gi jumpa Hisyam ngan scandal dia. " aku cuba untuk tidak menipu. " Haish kau ni. Kau tu anak dara. Tak elok lewat sangat. Tu apesal kat dahi tu ade darah? " tanya papa. " Haish ni nyamuk la. Hahahaha. " aku mula keresahan. Aku terus ke bilik. Aku pergi membasuh pakaian yang berlumuran darah di dalam tandas di bilikku. Haishh..nasib la ade tandas kat bilik sendiri.. getus aku. Selesai semuanya, aku terus tidur.
Sudah jam lima pagi, aku masih tidak boleh tidur. Mungkin disebabkan terlalu seronok membunuh orang. Aku mencapai macbook aku dan mendengar lagu. Tidak lama kemudian aku terlelap dan membiarkan macbook menyala sehingga tiada battery.
Matahari sudah terpacak, tetapi aku masih di atas katil dan masih tidur dengan lenanya. " Ieyaa bangun la. Dah pukul 12.00 tak bangun lagi ni kenapa? " kak Shida cuba mengejutku. " Bangun la Ieyaaa! " jerit kakak. " Ye la! " itu sahaja jawapanku. Aku mencelik dan perkara pertama sekali yang akan dilakukan ialah membersihkan diri. Selepas selesai mandi, aku turun ke bawah untuk bersarapan. Tetapi ibu bapa Hisyam yang ada di ruang tamu. " Ieyaa, Hisyam takde ngan Ieyaa ke? " tanya ibunya. " Mana ada aunty. Semalam lepas jumpa dia, dia terus balik. " aku cuba menipu. Aku terus pergi ke meja makan untuk bersarapan. Sepatutnya lunch.. Tapi tak breakfast punya pasal..
YOU ARE READING
PEREMPUAN
Mystery / ThrillerKisah seorang perempuan yang psycho. Dia sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan teman lelakinya kembali. Ketahui kisahnya dalam ' PEREMPUAN '. Fikir dulu, baru bertindak. okay?