19

3.2K 123 5
                                    

Sudah 2 hari aku tidak tidur, kerana suara-suara itu menghantuiku. Sudah 2 minggu juga aku tidak keluar dari bilik. Pintu bilikku selalu diketuk oleh ahli keluarga, cuba untuk memujukku. Badanku yang berisi, kini kurus kering. Hidupku menjadi huru hara. Aku tidak tahu lagi apa yang aku harus buat. Aku juga menjerit setiap hari kerana ternampak dua kelibat yang selalu menghampiriku. Aku cuba juga untuk berterus terang, tetapi masih gagal.

Setelah lama aku berfikir, aku mengambil keputusan untuk keluar dari bilik. " Ieyaaaa!!!! " suara kakak memanggilku. Dia benar-benar rindu padaku. Aku hanya meleretkan senyuman yang terukir di bibir. Aku terus ke ruangan makan, kerana sudah lama tidak merasa masakan mama. Mama yang berada di dapur sedang memotong bawang, terus membasuh tangan dan memelukku. " Ieyaa kenapa ni? Cuba la cerita dengan mama. " kata mama cuba untuk memujuk. Aku hanya menggelengkan kepala.

Tuktuktuk..pintu rumah diketuk..
" Assalamualaikum puan, adakah ini rumah cik Adriana Ashira Astilla? " tanya seorang inspektor. Aku melihat wajah mama berubah menjadi terkejut. " Ya, dia anak saya. Ada apa ya? " tanya mama yang cuba menenangkan dirinya. " Setelah sebulan kami membuat siasatan, kami dapati anak puan telah membunuh dua orang remaja. " inspektor itu menjelaskan kepada mama. " Ish, tak mungkin anak saya macam tu. Encik ni pasti ke anak saya yang buat? " tanya mama gelisah. Aku yang di dapur hanya memerhati. " Ye encik. Saya mengaku bahawa saya bersalah. " aku bersuara dan terus mengaku. Mama terkejut dan terus terduduk. Aku digari dan dibawa ke balai polis.

PEREMPUANWhere stories live. Discover now