Tenenet~ telefonku berdering, terlihat nama Ellya. " Hello Shira, kau tahu tak Hisyam dengan Bella dah takde!? " dia menelefonku dan menyampaikan khabar yang aku sendiri yang melakukan. " Serious ah kau!!? " aku pura-pura terkejut. " Yaa, polis jumpa mayat diorang kat bukit yang kau date tu. Kesian weyh. Biji mata diorang dikorek. Polis tengah siasat penjenayah tu. " terang Ellya dengn jelas. Aku sudah mula risau. Tetapi cuba mengawalnya.
Sekarang, berita ini tersebar luas di merata tempat. Aku mula gelisah. Ini adalah kes pembunuhan. Aku boleh dihukum gantung! Patutkah aku berlari keluar dari negara ini? Tak mungkin. Bukan semudah itu! Apa yang harus aku lakukan!!? Serah diri? Tidak sama sekali. Takpe. Aku cuba berdiam diri.
Sewaktu aku tidur. Berbagai-bagai suara aku dengar dari setiap sudut bilikku. Jam menunjukkan jam 3 pagi. Tetapi, aku masih tidak dapat melelapkan mata. Arghhhh! Aku menjerit secara tiba-tiba. Jeritan itu tidak didengari sesiapa, kerana tiada siapa mengambil peduli. Sedangkan bilik kak Shida hanya bersebelahan. Aku menangis mendayu-dayu. Aku tertekan. Emosiku tidak stabil seperti dulu. Aku menghempas kepalaku di dinding dengan kuat, sehingga berdarah. Aku memukul-mukul kepalaku menggunakan kamus. *ingat boleh pandai ke hentak pakai kamus?* habis bilikku bersepah kerana semua barang aku campak sehingga rosak. Bilikku seperti bilik yang tiada penghuni. Aku memaksa diriku untuk tidur.
YOU ARE READING
PEREMPUAN
Mystery / ThrillerKisah seorang perempuan yang psycho. Dia sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan teman lelakinya kembali. Ketahui kisahnya dalam ' PEREMPUAN '. Fikir dulu, baru bertindak. okay?