17

3.2K 126 0
                                    

" Weyh! Kau tahu Bella pergi mana? Aku call asyik off je. " tanya Ellya memecah kesunyian. Aku terkejut dan aku hanya meneleng. Aku cuba untuk larikan tajuk. Supaya dia tidak membuka cerita pasal Bella. " Dah seminggu dia pergi. Haishh. Vivi pon sekarang mummy dia suro duduk rumah je selagi tak kahwin ngan Ed. " kata Ellya. " Weyh, jom balik. Aku penat la. " aku mengajaknya pulang walaupun tidak sampai satu jam berjalan. Ellya hanya mengangguk kerana dia faham jika aku senyap bermakna aku tiada mood.

Setiba di rumah, aku ternampak kelibat Bella di ruang tamu merenung aku. Aku mula terkejut. Tetapi, aku membiarkannya dan terus memasuki bilik. Dengan sepantas kilat, kelibatnya berada di bahu katil aku. Ahh siall! Mampos aku.. Getus aku. " Shiraa...Duduk la sini.. " kelibatnya memanggil aku. Mendayu-dayu suara itu memanggil. " Kau nak apa!!? Pergi berambus la sial!! " jerit aku. " HAHAAHAAHAHAHHAHA! " mengilai-ngilai suaranya. " Kenapa kau bunuh aku Shiraa? Kenapa? Kenapa!!? " dia mendekatiku. " Sebab kau rampas bakal suami aku!! " jerit aku. " Tapi, kenapa sampai macamni kau buat aku Shira? " mendayu-dayu suaranya. Aku membiarkan dan terus pergi ke bilik kak Shida.

Setibanya di bilik kak Shida, " Ieyaa, kau ngan Hisyam macam mana? " satu soalan dituju padaku. " dah ah malas nak cerita. Kak, Ieya tido ngan akak harini boleh tak? Harini je. " aku cuba memujuk kak Shida kerana takut akan gangguan kelibat Bella. " Ieya, bilik akak ni sentiasa open untuk family. Hahahaha. " kak Shida menjawab menandakan setuju. " Elehh. Beria ah akak ni. " kataku sambil menolak bahu kak Shida. Aku pergi mengambil bantal peluk kesayanganku di dalam bilik. Sedikit demi sedikit aku melangkah masuk. Aku melihat sekeliling. Tapi tiada apa-apa. Aku pergi ke katil untuk mengambil bantal, aku terasa sesuatu berada di belakangku. Apabila aku menoleh, Bella berada di belakangku dengan darah yang berlumuran dan tiada mata. Aku cuba untuk menjerit, tetapi suaraku disekat. Seolah-olah ada benda yang menyangkut suaraku. Aku melarikan diri ke bilik kak Shida dan terus tidur.

PEREMPUANWhere stories live. Discover now