12

3.2K 131 2
                                    

Selepas 1 jam aku mematikan telefon, terdapat 55 mesej daripada Hisyam. Tanda untuk meminta maaf. Yang tertulis,
-Sayang ! Sorry, I takde niat nak buat you macamtu. Ya! I do love Bella, but in the same time, i love you too.
-Sayang!
( mesej yang lain hanya meminta maaf )
Aku hanya menghiraukannya. Walapun aku masih sayangkan Hisyam. Tapi, hati aku jenis kalau kata A, A la. Aku tetap dengan keputusan aku untuk putus tunang. Aku cuba untuk tidak putus tunang. Tetapi, ayat I do love Bella, membuatkan aku rasa dimainkannya. Aku serik dengan bercinta.

Dia adalah lelaki kedua pernah memainkan perasaan aku setelah 5 tahun tidak bercinta. Aku betul-betul serik dengan cinta. Aku akan membalas dendam dengan mereka! Bisik hati aku. Aku berasa dendam terhadap mereka. Mati kau aku kerjakan! Hahahaha! Aku seperti orang sakit mental. Aku menjadi benci kepada rakan aku sendiri.

Tuktuktuk..pintu diketuk..
" Ieyaa...keluar sayang..dah dua hari tak makan.. " mama memanggil aku dengan lembut. " Takpe maa. Ieyaa tak lapar. " aku menjawab dengan nada seperti orang yang baru lepas makan. " Sayang, jangan macam ni. Buka pintu. Cerita kat mama. " pujuk mama. " nanti maa. Nnti Ieyaa cerita bila dah ok. " jawabku seperti tidak kesedihan.

PEREMPUANWhere stories live. Discover now