Dulu,
Aku ada kawan baik, rapat,karib, sahabat. semuanyalah 😃
Masa kitaorang dok tahfiz sesama.
3tahun jugak la,
Kami still sama² , sebab rumah jarang balik. Balik pun raya je.
So aku dah anggap dia sebahagian daripada famly aku.Memang kami sangat rapat.
Makan sama-samaMandi sama-sama
Tidur sama-sama
Main sama-sama
Cari pasal dengan orang sama-sama
Lari asrama sama-sama.
Eh 🙊
Dah kawan rapat namanya.
Memang tak boleh pisahlah,Sampai satu masa.
Aku terpaksa pindah ke tahfiz yg lain, sedih teramat sangat 😭
Kata kawan aku ni,
"Nanti hang dah takkan jumpa orang yg rapat dengan hang
Macam aku rapat dengan hang"
Memang betul pun!Aku dah tak jumpa kawan serapat tu,
Allah.
Kitaorang still contact lagi walaupun dah 2 tahun aku pindah dari tahfiz tu.Masih lagi berjumpa
Tapi dah tak serapat dulu.Sob.. sob..
Makin lama, makin renggang.Lupa nak cakap kami dulu tahfiz, wajib pakai purdah, jubah dan lain-lain.
Alhamdulillah, istiqomahnya sampai keluar dari tahfiz,
Cuma tak setawadok dulu 😞
Sambung cerita aku dengan kawan aku tadi..Kami makin renggang dan renggang,
Aku dapat satu berita yg menyentap jiwa aku,
Ayah dan mak dia dah pun bercerai (Allah tulis jodoh sampai sini shj )
Diorang anak beranak ni dah jadi macam hidupDi awangan.
Kejap dok dengan mak, kejap dok dengan ayah
Tapi aku suka diorang duduk dengan ayah diorang, sebab amalan, ibadah diorang terjamin sikit kerana ayah diorang tabligh
Bila duduk dengan mak.Hem hem. (Faham² jelah)
Dan sekarang.Dia dah berubah, banyak sangat berubah.
Solat, Allahualam
Pakaian dah ketat , tudung dah pendek, stokin handsock jangan cakaplah.Sedih 😞😞
"Aku takut nak tegur, nanti terasa hati, pastu putus sahabat"
One time aku terpaksa jugak tegur.Tarik nafas dalam².
Dan aku cakap kat dia
Tak teringin nak macam dulu ka?Alasan dia bagi, nanti aku kawen aku berubah la.
Hang cari sorang kat aku orang yg solehDan aku pun terus ja nasihat dia sikit-sikit, tapi berlapik la takut terasa.
Sampai satu masa, haritu
Dia marah.
Block ws,fb dllSebab aku selalu sgt tegur dia.
Aku nak sangat dia macam dulu 😭
Dia dah makin jauh dengan Allah.Dengan apa yg dia istiqomah dulu kat tahfiz,
Wallahi,
Bila tengok dia dah macam takdak ciri² seorang 'hafizah alquran' dalam diri dia..
Dan sebab tu aku berani cakap.Dari
Sekolah agama ke
Sekolah tahfiz keTak menjamin pun, macam mana dia yg sekarang.
Allah nak tarik hidayah tu kejap ja.
Sebab tu,
Kena doa minta Allah kekalkan
"Taufiq,Hidayah" dalam diri
Walaupun sekarang korang dah berada di tahap zon selamatUntunglah kau,
sekolah agama. Sebab tu kau boleh jadi baik. Aku tak sekolah agama. Sebab tu aku susah sikit nak berubahTak jugak bro. Isteri firaun, duduk dengan firaun kot, tapi dia still boleh beriman! Isteri nabi nuh dengan isteri nabi lut, duduk dengan nabi kot, tapi diorang kufur
So, apa kaitannya ??
Aku just nak cakap.
Sekolah agama ke, tak sekolah agama ke, amik jurusan agama ke, amik jurusan bukan agama ke, kalau KAU nak BERUBAH, kau takkan bagi ALASAN 😊
YOU ARE READING
Peringatan Buat Ummat Akhir Zaman
RandomTanpa udara matilah kita, Tanpa tarbiyyah pasti rebah.. Marilah mati sebagai pentaubat, Bukan pendosa.. Ps : Karya ini bukan 100% dari saya, ada yang saya tokok tambah, ada yang dicopy bulat-bulat, ada juga yang terhasil dari diri saya sendiri.. T...