Sombong

242 25 0
                                    

Sombong itu buruk.

Jangan sombong, janganlah berjalan atas muka bumi Tuhan ini dengan mendongak kepala. Jangan rasa diri terlalu hebat dan kuat.

Sombong? Bagaimanakah itu..?

1. Merasakan diri lebih baik dari orang lain. Rasa diri hebat dan mulia dari orang lain. Pandang rendah orang lain. Diri sendiri pandang tinggi kalah langit.

2. Tak terima nasihat daripada orang yang lebih rendah. Rasa diri hanya layak dinasihat oleh orang yang lebih hebat dari dia. Bila orang ramai nasihat, ego tak nak terima. Tidak mudah terima nasihat.

3. Sombong dengan Tuhan. Tidak mahu solat awal waktu bila dengar azan. Selalu malas bila berkaitan perkara yang disukai Tuhan seperti baca quran dll.

Kawan,
Tidak masuk dalam syurga orang yang ada kesombongan walaupun secebis dalam hati mereka.

Maka apakah kamu sombong?
Apakah kamu ingin syurga Allah?

Jika ya katakan ya.
Kata tidak jika tidak mahu.

Kalau mahu, usaha jangan sombong. Sombong itu sifat yang buruk, sifat yang membuatkan kamu tidak sedar diri kamu itu ialah hamba Allah dan juga kamu itu tiada apa-apa pun!

Siapa yang sombong, dia sangatlah kurang ajar dan kurang adab dengan Tuhan-Nya.

Telah berfirman Allah dalam hadis qudsi HR Riwayat Ahmad: II/414 bahawa kesombongan itu hanya layak untuk Allah SAHAJA, kemuliaan itu hanya untuk Allah sahaja.

Bila kita sombong, kita bagaikan menentang Allah!

Ketahuilah kita ini hanya hamba, yang hina tiadalah mulia jika dibandingkan dengan pencipta hamba iaitu Allah.

Mengapa perlu kita tergamak menafikan Allah yang selayaknya untuk dimulia lalu kita memuliakan diri kita lalu sombong bongkak..!?

Muhasabah,
Berubahlah!

Moga Allah dan Nabi redha,
Moga Allah kurnia kita Syurga!

28.11.15
Aiman Banna.

Peringatan Buat Ummat Akhir ZamanWhere stories live. Discover now