Jasamu Ya Rasulullah

262 26 1
                                    


Oleh : Ust Muzani Abdul Rahman

🔖 Persoalannya mampukah kita balas? 😣

Sedangkan jasa seorang ibu yang menjaga beberapa orang anak itupun tidak mampu dibalas inikan pula jasa seorang rasul terhadap seluruh umatnya sepanjang hayat hingga akhirat.

🔖 Apabila ditanya kepada atuk nabi; kenapa beri nama Muhammad (yang terpuji)?

Abdul Mutalib jawab; "Kerana aku mahu bila anak ini dipanggil, dia dipuji oleh semua yang ada dilangit dan semua manusia di bumi."

🔖 Bagindalah insan yang paling bermanfaat pada manusia lain.

Kebaikannya dirasai oleh semua manusia (Islam dan non-muslim) dan makhluk lain.

🔖 Bagindalah insan yang paling berilmu. Diajarkan ilmu oleh Allah melalui Malaikat Jibril; bukan untuk amalan diri sendiri tapi untuk kita semua.

Sepertimana wahyu pertama yang diturunkan; “Iqra’ bismirabbikalladzi khalaq.” Kemudian disusuli dengan wahyu; Ya ayyuhal muddatssir, Qum Fa anzir! Wahai yang berselimut, bangun dan berilah peringatan!

🔖 Bagindalah insan yang hadirnya meninggikan martabat dan maruah wanita.

Wanita pada zaman jahiliyyah dulu, dirosakkan dan di'perguna' sesuka hati oleh sesiapa sahaja. Hidup dengan maruah yang direndah-rendahkan.

Alhamdulillah kini wanita, mahu disentuhpun kena bersyarat (akad nikah). Betapa wanita itu sungguh mahal dalam Islam (lebih mahal daripada dunia dan seisinya).

🔖 Bagindalah insan yang paling lembut terhadap isteri.

Bacalah kisah 'Nabi saw dan cincin istimewa buat isteri-isteri tercinta baginda'. Sungguh Nabi seorang suami yang romantik dan pandai mengambil hati.

Juga, Nabi sangat kasih dan mesra dengan anak-anak serta cucu sehingga menjadi contoh (uswah) ikutan para sahabat baginda yang lain.

🔖 Bagindalah insan yang paling melebihkan manusia lain berbanding diri sendiri.

Pernah Rasulullah dilayan teruk oleh penduduk taif sehingga Malaikat Jibril meminta izin mahu menghempap mereka dengan bukit Taif.

Namun baginda bersabar dan tidak mengizinkan kerana yakin dakwah yang ditolak oleh penduduk toif ini pasti akan diterima oleh anak cucu mereka.

🔖 Bagindalah insan yang walaupun tidur dengan mata yang tertutup rapat, namun hatinya selalu ingat dan risau pada umatnya.

🔖 Bagindalah insan yang masih mengingati kita saat diri sedang nazak diambang maut.

Kerana cinta, Nabi saw sempat memohon agar seluruh sakit sakaratul maut umatnya ditimpakan saja ke atas dirinya saw.

🔖 Bagindalah yang nanti mencari; aina ummati? Di mana umatku? Ketika kita bangkit di akhirat esok.

Subhanallah! Dalam keadaan semua manusia sibuk dengan urusan masing-masing di Padang Mahsyar ada seorang insan yang sibuk dengan urusan orang lain. Iaitulah Rasulullah saw.

🔖 Itu antara sedikit jasa Rasul saw. Bukan hanya untuk dikenang. Tapi untuk dihargai dan dicontohi.

Yang paling banyak berjasa di dunia adalah yang paling beruntung diakhirat nanti. Kenapa?

Kerana mereka yang hidup dengan amal jariah (berkhidmat memberi manfaat pada orang lain) akan menerima pahala jariyah yang tidak putus-putus hingga hari kiamat tanpa dikurangi sedikitpun pahalanya.

💖 Maka bagaimana dapatku balas jasa baginda saw?

✅ Paling kurang ; perbanyakkan selawat dan salam ke atas baginda saw

✅ Paling penting ; ikut setiap sunnah baginda dalam kehidupan seharian

✅ Contohi kehidupan mereka yang mengikuti kehidupan Rasul saw terutamanya para Sahabat baginda.

Mereka hidup dengan 'khorru sujjada'; merebahkan diri sambil bersujud menandakan kepatuhan tanpa berdalih pada setiap arahan Allah dan RasulNya.

💖 Ikut cara hidup kekasih Allah, yuhbibkumullah (pasti kamu dicintai Allah)! Dan Allah tidak mungkir akan janji cintaNya.

Wallahualam

Peringatan Buat Ummat Akhir ZamanWhere stories live. Discover now