Teguran

175 22 1
                                    

"Aku datang lambat ke musolla. ketika itu Nabi Muhammad dan sahabat lain sudah bersembahyang.

Aku baru sampai masjid right after lepas makan bawang putih. Maka aku pun join dalam jemaah mereka.

Ketika itu Nabi Muhmmad selaku imam agak kurang selesa dengan bau bawang putih yang sememangnya tidak menyenangkan.

usai solat tersebut, tiba-tiba Nabi Muhammad berkata...

'Siapa yang makan bawang putih, jangan dekatkan diri dengan musolla ini'

Rupanya Nabi Muhammad menegur aku tapi secara tidak langsung..."

MasyaAllah tabarakaAllah :DDD

Kita lihat bagaimana adab Nabi menegur sahabat.

Nabi nak tegur, tidak direct.
Nabi nak tegur, tidak membuka aib.

Nabi nak sampaikan mesej bahawa bau yang kurang menyenangkan akan mengganggu jemaah solat, maka janganlah ganggu jemaah.

itu kesalahan yang dilakukan oleh sahabat, tapi Nabi tidak menegur direct.

sebab apa?

tegur direct secara terbuka depan orang ramai = buka aib.
tegur umum secara terbuka depan orang ramai = tegur hikmah.

kalau nak tegur direct pun, tegurlah face to face.

kenapa Nabi tegur kesilapan itu kat khalayak tapi tak direct?

agar menjadi nasihat tauladan kepada yang lain agar tidak melakukan perkara yang sama.

itu adab Nabi ajar dalam menegur.

Adab Nabi. itulah yang terbaik.

Even kita kumpul semua pendrive dan hard disk yang ada kat bumi ni dan taip kat microsoft word segala akhlak Nabi, takkan dapat beb! T^T

Jom ikut Akhlak Nabi. Sollu'alannabiy! :DDD

Peringatan Buat Ummat Akhir ZamanWhere stories live. Discover now