APA ITU NAFSU
Apa yang dikata nafsu..?
Ada 7 peringkat bermula dengan Amarah,Lawamah,Mulhamah, Mutmainnah,Radiah,Mardiah dan Kamilah.
Nafsu itu adalah keinginan atau kehendak...!
Macammana nak tundukkan nafsu atau kehendak?
Siapa yang berkehendak?
Sabda Rasullullah s.a.w "Kita baru sahaja memenangi satu peperangan dan kita akan memasuki satu lagi peperangan yang lebih besar iaitu memerangi Hawa Nafsu".Cuba kita tahan kehendak nak makan...
Boleh ke kita dapat kenyang?
Cuba kita tahan kehendak nak bersetubuh...
Boleh ke kita dapat anak?
Jadi disini rasulallah kata perangi hawa nafsu...
Nafsu yang macamana?
Apa yang kita faham tentang nafsu?
Nafsu itu adalah daripada sifat nafsiah iaitu ADA...iaitu WUJUD !
Siapa yang ada,siapa yang wujud?
AKU atau kau?Kalau AKU maka adakah terhukum...?
Kalau Kau, mana AKU?
Kalau AKU, mana kau?Maka kau bernafsu terhadap Hawa, mengapa?
Kerana Hawa itu daripada kau...
Ketika Adam itu bersendiri maka terlintas di dalamnya ingin berteman...
Maka setelah Adam sedar daripada tidurnya Hawa ada berhampiran dengannya..
Daripada mana Hawa itu hadir?
Bukankan daripada dalam Adam.
Jadi Hawa itu adalah keinginan Adam sendiri..Sebab itu dikiaskan Hawa itu daripada tulang rusuk kiri Adam...
Sedang rusuk kiri kita kaum Adam tetap ada 7... Mengapa tidak kurang tinggal 6....
Kita mencintai diri kita sendiri...
Rindu pada yang dirindui.
Kasih pada yang dikasihi...Sebab itu bila kita pandang saja perempuan kita bernafsu....
Sebab terjadinya Hawa daripada dalam DIRI Adam itu sendiri... Boleh ke kita perangi NAFSU...?Jadi nafsu mana yang disuruh perangi...?
JawapanNya adalah KEAKUAN UJUDNYA DIRI...
Itulah NAFSU nya...
YOU ARE READING
Peringatan Buat Ummat Akhir Zaman
RandomTanpa udara matilah kita, Tanpa tarbiyyah pasti rebah.. Marilah mati sebagai pentaubat, Bukan pendosa.. Ps : Karya ini bukan 100% dari saya, ada yang saya tokok tambah, ada yang dicopy bulat-bulat, ada juga yang terhasil dari diri saya sendiri.. T...