Orang yang Bertaqwa

211 24 0
                                    

Dari Tausiyah Habib Ali Zaenal Abidin al Hamid.

Allah SWT sediakan syurga seluas langit dan bumi untuk orang-orang bertaqwa.

Tetapi siapakah orang yang bertaqwa? Tak cukup dengan mengaku saja yang dirinya bertaqwa tapi perlu mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Orang yang berinfak dalam keadaan senang DAN SUSAH. Susah tak jadi sebab untuk dia tak berinfak, yakni sentisa ada kebergantungan penuh pada Allah سبحانه و تعالى   

2. Orang yang tahan marah. Maknanya dia ada perasaan marah, tapi bila ditahannya, ianya menjadi satu ibadah baginya. Tapi sebaliknya kalau dilepaskan, ianya boleh menjadi sumber dosa padanya!

3. Maafkan orang yang buat salah sebelum dia minta maaf. Selepas disuruh tahan marah, Allah suruh maafkan. Allah mahu hati kita bersih dari dendam, buruk sangka, dengki dsb, yakni bersih dari semua virus hati. Hakikatnya memang sukar nak dilakukan, tapi ini tawaran dari Allah, siapa mahu silakan. Jika mahu syurga, mahu dapat gelaran orang bertaqwa, kena buat.

4. Buat baik (ehsan) pada orang yang buat kita marah. Jangan lihat bagaimana salah orang itu pada kita, tapi tengok apa Allah beri bila kita maafkan dan buat ehsan padanya.

5. Kalau terbuat dosa, ingat pada Allah. Bila tergelincir buat dosa, minta ampun pada Allah. Sebaik-baik orang yang berdosa ialah orang yang bertaubat kepada Allah SWT.

Peringatan Buat Ummat Akhir ZamanWhere stories live. Discover now