Ukhwah

207 24 1
                                    

Definisi ukhuwah itu ialah apabila berpisah sesaat, sudah rindu sedekad.
Ukhuwah yang sebenar-benarnya akan menyebabkan kita rasa sangat-sangat rindu akan seseorang itu.

Momen indah bersama dia menjadikan hati kita sentiasa menjadikannya modal untuk dirindui setiap detik dan ketika. Ini lah kuasa ukhuwah yang dibina semata-mata kerana Allah.

Tapi,
Jangan rasa semua rindu kepada manusia itu ialah kerana nikmat ukhuwah. Tidak semua rindu ialah nikmat ukhuwah.

Ada juga rindu yang tak boleh;
Rindu ajnabi...,
Laki rindu perempuan ini,
Perempuan rindu lelaki itu.

Kerana akhirnya akan jatuh kepada zina hati apabila sudah selalu sangat-rindu-rindu. Rindulah sesama jantina, kerana ukhuwah sesama jantina jauh lebih indah daripada sesama ajnabi.

Ukhuwah berlainan jantina memang ada, iaitu jaga ikhtilat dan ikut syariat sesama ajnabi.

Peringatan Buat Ummat Akhir ZamanWhere stories live. Discover now