🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷
MENGUMPAT dan cakap belakang!
Nak tahu hati kita busuk ke tak, simple je. Kalau kita selalu mengumpat dan memburukkan orang, sebenarnya hati kita busuk.
Ibn Athaillah menyebut dalam kitabnya Bahjah Annufus:
“Wahai saudaraku, jika engkau ingin menguji kebersihan hati seseorang, cuba sebutkan kehidupan seseorang yang tidak bersamamu di hadapannya. Kemudian, perhatikan bagaimana tindak balasnya. Andai tindak balasnya ialah menyebut keburukannya, menyebut aib-aibnya, serta mengingkari kebaikannya, dia jatuhkan martabat orang tersebut, dia makan dagingnya, dia mencela orang tersebut dan terus menyatakan keburukan orang tersebut. Andai itu yang dia ungkapkan, ketahuilah bahawa hati orang itu sedang SAKIT, tidak mengenal Allah, dan dia tak tergolongan di kalangan orang yang soleh dan bersih!!”
(Ibn Athaillah)Moga Allah jauhkan kita dari mengumpat, memburukkan orang, fitnah, bukak aib orang dan yang sama waktu dengannya.
-------------------------------------------------------Saya pernah tanya dengan murabbiah.
" Bagaimana nak bersihkan hati. Hati dah hitam sangat ni. "
Jawapannya,
Istighfarlah di waktu pagi mu, petangmu hingga malam mu. Jangan berbicara sekiranya perbualan itu tidak mendatangkan apa-apa pahala. Zikirlah dengan membayangkan Tuhan-Mu akan murka sekiranya setiap 1 saat kau abaikan diri untuk mengigati-Nya. "Lantas saya bertanya kembali,
" Bagaimana kalau dah full time 24 jam istighfar zikir tetapi hati masih gelisah. Rasa banyak dosa yang terkumpul berkurun lamanya. "Murabbiah jawab,
" Bangun pada solat malam dan mohon pada Allah untuk minta 'hati yang baru'. "Baiknya Allah.
Penyayangnya Allah.
Surah An-Nisa: ayat 106 ☺️Semoga istiQamah sayang.
YOU ARE READING
Peringatan Buat Ummat Akhir Zaman
RandomTanpa udara matilah kita, Tanpa tarbiyyah pasti rebah.. Marilah mati sebagai pentaubat, Bukan pendosa.. Ps : Karya ini bukan 100% dari saya, ada yang saya tokok tambah, ada yang dicopy bulat-bulat, ada juga yang terhasil dari diri saya sendiri.. T...