[Tentang Crush]
Crush saya waktu jahiliah dulu sangat cantik. Sumpah tak tipu.
Dan bila dia tegur saya kat Facebook, sangaaat bahagia. Bahagia yang tidak terkata.We started to chat. Kenal kenal. Cerita cerita. Gembira gembira. Rupanya, hati saya dan dia suka sama suka.
2 months kami bersama. Bersama sebagai rakan, dan sangaaat mesra. Ikhtilat tidak terjaga, dibiar begitu sahaja.
Until one day, saya ambil keputusan nak confess kat dia. Saya nak luahkan segala apa dalam hati untuk si dia yang berjaya memenuhi rasa dalam jiwa.
Saya kata, "awak, saya suka awak." dan dia jawab, "saya juga. saya suka awak."
Ketika itu perkataan bahagia tidak mampu untuk ungkap rasa dalam jantung hati yang gembira. Terlalu bahagia itu tidak mampu untuk dimanifestasi keluar dari jiwa.
Bermula itu, saya sentiasa jaga dia. Tidak mahu dia dikacau sesiapa. Debu pun jangan berani nak lalu antara saya dan dia.
Kerna pada dirinya, saya Cinta...
Hingga satu ketika, saya diam sejenak dan berfikir guna akal jiwa yang terbenak. "Mengapa aku begini, mengapa aku di sini bersama Cinta ini di dalam hati."
Saya tidak faham, mengapa ada ada rasa yang masih tiada. Bagaikan perkataan 'bahagia' yang tiada huruf 'a' dalamnya. Aku masih rasa tidak sempurna dan kosong.
Masa berlalu hinggalah hari ini tiba, sudah bertunang, inshaaAllah bahagia. Bahagia hingga syurga tapi bukan dengan saya. Saya tidak lagi bersama dia. Dia bertunang dengan jodoh dia, inshaaAllah.
Saya, kekal begini, tiada hati wanita dalam jantung hati.
Setelah memahami, sepatutnya Cinta Allah menjadi prioriti, yang lain akan di-support Ilahi.
Benar, konsep saya itu membuatkan saya bahagia. Kerana hati ajnabi bukan untuk main "touch n go", tapi sekali sentuh kena "let's go!" hingga masuk Jannah.
Jangankah bermain hati perasaan dengan ajnabi, kerana itu menyedihkan Nabi. Juga membuatkan adanya murka Ilahi.
Suka itu fitrah, jangan terlalu ghairah hingga menjadi fitnah. Akhirnya hati suci kurniaan Ilahi rosak punah.Saya mohon, jagalah apa yang patut dijaga. Cintalah apa yang patut dicinta.
Jangan mudah jatuh cinta, kerana apa-apa yang jatuh akan sakit pedih. Maka, jatuhkanlah Cinta itu hanya pada Allah, Allah akan sambut dengan kasih...
Namun jangan risau, saya ada crush baru. Alaa, saya pun manusia, nak juga ber-crush.
Sekarang crush saya hanya dia, manusia seperti saya tapi sangat luar biasa. Dia intan permata antara batu jalanan yang hina.
Dia lawa, melebihi sesiapa. Sesiapa yang jumpa yang lebih lawa daripada crush saya, saya bagi ringgit malaysia sejuta.
Dia baik, sangat baik. Hati saya yang keras bagai batu ini mampu dijentik. Dia begitu sempurna untuk diungkap hanya dengan sekadar kata, bahkan hati pun tersenyap mati kaku kerana dia sempurna tiada cela.
Muhammad bin Abdullah, izinkan dirimu menjadi crush saya.
Jom berinspirasi dengan mencintai Nabi! ;D
YOU ARE READING
Peringatan Buat Ummat Akhir Zaman
RandomTanpa udara matilah kita, Tanpa tarbiyyah pasti rebah.. Marilah mati sebagai pentaubat, Bukan pendosa.. Ps : Karya ini bukan 100% dari saya, ada yang saya tokok tambah, ada yang dicopy bulat-bulat, ada juga yang terhasil dari diri saya sendiri.. T...