Cinta & Cita-cita

270 28 7
                                    

Cinta itu fitrah

Cita cita it amanah

Antara cinta dan cita-cita, apa pilihan kita? Cinta manusia @ cita-cita ingin berjaya dalam pelajaran ?
Mengapa kita perlu mencari cinta manusia?  carilah cinta Allah dan Rasul dulu...

Agak poyo bunyinya.

Tapi itulah hakikat 😃
mengapa perlu cari cinta yang tidak halal itu..... padahal kita tahu,,

“ Dan janganlah kamu menghampiri zina, zina itu sungguh suatu perbuatan yang keji dan mungkar ”

( AL-ISRA’ 17: 31 )

Saya hanya bercinta sahaja, mana ada menghampiri zina...

Sebenarnya kita lupa, bahawa zina itu bukan zina kemaluan sahaja, zina mata (apabila kita memandang yang bukan hak, contohnya seperti gambar) , zina tangan (kita berpegangan tangan, menaip mesej yang jiwang-jiwang dan menghairahkan )
Kami tidak buat semua itu, kami couple islamik..

Dalam islam mana ada couple islamik,, yang ada hanya couple yang halal iaitu hanya selepas  ikatan yang suci  iaitu ikatan perkahwinan..... kita kena ingat walupun kita dah cuba untuk couple islamik, kita lupa ada satu lagi zina, iaitu zina hati,, bila berjauhan kita akan teringat apabila dikaitkan seseuatu yang berkaitan si dia.. memang susah nak jaga hati terutama dengan yang berlainan jantina, maklumlah charge +ve dan –ve.

Harap-harap saya dapat bakal suami yang soleh dan beriman,

kita boleh nak dapatkan pasangan yang soleh @ solehah, tetapi dengan satu syarat, jadilah soleh @ solehah dulu, insya Allah... kita kena yakin dengan janji Allah.. kerana siapa yang paling menepati janji selain ALLAh....

"Harta yang paling utama adalah lisan yang berdzikir, hati yang bersyukur, dan isteri solehah yang membantu suami menegakkan imannya." 

[HR Tirmidzi]

"Seluruh dunia ini adalah perhiasan dan perhiasan terbaik di dunia ini adalah wanita yang solehah.” 

[HR an-Nasa’i dan Ahmad]

Cinta adalah hati, Cita-cita adalah nyawa, antara cinta dan cita-cita memiliki sesuatu kekuatan.

Cinta tanpa cita-cita akan mati, dan Cita-cita tanpa cinta adalah hampa.

Cita-cita adalah sebuah harapan yang tumbuh pada diri seseorang, dan untuk meraihnya memerlukan suatu pengorbanan.

Cita-cita harus didasari dengan kecintaan yang mendalam terhadap apa yang kita cita-citakan.

Adapun cita-cita, kebanyakan manusia menafsirkan cita-cita yang paling utama adalah cita-cita mendapatkan cinta orang yang dicintainya.

Namun sebenarnya mereka tidak menyadarinya.

Karena sesungguhnya cita-cita yang paling utama dalam hidup kita ini adalah cita-cita untuk mendapatkan Cintanya Allah swt. Sehingga kita dapat memasuki syurgaNya.

Allahualam.😊

Peringatan Buat Ummat Akhir ZamanWhere stories live. Discover now