BAB 1

676 6 7
                                        

Awan mendung mula berkumpul menutupi langit pada pagi rabu, kebanyakan pelajar selalunya masih mengumpul air liur semalam di kolej masing-masing. Maklumlah, kebanyakan mereka tiada kelas pada hari rabu, sedangkan yang lain pula ada kegiatan lain di luar kampus. Memang menjadi lumrah budak universiti juga yang menghabiskan masa malam mereka tak kiralah melepak maupun berbual kosong, tapi ada juga yang mengisi minda mereka pada waktu malam dengan membaca buku rujukan.

Begitulah kehidupan di universiti, hidup budak cerdik pandai konon. Apabila masuk universiti, diri dah semakin jauh daripada ibu bapa, mulalah nak berubah sana-sini. Yang selalunya pergi masjid dulu, dah mula jarang dilihat di saf. Solat dekat bilik jelah, jawapan yang biasa diberikan..

"Wei, tiqah! Tunggulah aku", pekik Ain kepada Siti Nuratiqah yang sedang membawa beg galasnya, hendak menuju ke fakulti. Atiqah menoleh ke belakang sebaik namanya disebut, sedikit ketawa melihat kawannya yang berlari tergesa-gesa.

Dia menggeleng kepala melihat sikap lambat perempuan kacukan Belanda dihadapannya. Tidak sah kalau bukan muka Ain yang paling lewat mandi di bilik mandi. Hairan juga dengan kawan dia yang seorang ini, semalaman on the phone dengan Alif macam tidak ada kelas hari ini.

"Yelah kau, semalaman dengan budak kimia tu dapat. Padahnya pagi ni kau juga yang kena", ejek Tiqah.

"Aku tahulah. Ish kau ni, kau fahamkan aku camne. Aku bukan macam kau, orang nak tapi sombong...Ha'ah lupa nak bagitau, aku jumpa dia semalam tau"

"Dia? Siapa pulak kau cakap ni? ", tanya Tiqah, sambil merenung melihat muka putih mulus Ain. Tiqah mencebik bibir, meluat melihat kawan baik dia yang jenis jual mahal. Mereka berjalan bersebelahan, melepasi kolej Ros tempat di mana Alif tinggal.

"Kau ni kan? Budak nerd yang minat kat kau tu lah. Yang pakai cermin mata hitam tu. Takkan kau dah lupa. Yelah kan, orang cantik macam kau, takkanlah nak dengan budak ulat buku macam dia tu", ejek Ain.

"Biarlah dia dengan dunia dia tu. Aku malas nak peduli budak perdagangan, dia bukan citarasa akulah. Dah...dah, kau pula macam mana? Dah siap ke kerja yang Professor Azim bagi?, " tanya Tiqah, sengaja mengubah topik mereka.

"Dah lama siap", jawab Ain bangga.

Jam tepat menunjukkan pukul 8 pagi apabila mereka sampai ke kelas Bahasa Melayu Ke Arah Kecemerlangan Pekerja. Dr. Ali Abu Samah masuk dengan wajah tersenyum-senyum, sambil mengucap salam dengan kelasnya. Mesti jumpa Cik Nurul tadi, fikir Ain. Atiqah pula membelek-belek nota yang diberikan oleh seniornya yang telah mengambil subjek ini. Dr. Ali sibuk menerangkan tentang predikat dan kata kerja transitif dan tak transitif, sambil menekan butang komputer. Beberapa minit kemudian, dia menconteng papan putih untuk memberi lebih kefahaman kepada pelajarnya. Suraya dan Amira, rakan satu fakulti Alif tidak alah-alah berwhatsapp, lain pula dengan dua orang lelaki daripada Fakulti Teknologi Maklumat sedang sibuk bermain dengan permainan dalam telefon pintar mereka. Tapi....itu tidak penting sekarang, fikir Ain, sebab dia rasa ada orang yang sedang memerhatikannya. Dia pusing ke belakang, cuba untuk memastikan yang lelaki memakai topi hitam berjenama Monster itu tidak memerhatikannya. Tanpa disedari, pandangan mereka bertentang. Lelaki yang bernama Aziz itu senyum tanda mesra sambil mengenyit mata kepada Atiqah. Dia kembali menulis setelah senyumannya dibalas dengan pandangan tajam daripada Ain. Dasar lelaki miang, bisik Ain.

"Biar kau takut sikit. Jangan main-main dengan aku. Nanti aku cucuk mata kau", ujar Ain kepada dirinya, mengarah kepada Aziz yang duduk dua kerusi di belakangnya.

Dia kenal sangat dengan lelaki itu, budak dekan daripada Fakulti Sains Dan Teknologi Sumber. Siapa tak kenal dia tu, dahlah kacak, pandai lagi...tapi banyak juga perempuan benci dia tu, dengar cerita daripada adik Anis, Salehah yang si mamat rasa kacak tu hebat main dengan ayat.  Banyak yang dah tersangkut dengan kata-kata si Aziz itu

MEMORITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang