"Ain.Ain bangun!. Kau mesti bertahan", pekik seseorang. Ain kenal benar dengan pemilik suara itu, meskipun suaranya dah sedikit serak. Asyik berteriak suara siapa tidak hilang.
Hujan lebat dan kilat sambar-menyambar di atas .Awan hitam memayungi langit pagi itu. Sekali-sekala, Ain nampak muka orang yang sedang memegangnya.apabila kilat memancar. Tangan lelaki itu panas dirasa.
Ain hanya mampu terbaring, pandangan matanya semakin kabur. Kesejukan semalaman di hutan melemahkan tubuhnya. Hujan lebat yang turun dari waktu subuh tadi hingga sekarang, menambahkan lagi kesejukannya. Kedengaran bunyi orang berlari, semakin menghampirinya. Lelaki yang daripada tadi membaring Ain ke kakinya, terus berteriak, sebaik kawannya menghampiri. Daripada bunyi tapak kaki, Ain sedar hanya dua orang yang datang. Tapi, suara orang yang bercakap, seperti lebih daripada 3 orang. Siapakah yang lain itu, getus hati Ain.
"Aziz cepatlah kau angkat Ain tu! Ya Allah! Dia dah menggigil tu", teriak Atiqah sedikit mengarah apabila melihat Aziz hanya kaku memegang Ain. Aziz membuka jaketnya. Menyelimuti Ain yang sedang terketar-ketar sejuk. Matanya kuyu seperti hendak pengsan. Nadinya lemah, nafasnya laju.
"Cepatlah wei!"
"Okay. Okay. Kau ni tak sabarlah Tiqah", dikumpulnya tenaga lalu terus mengangkat Ain. "Berat jugak kau ni yee. Aku ingat ringan je", gumam Aziz. Ain sempat mendengar, tapi selepas itu.....semuanya gelap. Pengsan.
Aziz berlari meredah semua semak, ditemani dengan Atiqah yang turut berlari. Pak cik Kamcheng kelihatan berlari ke arah mereka
"Aziz cepat kitak bawak Ain ya, sejuk tok. Sik bagus bah untuk ompuan. Lagipun hutan tok ada telinga dan mata juak", beritahu Pak Cik Kamcheng, sambil berlari mengikuti kelajuan langkah. Disebabkan kerisauannya kepada Ain, Bahasa Sarawak digunakannya.
Pak Cik Kamcheng pun mengarahkan semua penduduk kampung yang sedang mencari untuk balik. Mereka mengiyakan. Laju sahaja mereka berlari meninggalkan mereka berempat. Tanpa Aziz, Atiqah dan Pak Cik Kamcheng sedar. Afieq masih berada di kawasan batu besar, tempat Ain dijumpa.
Aziz hanya mendiamkan diri. Dia yakin dengan apa dilihatnya tadi. Penduduk kampung yang mencari tadi...Aziz tidak pernah jumpa langsung. Malah wajah mereka pun belum pernah dilihat berjalan di kampung itu.
Walaupun hari hujan, Aziz yakin apa dilihatnya itu betul. Bukannya Aziz tidak kenal mereka, tapi sebab Aziz memang tidak dapat cam. Sebab penduduk kampung yang mencari tadi tidak ada muka.Hanya jasad, berkepala tapi tiada muka. Kosong!.
***
Afieq berjalan memerhati kawasan tadi. Dia tidak risau ditinggalkan, sebab dia memang ingat jalan ke kampung. Air hujan turun lebat membasahi bajunya. Dia tunduk meraba-raba rumput di bawah. Tiada rasa pelik.
Dia tertarik dengan batu besar ditengah kawasan lapang itu. Tiada pokok disekitarnya. Kawasan lapang itu seperti sebuah bulatan dipagari dengan pokok-pokok tua. Batu besar setinggi dua orang lelaki, terpacak ke tanah ditengah-tengah kawasan itu.
"Kawasan ini. Rasa lain sikit", bisik hati Afieq. Dia yakin dengan perasaannya. Sewaktu kali pertama dia memijak tanah di kawasan hutan Madura semasa hendak mencari tadi. Dia dapat rasa pelik. Seperti hutan itu tidak suka akan mereka. Umpama amaran kepada mereka berempat yang selaku "orang luar"
"Mungkin betul hutan ini ada penjaga. Batu ini..adakah batu ini salah satu daripadanya? Atau kisah disebelahnya", Aziz mendekati batu besar itu, sambil bercakap dengan diri sendiri. Disentuhnya lembut. Merasai setiap lekuk-lekuk pecahan batu itu. Ditutupnya mata.
Seorang lelaki dihadapan Afieq, memandang tepatnya lalu terus menyerangnya dengan sebilah pedang. Afieq terkejut. Membuka matanya, serta-merta gambaran itu hilang. Terus mengurut dadanya, menenangkan dirinya. Gambaran apakah itu tadi?

ANDA SEDANG MEMBACA
MEMORI
Детектив / Триллер4 orang pelajar daripada universiti tempatan di Semenanjung Malaysia yang pergi ke Sarawak atas sebab kajian yang mereka perlu buat tentang aspek etnik dan struktur masyarakat di situ. Bagi menjayakan projek mereka-Aziz, Afieq, Ain dan Atiqah telah...