BAB 2

373 5 0
                                    

Aziz terkejut daripada tidur. Kepalanya masih pening. Seperti ada benda yang telah membangunkannya. Rasa sejuk semacam dibelakang. Dia duduk, mengesat matanya yang masih kabur. Setelah pandangannya pulih. Beberapa ekor ayam sedang berjalan dihadapannya. Dia tunduk, katilnya rasa lain. Rasa lembut semacam

Tanah!

Bila masa pula aku tidur atas tanah ni, Aziz hairan. Tanahnya sejuk tapi tidak basah, dia meraba. Dia mendongak ke atas, langit biru tersergam indah. Matahari terang bersinar seperti waktu tengah hari. Kali terakhir dalam ingatannya, dia ada di kolej tengah menyiapkan kerja rumahnya......tapi macam mana dia boleh berada di sini?. Dia berdiri, mengangkat tubuhnya yang sederhana berat itu. Memerhati sekelilingnya yang agak asing.

Rumah kayu lama beratap nipah tidak jauh daripadanya. Dia berjalan. Matanya liar melilau. Sekelilingnya rumah-rumah kayu, cangkul dan sabit dapat dilihat berselerak di sebuah kawasan. Pokok-pokok besar dapat dilihat memagari kawasan rumah-rumah di situ. Hutan tebal menutupi sekeliling kawasan rumah-rumah di situ. Ini kampung kecil, Aziz mula faham, tapi masih tidak tahu dimanakah tempat ini. Kawasan itu kosong, sunyi sepi.

Tiada penghuni, seperti sudah lama ditinggal.

Bunyi unggas-unggas pun tiada. Daun-daun pokok bergerak, tapi tiada bunyi apa-apa. Awan hanya 'beku' di langit. Bisu. MATI !

Tiada penghuni. Tiada bunyi. Kawasan apakah ini? Umpama kota hantu yang ditinggalkan.

Tiba-tiba kedengaran suara di sebalik hutan tebal dibelakang rumah kayu yang separuh siap. Beberapa orang kanak-kanak berlari mengejar anak ayam. Mereka berlari ke arahnya. Aziz cuba untuk menahan mereka.

"Tunggu sekejap, tempat ini kat mana ye?", Aziz baru hendak bertanya...tapi.....budak-budak itu masih berlari, tidak mendengar suaranya. Berlari menembusi badannya. Aziz memalingkan tubuhnya, ke belakang. Memerhati budak-budak yang masih mengepung ayam itu. Berlari ke dalam semak di hujung kampung itu. Mereka tidak mendengar ke, tapi tadi mereka baru sahaja..., Aziz mula hairan dan takut.

" Oii...Minyeng, engkah cangkul ya dekat tepi dindin ya! ", Aziz berpaling ke kiri, terkejut melihat seorang mak cik yang sedang berteriak dengan seorang budak yang bernama Minyeng. Minyeng mengangkat cangkul lalu meletakkan cangkul itu ke dinding rumah.

Aziz mula berasa pelik. Sekelip mata sahaja kampung kecil itu dipenuhi ramai orang. Ada yang sedang mengusahakan kebun kecil, ada pula yang sibuk mengutip telur ayam di reban kecil disebelah rumah mereka.

Beberapa pemuda yang hanya memakai seluar pendek kulit membawa kayu api, keluar daripada hutan di hujung sudut kampung. Pemuda-pemuda berbadan sasa, berkulit coklat gelap itu menegur orang-orang kampung disitu.

Bunyi-bunyian unggas bersahut-sahutan mula kedengaran. Sayup-sayup daun pokok beralun, mengekori arah angin. Bunyi cakul dipukul ke tanah, bunyi ayam berkokok. Awan pun mula bergerak.

Tempat apakah ini?

Dia berlari ke dalam kawasan kampung itu. Tetapi, semua orang seperti tidak mendengar suaranya walaupun dia berdiri di depan mereka. Orang kampung di situ berpakaian seperti orang dulu-dulu. Yang lelaki ada yang bercawat, ada juga yang memakai seluar tapi kebanyakannya pemuda. Yang perempuan pula memakai berpakaian seperti orang dahulu-dahulu, teringat Aziz akan gambar nenek moyangnya. Baju mereka hampir sama fesyen.

Tiba-tiba.....seorang budak berpakaian separuh bogel disebelahnya, hanya memakai cawat. Budak kecil yang kira-kira dalam umur 5 tahun bernama Minyeng itu mendongak menatap Aziz. Dia memandang tepat ke wajah Aziz.

"Kau nampak aku ke Minyeng?", tanya Aziz, jari telunjuknya menunjuk ke arah dirinya.

Minyeng hanya mendiamkan, wajahnya tersenyum girang. Dia menghulurkan buah pisang kepada Aziz.

MEMORIWhere stories live. Discover now