Tinggal Ain seorang sahaja di rumah. Pak cik Kamcheng, Aziz dan Afieq pergi ke sungai setelah makan tengah hari. Atiqah dan Mak cik Sarisa pula pergi ke kebun kecil terletak di hujung kampung, untuk mengambil buah-buahan yang telah dimasak.
Ain yang terbaring di dalam bilik. Bangun. Mengelap mukanya dengan kain basah, lalu mengeringkan dengan tisu disebelahnya. Sedikit bertenaga. Dia keluar daripada bilik menuju ke ruang tamu.
"Alhamdulillah, baguslah semua dah pergi. Bagus jugak idea aku pura-pura tidur dalam bilik tadi. Sekarang apa kata kita survey sedikit Kampung Labu Muda ni", Ain mengingatkan dirinya. Dia berjalan memegang dinding rumah, kadang-kadang berpaut kepada sofa apabila hampir hendak terjatuh. Kepalanya masih pening tapi demam panasnya sudah mula kurang.
Perlahan-lahan melalui ruang tamu, terus ke pintu rumah. Keluar. Menutup pintu perlahan. Ain mula gusar apabila menyedari akan suasana aneh di kampung itu, sebaik sahaja dia melalui satu dua rumah. yang umpama mati. Tiada orang langsung.
Ain mengetuk pintu rumah Mak Lape. Selalunya perempuan tua itu menganyam tikar di anjung rumahnya masa ini. Kakinya yang lemah, membantutkan banyak pekerjaannya, jadi dengan menganyam tikar sahaja sumber rezekinya.
"Mak cik! Mak cik!", teriak Ain, sambil mengetuk. Pelik? Pergi mana pula mak cik ni?
Tiada jawapan. Ain berjalan ke belakang rumahnya, mana tahu perempuan itu sedang memasak di dapur. Tetap tiada orang. Tingkap rumahnya sedang terbuka. Ain menjongket. Memerhati ke dalam.
" Rumah ni. Macam tak pernah didiami oleh orang. Sarang labah-labah memenuhi hujung-hujung siling rumah. Belum lagi debu yang setebal 2cm dekat meja dan sofa.", Ain mula kehairanan.
"Mungkin Mak Lape tinggal rumah orang lain kot. Dia selalunya siang je dekat sini", dia cuba bersangka baik.
Dia pergi pula ke rumah Pak Dino, jiran sebelah rumah Mak Lape. Tok Dino seorang tukang kayu, selalunya pada masa ini dia di belakang rumah memotong kayu, lagipun petang semalam hasil kayunya memang banyak.
Ain berhenti mendadak. Sebuah kapak berkarat dengan pemegang yang hampir rosak, tertacap tepat ke sebuah potong kayu berlian. Kapak Tok Dino...
Ain berundur dan kembali semula ke depan rumah. Diperhatinya deretan rumah sepanjang jalan utama. Kayu-kayu yang menjadi binaan utama rumah disitu kebanyakan telah reput menghitam. Beberapa buah rumah hanya tinggal kayu-kayu utama, dinding semua dah tiada.
"Apa yang telah berlaku di sini sebenarnya?", ujar Ain sambil melangkah berundur. Hendak kembali ke rumah Pak Kamcheng. Tidak!! Ain berdiri tegap, menguatkan kekuatan jiwanya.
Dia bertekad, perasaan ingin tahu menguasai dirinya. Langkahnya terasa berat tapi dikuatkan semangatnya. Melangkah ke hadapan, matanya melilau ke sekeliling. Memerhati setiap ceruk rumah yang berada sepanjang jalan utama. Berjalan melintasi setiap rumah kosong lagi using.
Mulutnya tidak berhenti-henti terkumat-kamit membaca sesuatu. Ketakutan menyelebungi jiwanya.
***
Mereka berempat muncul daripada laluan jalan daripada hutan yang menghala ke sungai. Aziz menarik pukat mereka yang dipenuhi ikan, dibantu pula oleh Pak Kamcheng. Atieqah dan Afieq pula membawa beberapa plastik yang dipenuhi cendawan yang mereka kutip dari dalam hutan.
" Makan besar kita malam ni nak. Tangkapan macam ini tiga hari tak habis", ujar Pak Kamcheng, apabila melihat hasil tangkapan mereka yang luar biasa banyak pada hari itu.
" Nanti suruh Mak Sarisa, macak gulai ikan masak merah. Mesti sedap punya. Selepas tu, nak dia masak ikan kembung goreng, ikan masin wajib ada. Sambal goreng juga", Atiqah memegang perutnya yang sedang berkerocong. Dia terbayang-bayang akan semua jenis makanan yang akan dimakannya pada malam ini.
YOU ARE READING
MEMORI
Mystery / Thriller4 orang pelajar daripada universiti tempatan di Semenanjung Malaysia yang pergi ke Sarawak atas sebab kajian yang mereka perlu buat tentang aspek etnik dan struktur masyarakat di situ. Bagi menjayakan projek mereka-Aziz, Afieq, Ain dan Atiqah telah...