BAB 13

105 3 0
                                    

"Ain"

Namanya dipanggil. Dia cuba menggerakkan tubuhnya sedikit. Matanya dibuka, Muka Aziz dan Atiqah terpampang di depannya. Setelah tiga jam pengsan, akhirnya dia dah sedar.

"Ain?", riak wajah gembira Atiqah jelas kelihatan. Atiqah terus mengapai tangan Ain. Digenggam erat. Betapa risaunya dia dengan kawannya itu

Ain bingkas bangun. Duduk. Memerhati sekelilingnya. Atiqah dan Aziz berada di situ.

"Baguslah Ain dah bangun, mak cik dah susah hati takut apa-apa jadi dengan kau", pandangan Ain beralih dengan seorang wanita tua berdiri di belakang Atiqah.

Ain mengetat giginya. Wajah perempuan tua itu sangat menakutkan. Rambutnya mengurai ke belakang seperti sudah lama tidak di uruskan. Bebola matanya bulat. Hanya dimasukkan ke lubang rongga mata. Apabila bercakap, hanya gusi dan giginya bergerak-gerak, bibirnya tiada. Kulit mukanya semua dah hancur, hanya isi rosak yang tinggal.

Ain terus menepis apabila tangan mak cik tua itu hendak menyentuh bahunya. Peluh menitik. Dilihatnya tangan mak cik tua. Hanya beberapa ketul daging sahaja yang mencantumkan tulang-tulangnya.

"Pergi! Pergi!. Pergi kau daripada sini! ", teriak Ain. Dia menarik selimut, menutupi dirinya, menjauhkan dirinya daripada Mak Sarisa.

"Ain, kenapa ni? Mak Sarisa itu. Ko dah lupakah? " jelas Pak cik Kamcheng." Takpelah Sarisa, mungkin Ain masih belum stable lagi. Biarlah dia dulu. Kita sediakan sarapan untuk mereka dululah"

Pak cik Kamcheng dan Mak Sarisa beredar keluar. Meninggalkan mereka bertiga di dalam bilik itu. Ain memerhati Pak cik Kamcheng berjalan keluar. Muka Pak cik Kamcheng pun sama! Tiada kulit, hanya isi rosak yang membungkusi mereka!

Aziz mendekatkan diri kepada Ain. Ingin bertanya tentang kelakuan anehnya, untuk masuk ke hutan waktu senja. " Ain, kenapa kau masuk hutan semalam? Kau merayau hingga sesat ke apa?"

Ain mendiamkan diri, mencari alasan untuk membela dirinya. Dia yakin mereka mesti risau dengannya. Ain menundukkan kepalanya, tidak ingin bertentang mata dengan Aziz, mahu pun Atiqah.

Dia dah bersedia untuk dimarahi oleh Aziz. Tidak kurang juga, leteran seperti peluru berpandu daripada Atiqah. Soalan bertubi-tubi daripada mereka berdua.

Tapi, aku yakin, masuk ke dalam hutan itu, malah berjumpa dengan Maa'la si penjaga hutan itu sekali, bukanlah sesuatu yang sia-sia. Aku yakin memang telah berlaku perkara aneh di sini.

Buat masa sekarang, lebih baik aku buat macam biasa. Aku mesti cari, apa yang sebenarnya berlaku di sini. Adakah semua ini logik atau sekadar fatamorgana? Fatamorgana berupa ilusi yang dialami oleh mereka yang tersesat dan kehausan di padang pasir.

" Apa pun alasan kau nak bagi, Ain. Aku tak peduli, aku just nak cakap, yang aku betul-betul risau dengan kau. Dahlah tiba-tiba kau menghilang. Aku takut kau cedera ke, disorok oleh orang bunian ke. Please..lain kali jangan buat macam tu lagi", Aziz melepaskan segalanya. Dia memang risau dengan Ain, sedikit kecewa dengan tingkahnya semalam.

Budak poyo ni serius ke apa? Risau benar bang, aku okay je. Relaxlah over-acting pulak dia ni, bisik hati Ain. Senyum kecil. Seronok jugak tengok dia macam ni. Vulnerable.

"Ceeh, kau ingat kau sorang je ke risau. Aku pun sama, okay. Aku risau jugak, tapi taklah berplease.please", Atiqah mencelah, mengusik Aziz sedikit. Sahaja hendak riuhkan sedikit keadaan.

" Yelah.Yelah. Kau dan Afieq pun sama. Ish kau ni, kacau daunlah. Baru nak dapat tadi. Takpelah asalkan tuan puteri dah sihat"

" Kalau Ain tuan puteri, aku nak jadi menteri lah. Kau jadi pencuci kasut di istana, ziz"

MEMORITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang