BAB 15

95 2 0
                                    

Pak Kamcheng ketawa terbahak-bahak. Rahangnya terbuka luas. Menampakkan daging-daging mulutnya yang rosak. Ain dan Atiqah berundur ke belakang Aziz dan Afieq. Geli bercampur takut. Dipegangnya batu besar yang berada dikawasan lapang itu

"Bukan aku dah cakap ke, kawasan ni kau berempat tak boleh masuk. Susah sangat ke nak dengar. Aku rasa telinga kau berempat okay, tak macam telinga aku ni", dia mencabut cuping telinganya. Menunjuk kepada mereka. Kelihatan dua ekor ulat sedang menjamah dagingnya.

Aziz, Afieq, Atiqah dan Ain sudah bersedia dengan langkah seribu apabila Pak cik Kamcheng menghampiri mereka. Seperti mayat hidup yang bergerak.

"Pergi dari sini babi!", Ain melontar batu yang dipungutnya daripada tanah. Tetapi batu itu berjaya ditangkap oleh Pak cik Kamcheng. Dia tersengih. Terus melontar batu itu ke tanah.

"Babi? Eh dah pandai main babi-babi pula budak ni. Aku manusia bukan haiwan okay, cik muda", Pak cik Kamcheng memandang tubuh Ain. "Daging muda memang sedap"

Mereka berempat terus membuka langkah seribu meninggalkan kawasan itu. Pak Kamcheng dan orang kampung mengejar mereka daripada belakang. TIdak kira batu, kayu, ranting kering dan apa-apa sahaja yang mereka jumpa ketika berlari, semua dilontarkan ke belakang.

Dihadangnya dengan tangan. Menggelakkan 'hadiah' yang dilontar mereka berempat kepadanya. Kemarahan Pak Kamheng memuncak. Budak-budak ni memang nak kena!

"Boo!!!"

Tiba-tiba muncul seorang perempuan tua daripada hadapan Aziz, Afieq, Atiqah dan Ain. Rupanya seteruk Pak cik Kamcheng.

Mereka semua berhenti. Tercungap-cungap. Jala jatuh daripada atas. Menutup mereka berempat. Beberapa orang kampung turun daripada atas pokok. Atiqah menggigil. Mereka langsung tidak berwajah. Tiada mata, hidung maupun mulut. Kosong.

Mereka berempat menarik-narik jala itu hendak keluar. Terperangkap. Pak Kamcheng dan orang kampung berjaya mengepung mereka berempat.

"Sudahlah tu. Nak main dengan jala pulak. Lepas ni kita main sama-sama. Main potong-potong. Malam ini kita pun ada makan besar". Pak cik Kamcheng memutar-mutar parangnya. Sengaja menunjukkan dihadapan mereka.

Perempuan tua itu melompat-lompat sambil menepuk tangannya. "Kamcheng, aku nak perempuan tu. Tengoklah kulit dia lembut dan licin. Putih lagi. Aku nak dia! Aku nak dia!". Jari telunjuknya menunjuk ke arah Ain.

"Mana boleh Sarisa. Kau ambik si Atiqah. Dia pun okay, kulit hitam manis. Okay kan?", seloroh Pak cik Kamcheng sedikit menolak. Tidak ingin Sarisa mengambil Ain. Dia tahu daging Ain pasti sedap.

"Kau nak buat apa dengan kami?". Aziz memberanikan diri. Memandang wajah mereka berdua. Kamcheng dan Sarisa terus ketawa.

"Sayang, tak faham lagi ke? Mestilah kami nak makan korang. Harap muka je kacak, tapi lambat". Terus Sarisa memegang dagu Aziz. Urat-urat malah sendi-sendi jarinya nampak kelihatan. Ditolehnya ke kanan ke kiri muka Aziz. Kagum dengan kekacakan Aziz.

Menggigil. Aziz terpaku, tidak bergerak. Ingin sahaja ditumbuknya perempuan itu. Tapi kekuatan dan keberaniaannya serta-merta hilang. Mayat hidup betul sedang memegang mukanya. Selalunya benda ini dalam cerita wayang. Pergerakan mayat hidup atau zombie dalam wayang agak lambat malah seperti orang sakit. Tetapi Pak Kamcheng dan Mak Sarisa, mereka ini lain. Mereka bercakap dengan nada yang betul, kelajuan pun bagus, anggota mereka berfungsi dengan baik. Jadi apakah mereka ini?

"Lama betul kau pandang budak tu Sarisa", tegur Kamcheng. Terus Aziz dilepaskan, lalu Sarisa berlari disebelah Kamcheng. Dipeluknya tangan Kamcheng.

"Janganlah jeles sayang". Dipeluknya erat tangan Kamcheng. Kamcheng hanya memerhati Aziz. Tidak berkata apa-apa.

"Bawa mereka ke kawasan tahanan", Kamcheng mengarahkan. Orang kampung menggangguk. Semuanya tidak berwajah.

MEMORITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang