BAB 9

98 5 4
                                    

"Eeerrr....sejuk"

Afieq menggigil kesejukan. Jam baru menunjukkan pukul 6.00 pagi. Tidak pasti semangat apa yang berkobar-kobar dalam dirinya pada hari ini. Awal betul mandi. Selalunya pukul 7.00 atau 7.30 yang paling awal dia mandi. Hari ini dia terlebih semangat pula.

Aziz sedang tidur terlentang diatas tilam nipis sambil memeluk bantal kecil kesayangannya. Comel juga cara dia tidur. Macam budak kecil. Afieq tergelak kecil. Dilipatnya sejadah yang digunakan Aziz tadi ke tepi. Disusunnya beg mereka sebaik mungkin.

Afieq duduk sebentar ke ruang tamu yang masih gelap gelita. Dibukanya semua tingkap di situ. Udara sejuk menerpa masuk ke dalam rumah. Pukul 8 nanti, mereka berempat dengan Pak Kamcheng akan pergi ke sungai untuk mengambil semula jala ikan dan bubu. Aziz pun minta dibangunkan 30 minit sebelum itu.

"Eh awal kau bangun?"

Afieq menoleh ke belakang. Ain sedang tercegat tidak berapa jauh daripada tempatnya. Tuala menutupi rambut dan lehernya. Berus gigi pun masih berada di mulutnya. Masih berbuih.

"Kau pun sama. Sampai berus gigi sambil berjalan satu rumah". Afieq mula menghampiri Ain. Matanya tidak beralih daripada melihat wajah Ain.

"Aish kau ni kenapa dekat sangat". Ditolaknya badan Afieq ke belakang sedikit. Takut juga dia dengan lelaki ini. Semua lelaki sebenarnya kecuali ayah dan abangnya.

"Mata kau tu". Dia menunjuk ke arah mata Ain. "Eh kau menangis ke tadi. Mata kau kembanglah"

"Eh takdelah. Mungkin aku tidur lewat kot malam tadi". Ain menipu. Terus dia berlari ke arah cermin yang melekat di dinding ruang tamu. Terus memeriksa matanya. Semalaman dia menangis sebenarnya. Atiqah pun tidak tahu. Perempuan itu jenis tidur awal jadi dia tidak tahulah.

Afieq muncul daripada belakangnya. Dia tersenyum dengan Ain melalui pantulan cermin. Rantai dileher Afieq menarik perhatian perempuan itu.

"Okay, aku nak mandi dululah"

Afieq melihat kelibat Ain menghilang disebalik dapur. Afieq berjalan keluar dan merenung kea rah hutan Madura daripada tingkap. Sejak dia datang sini, dia sering rasa yang hutan itu memanggilnya.

Afieq berjalan keluar ke anjung. Melabuhkan punggungnya di tepi tangga. Beberapa orang mak cik sedang menyapu sampah di kawasan rumah. Kanak-kanak berlari, dikejar ibunya. Malas hendak mandi rasanya.

Seorang pak cik sedang membawa pukat jalan bersama dengan anaknya. Dia menegur Afieq.

"Pak cik dah nak pegi ke? Lagi awal ni". Dia melihat jamnya lalu memeluk tubuhnya kerana sejuk.

Pak cik itu tersenyum, "Kalau nak cari rezeki dik, mesti bangun awal, bekerja keras awal-awal. Orang masih tidur kita dah bekerja".

Afieq menggangguk faham. Daripada jauh, kelihatan kelibat seorang wanita sedang berlari-lari ke arah rumah Pak Kamcheng. Berlari sangat laju.

"Eh Mak Sarisa rupanya. Buat apa keluar awal-awal pagi ini. Berjogging ke"

Mak Sarisa terkejut dengan Afieq. Dia memang tidak sangka yang mereka sudah bangun se awal ini. Mukanya berpeluh-peluh. Diurut dadanya dan menarik nafas panjang.

"Aduh, Piq rupanya. Ingat siapalah tadi. Yelah mak cik ada hal tadi. Tulah keluar awal pagi. Nak bersenam sedikit. Tulang tua ni kalau tak selalu bergerak, berkarat jadinya. Tapi kau jangan beritahu Pak Kamcheng. Dia banyak tanya nanti. Malas nak layan orang tua tulah". Mak Sarisa mengelap peluh dimukanya dengan telapak tangan. Cincin zamrud berwarna biru menghiasi jari manisnya.

"Cantik cincin mak cik. Pemberian Pak Kamcheng ke?"

"Eh mestilah. Cantikkan. Ni cincin perkahwinan kami". Mak Sarisa tersenyum-senyum teringat akan peristiwa itu. "Eh kejap. Korang belum makan lagi kan. Pukul 8 nanti nak pergi ke sungai. Baiklah mak cik nak buat sarapan dulu untuk korang"

MEMORIWhere stories live. Discover now