BAB 4

207 4 0
                                    

Audi R8 dipandu laju sepanjang perjalanan daripada kilang makanan di Demak Laut ke Santubong, melepasi laluan jalan raya melepasi Pejabat Jabatan Pertahanan Awam Daerah Kuching. Kereta import berwarna merah metallic itu berhenti di hadapan sebuah agam mewah dikaki gunung Santubong. Rumah Agam Time Keeper berdiri tersergam indah.

Pintu pagar sudah dibuka secara automatik, seperti sudah mengetahui yang pemiliknya sudah sampai. Kereta mewah meluncur laju memasuki perkarangan rumah agam Time Keeper. Parkir dihadapan pintu masuk.

Aries keluar apabila pemilik kereta Audi membuka pintu. Senyuman manis diberikan kepada Aries. Sememangnya pemiliknya seorang yang pemurah dengan senyuman.

"Adam, awal sampai? Bukan ada mesyuarat ke petang nanti dengan semua pemegang saham", tanya Aries turut mengambil beg berisi komputer riba, kepunyaan Adam.

Adam menekan punat pada kawalan jauh. Ingin mengunci keretanya. Cahaya dekat lampu depan dan belakang kereta itu bersinar sekejap. Tanda sudah dikunci.

"Mesyuarat hari ini terpaksa dibatalkan disebabkan beberapa orang pemegang saham tak dapat hadir", ujar Adam sambil mengelap peluhnya. Aries terus mengiringinya masuk ke dalam rumah.

"Bagaimana dengan Azuria? Dia ada datang sini ke? Selepas diberi tugasan itu, batang hidung dia pun dah tak nampak", ujar Adam lagi. Ingin mengetahui perkembangan tugasan Azuria. Soalan Adam tidak dijawab.

Masuk saja ke ruang tamu, Adam terus menghempaskan dirinya di sofa empuk berwarna biru cerah. Penghawa dingin daripada tadi sudah terpasang, menjadikan ruang tamu sejuk. Dipeluknya kusyen kecil yang selalunya menjadi tempat bersandarnya.

Aries terus naik ke bilik kerja Adam yang berada ditingkat atas, menuju bahagian ruang arah timur. Melangkah masuk ke bilik, terus diletaknya beg itu diatas meja tempat Adam bekerja lalu terus turun ke bawah.

"Amy, tolong sediakan air kopi untuk tuan muda", minta Aries kepada Amy, ketua tukang masak di rumah agam Time Keeper. Dia sedang sibuk bermesej dalam telefon pintarnya, apabila Aries meminta tolong. Perempuan melayu itu menggangguk dan menghilang disebalik pintu pemisah ruang rehat dan dapur.

Laju sahaja Aries melangkah, melabuhkan punggungnya ke sofa berhadapan dengan Adam. Tanpa dipelawa lalu terus duduk, tersenyum-senyum, ingin mengetahui perkembangan kilang makanan tradisional mereka yang akan dibuka dalam beberapa hari lagi. Lagipun, Aries sendiri yang memberikan idea supaya Adam membina kilang itu. Adam juga telah menjadikan Aries sendiri yang akan menguruskan syarikat kecilnya itu.

Pertanyaannya dibantutkan apabila melihat Adam sedang bersandar sambil menutup matanya. Aries senyum seorang-seorang, melihat gaya Adam tertidur.

"Macam budak kecillah dia ni. Masuk rumah dah tidur. Letih sangat kali", Aries bercakap dengan diri sendiri. Memerhati wajah Adam tertidur. Dia mengalihkan perhatiannya apabila Amy masuk sambil membawa secawan kopi panas.

Aries meletakkan tangannya ke bibir, memintanya untuk sedikit senyap. Tidak ingin membangunkan tuan muda mereka.

"Amy, kau letak atas meja je", sekali lagi Aries meminta tolong Amy. Terus dia mengangkat tubuhnya yang agak sedikit ringan dan menghampiri Amy. Amy tersenyum melihat tuan mudanya, jarang dia tidur macam ini.

"Jom Amy", Aries membawa Amy keluar daripada ruang tamu. Amy membuntutinya daripada belakang.

"Dah lama kita tak keluar samakan? Nak keluar tak selepas ni?", ujar Aries lagi. Menghadap Amy yang beberapa hari ini semakin ketara bosannya duduk sahaja di rumah.

Orang dalam rumah ini selalu keluar, jadi hanya Amy yang menjadi temannya bercakap kalau tiada kerja dirumah. Alisa tempat dia selalu meluahkan perasaan pula sibuk dengan butik-butiknya di semenanjung. Sebab itu, Aries sering rasa keseorangan, lagipun dia jarang keluar rumah.

MEMORIWhere stories live. Discover now