Bab 11

91 3 5
                                    

"Tunggulah!. Janganlah laju sangat...", Ain tercungap-cungap mengambil nafas. Arnab itu berlari lebih pantas daripada yang di sangka. Sebagai seorang atlet lumba lari dia memang jarang letih sebegini kalu

Arnab itu berhenti di sebuah kawasan lapang. Cahaya matahari pada waktu senja masih memancar di kawasan itu. Hanya ada sebuah batu besar berada ditengah-tengah kawasan itu. Pokok dan semak-samun langsung tiada dikawasan itu.

Arnab itu melompat dan berhenti dihadapan batu besar itu. Ain menghampiri sambil melihat batu yang setinggi 6 kaki itu. Disentuhnya perlahan batu itu.

"Kau nak tunjuk benda ni ke dengan aku, encik arnab?", tanya Ain walaupun memang tahu tidak akan ada jawapan daripada haiwan kecil itu. Arnab itu sambung mengunyah lobak yang diberikan Ain tadi.

Ain berjalan mengiringi batu itu sambil meraba-raba setiap ceruk dan rekahan pada batu aneh itu. Terdapat satu lubang aneh sebesar saiz paku pada batu itu. Ain melangkah ke belakang. Dia sedar ada satu lagi lubang yang sama tidak jauh daripada lubang yang tadi. Lama Ain merenung batu itu. Dia tidak tahu kenapa tetapi tempat ini seperti terasing daripada lain. Ain menutup matanya. Meskipun dia berkasut tetapi dia dapat tahu yang tanah dikawasan ini sangat berbeza daripada tanah dalam hutan Madura. Tanah di Kampung Labu Muda juga berbeza. Aura tanah?

Tanah pun ada aura ke?

Chet..chet...chet.

Arnab itu berbunyi lagi sekali, menarik perhatian Ain. Hanya dengan sekali lompatan, arnab it uterus sampai ke puncak batu itu.

Ain mengeluh panjang. Menyesal juga dia ikut binatang ni. Hari pun sudah semakin gelap. 7.00 malam dah. Tetapi kenapa kawasan ini masih belum gelap. Selalunya dekat kampung, masa-masa seperti dah gelap dah.

"Kau memang pintar Ain, kejar haiwan yang tak berakal ni sampai ke masuk ke hutan. Dahlah waktu maghrib lagi. Apalah yang kau fikirkan. Tulah ikut sangat hati tu", ujar Ain kepada dirinya. Terus membelakangi batu itu dan beredar daripada kawasan itu. Dia masih ingat tempat dia masih daripada kawasan itu tadi. Tetapi takut juga kalau boleh tersesat dalam hutan ini.

"Cepat betul nak balik?"

Suara seorang lelaki datang daripada belakangnya. Langkahnya terhenti. Siapalah yang bercakap tadi? Haraplah halusinasi dia sahaja. Bulu romanya meremang. Dia melangkah lagi.

"Bahaya kalau berjalan sorang-sorang masa ini dalam hutan tau. Banyak kawan-kawan saya pada masa ini"

Ain terus berhenti melangkah. Apa yang dimaksudkan "kawan-kawannya"?

"Apa bezanya kau dengan kawan-kawan kau yang lain?", Ain menjawab berani. Dia langsung tidak berganjak ke hadapan maupun berpaling ke belakang untuk melihat dengan siapa dia bercakap.

"Tak banyak bezanya. Kalau kau nak jumpa mereka, teruskanlah melangkah. Sila. Sila."

Mulut Ain terkumat-kamit membaca ayat-ayat suci ketika masuk ke dalam hutan itu. DIbukanya apps lampu suluh di telefon bimbitnya. Dia teringat akan nasihat ibunya sewaktu dia mengikuti kem pengakap di sekolah menengah dahulu.

Ain, kalau masuk hutan. Jangan suka-suka suluh pokok, lagi-lagilah suluh dekat atas. Ada kawan ibu, dia renjer di hutan. Selalu juga jumpa yang bergayut-gayut atas pokok. Ada yang tak berkepalalah, tanganlah putuslah macam-macamlah. Pernah sekali kawan ibu jumpa seorang budak perempuan dalam hutan. Perempuan itu membelakangi mereka sedang menangis. Dia dengan kawan dia tegurlah. Takut budak perempuan itu tersesat ke apa. Apabila difikir balik, tu hutan tebal. Macam mana boleh ada budak dalam tu. Mereka tegur jelah, tetapi budak itu semakin kuat menangis. Rengekannya memang seperti budak kecil. Apabila dipusingkan badan, dia sedang menutup mukanya dengan telapak tangan. Setelah dipujuk, akhirnya budak perempuan itu mengalihkan tangannya. Menampakkan wajah seorang nenek tua yang tidak bergigi. Kawan ibu dan kawannya terus lari daripada tempat itu.

MEMORIWhere stories live. Discover now