2 jam perjalanan daripada Lapangan Antarabangsa Kuala lumpur ke Kuching. Ain tergesa-gesa memberikan beg bagasinya kepada Aziz, sebaik sahaja mereka mengambil bagasi mereka di kawasan troli automatik bergerak. Atiqah hanya menggeleng kepalanya melihat sikap kawan baiknya itu. Afieq sibuk memerhati pelancong yang lalu-lalang membawa beg galas mereka, ada juga yang membawa beg bagasi yang besar-besar. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dibanjiri oleh para pelancong daripada dalam dan luar negara. Jadi suasana agak riuh-rendah sedikit.
"Lambat betullah si Ain ni. Dia buat apa lama sangat", Aziz menarik lengan panjang bajunya untuk melihat jam. "Ish perempuan ni, dahlah kita off schedule tadi disebabkan kapal terbang tadi lewat berlepas."
Tiba-tiba bahu Aziz diketuk, Ain muncul disebelahnya. Mukanya kemerah-merahan, laju saja tangannya merampas beg yang dipegang Aziz. Dia terus berlalu pergi tanpa menoleh, Atiqah berlari anak-anak untuk mengikuti rentak langkahnya.
Beberapa orang pelajar yang sebaya adiknya yang berumur 11 tahun dapat dilihat juga disitu. Ada lawatan kot, Ain berfikir sambil kakinya terus melangkah laju meninggalkan mereka bertiga di belakang, dia malu betul dengan kata-kata Aziz tadi. Dia seperti tidak faham macam mana susahnya jadi perempuan. Ish dasar lelaki!!
"Waaah kau tau tak siapa tu!", Afieq menunjuk-nunjuk disebelah kanannya. Orang ramai sedang mengerumuni seseorang di hujung kawasan yang agak luas berdekatan dengan kedai Famous Amos. Tidak kurang juga yang mengambil gambar, seperti ada orang penting di situ. Mereka berempat cuba untuk mendekati kawasan orang ramai itu, seperti semut mengerumuni gula. Ingin melihat apa yang menjadi tarikan orang ramai.
Annazirul Adha. Dialah yang menjadi tarikan orang ramai rupanya. Seorang pelajar daripada universiti awam di Sarawak yang berani melontarkan pendapatnya supaya negara ini melaksanakan tenaga kuantum bagi menggantikan sumber tenaga daripada empangan yang sedia ada. Berdasarkan theory of proton absorption based on quantum sun energy daripada Professor Alexander Sebastian Ras, dia telah mendapat ilham.
Meskipun perkara itu amat mustahil, tapi pelajar tahun kedua yang dalam jurusan quantum physics itu sangat berani, tidak hairan juga, mungkin dia lebih tahu, desus hati Ain. Lagi satu, perdana menteri sepertinya berminat dengan ideanya meskipun perkara ini amat bertentangan dengan sistem yang dilaksanakan di Malaysia.
"Wei jom lah,kita dah lambat ni", Atiqah menarik tangan Ain. Lalu memanggil Afieq dan Aziz untuk meninggalkan kawasan itu.
Mereka meninggalkan kawasan itu. Membawa beg galas dan beg bagasi masing-masing. Aziz sempat menguak rambutnya yang terjatuh apabila ada dua orang gadis muda lalu sebelah mereka. Kedua-dua gadis tersebut tersenyum, sebaik sahaja merela sedar yang lelaki kacak dihadapan mereka cuba memikat.
Salah seorang daripada mereka membalas kenyitan mata Aziz dengan tersenyum manja. Ain meluat. Afieq tertawa kecil melihat telatah dua orang perempuan itu. Lucu.
Atiqah sudah berlari anak, menuju ke sebuah teksi, yang sedang parking di tepi jalan
Atiqah pula sedang sibuk menjelaskan dengan pemandu teksi yang sedang berehat, menunggu sesiapa sahaja yang hendak naik. Setelah menerangkan semua perjalanan mereka, Atiqah bersetuju meskipun tambangnya agak mahal, kerana bas kebanyakannya sudah penuh pada masa itu. Mereka meninggalkan lapangan terbang itu tepat pukul 9.00 pagi.
Tanpa mereka sedar, pak cik berpakaian serba gelap, berbaju jacket hitam dipadankan dengan luar jeans kelabu, sedang memerhati mereka daripada tadi, dalam kalangan orang ramai.
Masa sememangnya telah tiba, Kampung Labu Muda sedang menunggu mereka. Disebabkan kesilapannya yang masa lalu, mereka berempatlah yang terpaksa menjadi korban.
Azuria, atau nama penuhnya Azuria Azam, menggenggam erat dua cincin bertatahkan zamrud yang sebesar ibu jari bayi itu. Batu zamrud yang bertatah hijau gelap itu berkilat-kilat terkena silauan matahari. Dia merenung jauh teringat akan kesilapannya pada tarikh 24 Januari 1942. Dia membuka topi cowboynya, lalu mengelap mukanya yang bermandi peluh.

ANDA SEDANG MEMBACA
MEMORI
Mystery / Thriller4 orang pelajar daripada universiti tempatan di Semenanjung Malaysia yang pergi ke Sarawak atas sebab kajian yang mereka perlu buat tentang aspek etnik dan struktur masyarakat di situ. Bagi menjayakan projek mereka-Aziz, Afieq, Ain dan Atiqah telah...