Jam tepat menunjukkan pukul 5 petang. Mereka berempat dibawa ke sebuah kawasan rumah usang diperbuat daripada kayu.
"Dah!! masuk dalam tu!. Jangan nak buat hal. Kau berempat tahu akibatnya nanti", pekik Pak cik Kamcheng. Sengaja ingin menakutkan mereka. Dihempasnya pintu dan dikunci.
Terus dia meninggalkan kawasan itu, kembali ke kampung Labu Muda. Afieq memerhati sekelilingnya. Dinding kayu menutupi mereka berempat. Diletakkan dalam rumah usang yang kecil, sebesar bilik tidur dirumahnya. Dihujung rumah itu, terdapat tandas, lengkap berpintu. Atap zink memayungi mereka daripada atas. Hanya terdapat satu pintu keluar daripada rumah itu dan pintu itu dijaga oleh seorang penduduk kampung.
"Shish...... macam mana sekarang?", tanya Atiqah sambil meletakkan jari dibibirnya. Meminta kawannya untuk turut merendahkan suara mereka. Takut orang suruhan yang menjaga dihadapan pintu itu mendengar perbualan mereka.
"Aku pun tak tahu dah tiqah". Ain memeluk tubuhnya. Mengigil. Demamnya masih belum sembuh.
"Benda ini takkan berlaku kalau aku tak ambik surat khabar daripada pak cik pelik tu. Ini semua salah aku! Aahhh!!!! ", Afieq menyesal, mukanya beralih ke arah setiap seorang daripada mereka.
"Pak cik? Pak cik mana pulak ni? ", tanya Aziz kehairanan.
Afieq menceritakan segalanya. Tentang pertemuan dia dengan pak cik itu. Surat khabar itu. Segala tambang kapal terbang dan hotel yang mereka diami. Semua pak cik cowboy itu yang belanja. Setelah menceritakan segalanya, Aziz dan Atiqah mengeluh panjang. Menyandarkan diri ke dinding kayu. Mereka sudah faham sekarang kenapa perjalanan mereka di sini terlalu lancar.
"Kau rasa pak cik bertopi cowboy itu Pak Kamcheng? ", tanya Atiqah. Inginkan kepastian.
"Tak. Pak cik cowboy dan Pak Kamcheng memang orang berbeza. Aura mereka sangat berbeza. Pak cik cowboy itu, aura lebih menenangkan. Aura Pak Kamcheng bengis, kejam dan ada aura membunuh", ujar Afieq yakin.
"Piq, pak cik cowboy tu tak cakap apa-apa ke? Nasihat ke? ", ujar Ain. Digenggamnya telapak tangan Atiqah kuat.
"Aku pun tak pasti...kejap...aku ada jumpa dia di sini. Di Kuching. Dia ada beritahu sesuatu tapi aku tak ingat", Afieq menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Biar aku cuba ingat balik".
" Kau mesti ingat Piq. Aku yakin pak cik itu baik. Mesti ada sebab dia suruh kita datang ke sini. Aku yakin itu.", beritahu Aziz. Dia menjenguk ke arah tingkap kaca kecil. Hanya seorang sahaja orang kampung yang menjaga mereka.
Pelik. Fizikal dan pakaian mereka seperti manusia biasa, tetapi mereka tiada muka. Kenapa? Lagi satu struktur saiz badan mereka juga sama. Aziz mengingati semula peristiwa tadi. Tentang Pak Kamcheng, Mak Sarisa dan orang kampung yang lain. Sebelum ini, kenapa mereka semua bermuka?
"Aha... baru aku ingat. Pak cik cowboy itu ada suruh aku tanam dua cincin zamrud ini dekat kawasan yang bernama Suria", ujar Afieq lalu mengeluarkan cincin itu daripada poket belakangnya
"Mana satu lagi cincin itu?" , tanya Ain apabila hanya melihat satu cincin di keluarkan Afieq.
"Yang satu lagi dah aku tanam tempat tadi. Maa'la ada beritahu yang tempat itu bernama Surai. Tapi yang ini belum. Sebab tadi aku tak jumpa, lupa aku letaknya dekat poket punggung", Afieq senyum. Ditunjuknya cincin itu kepada mereka bertiga.
Aziz terdiam. Segala mimpi ngeri yang dialaminya selama di sini, mungkin semua ini adalah puncanya. Aku yakin semua ini mesti ada sebabnya, hati Aziz berbisik.
"Ziz. Piq. Tiqah. Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa kita perlu tanam cincin itu ke situ lagi. Tanam cincin ini semua" , Ain menghulurkan balik cincin itu kepada Afieq. " Piq, pak cik itu bagi dengan kau. Kaulah yang perlu tanam"
Afieq menggangguk faham. Digenggamnya cincin zamrud berwarna hijau itu. Diletaknya terus ke dalam beg.
"Jadi bagaimana kita nak keluar daripada sini? Kita mesti rancang betul-betul. Sebab aku rasa pagi esok dia hendak makan kita. Kau tahukan siapa yang dahulu kena kan? Kita tidak boleh biarkan dia berjaya", Aziz menumbuk tangannya.
"Kalau begitu kau bertiga mesti tolong aku. Sebelum subuh semua ini mesti dah selesai." Afieq merapatkan mukanya kepada mereka bertiga. Ain menggangguk faham.
"Kenapa mesti sebelum subuh?", Aziz mengerutkan dahinya Dia tidak tahu menahu tentang apa yang diberitahu Maa'la kepada mereka berdua.
"Sebab Pak Kamcheng akan sentiasa menghisap maupun memakan daging mangsanya selepas subuh.", jawab Ain selamba. "Saya tidak tahu kenapa tetapi Maa'la beritahu yang ini adalah tradisinya. Tradisinya untuk mengingati seseorang"
"Aku ada idea. Korang akan menjadi watak utama untuk malam ini." Afieq melemparkan senyuman kepada mereka berempat.
***
"Tolong!!! Tolong!!. Bertahan Ain. Bertahan Ain!!", Aziz mengetuk pintu rumah itu sekuat mungkin. Penjaga yang ditugaskan untuk menjaga mereka berempat langsung tidak mengendahkan.
"Sakit! Sakit!", pekik Ain sambil memegang perutnya. Dia mengerang kesakitan lalu terbaring ke lantai.
"Cepatlah buka pintu bodoh!!", teriak Aziz lagi.
Dengan terpaksa, penjaga itu terus membuka pintu. Ditariknya pintu. Aziz terus menghalangnya. Ditumbuk mukanya yang tidak berwajah itu. Afieq melepaskan diri. Terus berlari masuk ke dalam hutan.
Pak Kamcheng muncul tiba-tiba dihadapan rumah tahanan mereka. Dia tersengih dihadapan mereka. Dia merenung wajah mereka bertiga. Menepuk tangan. "Hebat. Memang hebat."
"Azuria!! Kau ada pelakon yang hebat sini." Pak Kamcheng ketawa terbahak-bahak. Mak Sarisa muncul disebelahnya. "Perempuan, kau kejar lelaki itu. AKu rasa dia nak pergi ke kawasan Suria itu."
"Jadi kau buat apa sini", tanya Mak Sarisa lagi. Kadang-kadang rasa dirinya hanya dipergunakan.
"Dasar perempuan tak berguna! Aku suruh pergi. Pergilah!". Mak Sarisa terus menghilangkan diri.
Pak Kamcheng menarik Ain keluar daripada rumah. Ain meronta-ronta minta dilepaskan. "Kau ikut aku. Aku dah tahan tengok kau ini."
"Aku takkan biarkan kau buat sesuka hati!!"
Kepala Pak Kamcheng berpusing ke belakang. "Apa ini?"
Satu sepakan mengena muka Pak Kamcheng. Berpusing ke depan balik muka lelaki itu. Sepakan demi sepakan terkena pada Pak Kamcheng.
***
Afieq tercungap-cungap sebaik sahaja dia sampai ke kawasan berbatu besar yang bernama Suria itu. Dia melihat sebentuk cincin zamrud ditangannya. Aku mesti tanam ini. Inikah amanat yang diberitahu pakcik bertopi cowboy itu.
"Akhirnya kau sampai. Aku dah lama tunggu kau sini"
Mak Sarisa muncul daripada belakang batu besar itu. Wajahnya yang koyak, menyebabkan Afieq menggeletar. Mak Sarisa tiba-tiba muncul betul-betul dihadapan Afieq.
"BOOO!!"
"Bagaimana kau boleh bergerak selaju itu"
"Teleportasi lah sayang". Mak Sarisa menarik tangan Afieq. Batu zamrud yang berkilauan ditangannya.
"Buatlah kerja kamu nak. Kamu dihantar ke sini, maknanya kamu berempat adalah mereka yang terpilih." Mak Sarisa melepaskannya.
ANDA SEDANG MEMBACA
MEMORI
Misteri / Thriller4 orang pelajar daripada universiti tempatan di Semenanjung Malaysia yang pergi ke Sarawak atas sebab kajian yang mereka perlu buat tentang aspek etnik dan struktur masyarakat di situ. Bagi menjayakan projek mereka-Aziz, Afieq, Ain dan Atiqah telah...
