Jam antik berdenting 6 kali yang terletak di ruang paling tengah rumah agam Time keeper. Tanda sudah pukul 6 pagi. Dentingan itu bergema ke setiap bahagian rumah yang besar milik Adam.
Shush...!
Azuria kembali semula ke biliknya setelah menunaikan solat subuh di sebuah masjid di kawasan Sukma. Agak jauh daripada kawasan Santubong. Dia terus merebahkan tubuh ke sebuah kerusi sofa empuk dibiliknya, dibukanya kopiah.
"Sekali lagi aku berjaya solat subuh berjemaah, nasib baik sempat", Azuria bercakap sendiri. Bersyukur akan kelebihan teleportasi yang dimilikinya. Senang sedikitnya baginya untuk bergerak ke suatu tempat ke tempat yang lain pada masa yang singkat.
Meskipun para pemikir dan ahli sains banyak yang mengakui yang mekanisma teleportasi ini ada, tetapi belum ada sesiapa pun yang berjaya membuktikan teori mereka. Tetapi, kalau setiap orang ada kelebihan ini, aniaya dunia akibatnya. Kacau bilau, itulah yang diberitahu Adam kepadanya suatu ketika dahulu, selepas dia mengikat perjanjian dengan pemilik rumah ini.
" Azuria, kelebihan yang kita dapat ini, perlu dirahsiakan daripada mereka yang bukan ahlinya. Dunia belum bersedia menerima kewujudan kita. ", Adam menasihatinya setelah ikatan perjanjian dibuat. Ikatan yang memberi mereka kelebihan yang pelbagai, asalkan mereka semua mampu melakukan kebaikan dengannya, kalau tidak padahlah akibatnya. Banyak lagi orang seperti Azuria sebenarnya.
"Saya faham. Tapi tuan Adam, seandainya dunia tahu tentang kelebihan kita. Apa akan jadi?", Azuria bertanya lebih lanjut inginkan kepastian.
"Sudah semestinya kita akan diburu, mereka akan membunuh kita. Disebabkan takut akan kekuatan kita", terang Adam jelas.
"Tuan, adakah khalifah yang baru ini akan membunuh kita? Pemerintah Abbasiyah pasti akan takut akan kekuatan kita sekarang", tanya Azuria sedikit berbangga. Darah muda dalam dirinya menggelegak.
Tetapi, soalan Azuria dibiarkan bergantung tanpa jawapan oleh Adam. Adam terus mengambil buku perubatan tulisan Ibnu Sina, diberikan buku itu kepada Azuria.
"Tuan Adam, saya nak belajar ilmu kira-kira, bukan perubatan", Azuria memberitahu gurunya lalu membuka buku.
"Ilmu akan menundukkan hati kamu nanti. Membersihkan kotoran hati itu. Rasa cukup dan tidak berbangga dengan diri, itulah benda penting yang orang banyak gagal", ujar Adam.
Tok. Tok!
Pintu biliknya diketuk, Azuria terus mengangkat tubuh, berjalan menghampiri pintu.
Memori sewaktu kali pertama pertemuannya dengan Adam dibiarkan sahaja. Masih dia ingat penghijrahan daripada Eropah ke Baghdad, pada zaman pemerintahan khalifah Abbassiyah yang ke 15. Di Baghdad dia telah berjumpa dengan Adam yang merupakan ahli kimia pada masa itu.
Pintu dikuak sedikit, tersembul muka Mak Hamidah disebalik pintu.
" Zu, sarapan dah sedia, kalau nak makan, makanlah. Mak cik tahu kamu mesti baru balik daripada solat tadi dekat masjid di Sukma", Mak Hamidah tersenyum manis. Orang tua yang dalam pertengahan umur ini sudah hampir 10 tahun berkhidmat dalam rumah agam ini. Dia dan suaminya seperti ibu bapa bagi mereka semua, disebabkan kebanyakan mereka yang ada kelebihan ini dalam umur 20 hingga 30 tahun sahaja. Mereka berdua juga tahu akan rahsia kelebihan mereka dan berjanji untuk merahsiakan walau apapun berlaku.
"Macam mana mak cik tahu? Saya tak beritahu sesiapa pun?", Azuria kehairanan.
"Adam beritahu tadi. Dia dekat saf yang di belakang, orang ramai turun solat, kau tak nampak dia kali. Balik rumah, dia suruh mak cik untuk sediakan sarapan untuk kamu", ujar Mak Hamidah dalam bahasa melayu baku. "Mak cik masa tu, baru usai solat. Cepat sahaja mak cik goreng mee hoon untuk kamu". Dia ketawa kecil.
YOU ARE READING
MEMORI
Mistério / Suspense4 orang pelajar daripada universiti tempatan di Semenanjung Malaysia yang pergi ke Sarawak atas sebab kajian yang mereka perlu buat tentang aspek etnik dan struktur masyarakat di situ. Bagi menjayakan projek mereka-Aziz, Afieq, Ain dan Atiqah telah...