BAB 10

158 3 5
                                    

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa petang isnin. Langit mula kekuning-kuningan tanda senja mula menjelma. Kampung Labu Muda semakin senyap. Hanya beberapa orang yang masih berjalan ke sana ke mari. Ada urusan masing-masing, mungkinlah.

Ain merenung jauh ke arah dua orang budak yang baru balik memancing. Masing-masing membawa 4 ekor ikan. Dia beralih ke arah awan yang perlahan bergerak dilangit, dibiarkan otaknya melayang memikirkan segala pahit dan manisnya memori dia di kampus. Balik nanti masih banyak lagi tugasan yang belum disiapkan. Kehidupan di kampung memang menenangkan, berbeza sungguh dengan kehidupan di bandar. Semua orang sibuk perihal masing-masing, berbeza daripada sini.

Sekali-sekala kedengaran gelak ketawa Afieq di dalam rumah. Mesti Pak cik Kamcheng menceritakan kisah-kisah mudanya yang agak lucu. Waktu remaja dia dipenuhi dengan pelbagai masalah maklumlah budak nakal kampung. Dia juga selalu mencuri buah durian kepunyaan ketua kampung dulu. Kacau anak dara orang apatah lagi. Dia cakap dia dulu kacaklah apalah, banyak yang minat. Perasan!

Chet.chet.

Ain menjenguk ke arah kebun di sebelah rumah Pak cik Kamcheng. Sesuatu sedang menyorok di batas berdekatan dengan buah labunya.Badannya kecil tapi berbulu. Benda itu bergerak lagi, tapi kali ini menyorok di belakang labu yang paling besar di situ.

Ain terus bangun. Membawa sekali majalah yang dibacanya sejak tadi lalu terus menuruni tangga perlahan. Berjalan membongkok ke kebun. Benda itu kecil. Putih. Dibahagian punggungnya lagi tebal bulunya. Macam tikus tapi besar lagi. Takkanlah lab rat ada sini, ujar Ain kepada dirinya.

Chet.chet

Sekali lagi berbunyi, suara 'makhluk' itu perlahan. Halus. Ain mula menggulung majalahnya, bersedia hendak memukul jika haiwan itu seekor tikus. Tikus gergasi? Dimana dia letak logiknya itu?

Seekor arnab putih menjenguk kepalanya ke arah Ain. Gulungan buku dilepaskannya. Ain menghulurkan tangannya. Arnab itu menghidu jari-jarinya lalu terus berundur dan menyorok dibelakang labu.

"Allah, comelnya. Sini...sini....nak makanan ke? ", Ain terus mengambil sedikit sayur kobis di kebun itu, tanpa meminta izin kepada Pak Kamcheng. Ain mencangkuk. Dihulurkan tangannya yang berisi sayur kobis. Arnab putih mula mendekatinya.

Langkah demi langkah.

Arnab itu terus merampas sayur di tangan lalu terus makan. Setelah itu, arnab itu mula berlari ke arah batasan semak-samun yang semakin dekat dengan sebuah pokok besar yang menjadi tanda memisahkan antara Kampung Labu Muda dan hutan Madura. Arnab itu berhenti dan berpaling ke arah Ain. Umpama mengajak Ain untuk mengikutinya.

Ain berjalan menghampiri arnab itu. Arnab itu berlari lagi dan terus masuk ke hutan. Arnab itu berpaling lagi melihat ke belakang. Ain mula perasan sikap aneh Arnah putih itu. Arnab itu melompat terus ke dalam kawasan semak dibawah pokok besar. Nalurinya kuat dan yakin. Dia mesti mengikuti arnab itu. Tanpa berfikir panjang, dia terus meninggalkan kampung di belakangnya. Semakin jauh ke dalam hutan Madura. Mengejar arnab putih bermata biru, tapak kaki berwarna hitam.

Dia yakin dengan firasatnya.

***

Tuk.Tuk

Azuria masuk setelah mendapat keizinan ke dalam bilik bersidang mereka. Alisa membuntutinya daripada belakang. Menundukkan wajahnya, sedar Adam tidak lepas memerhatikannya. Cara Adam melihatnya bukan seperti lelaki lain melihatnya. Dia sedar yang Adam apabila melihatnya, dia seperti memikirkan sesuatu.

" Azuria. Alisa. Yang lain rasanya akan datang selepas ini. Kau berdua duduklah dulu", Adam menghalakan tangannya ke tempat duduk yang sememangnya dikhaskan untuk mereka berdua. Sudah lebih beratus tahun tempat duduk sebelah kanan itu untuk mereka.

MEMORIWhere stories live. Discover now