BAB 17

233 4 12
                                    

Kampung Labu Muda, 1941.


Tok!Tok!....Tok!

Ronald menolak selimutnya ke tepi lalu mengambil jam tangan di atas meja kecil sebelah katilnya. Jam baru menunjukkan pukul 6.00 pagi. Siapalah yang awal-awal pagi begini yang datang?

Sebagai wakil British memanglah tugasnya untuk memantau kampung ini, malah dipertanggungjawabkan untuk berurusan secara baik dengan penduduk di sini. Tetapi kalau untuk berjumpa pada masa ini, memang tidaklah. Ketukan demi ketukan masih kedengaran.

Ronald mengangkat tubuhnya, memakai baju dan menghampiri pintu. Dibuka sedikit pintu. Tok Minyeng terus masuk tanpa dipelawa. Tok Minyeng merupakan ketua kampung bagi kampung ini. Dialah yang selalu menjadi wakil orang kampung dan disebabkan itu juga dia memang rapat dengan Ronald Zacharias, wakil British.

"Kenapa ni Tok? Awal-awal lagi dah datang." , tanya Ronald selamba meskipun tidurnya diganggu.

"Tuan...Tuan Ronald. Saya mendapat informasi daripada kampung yang berada di hulu sungai. Tentera jepun sedang menyerang!! ", ujar Tok Minyeng tercungap-cungap mengambil nafas. Mukanya pucat lesi.

"Apa? Kau tak main-mainkan? Saya tak dapat apa-apa pemberitahuan daripada pihak atasan pun? ", balas Ronald, masih tidak mempercayai kata-kata orang tua yang berumur 70 tahun berhadapan dengannya.

"Tuan Ronald apa yang patut kita buat?" , tanya orang tua itu.

"Tok, kita pergi jumpa Sir Edward Bechame dulu. Mungkin dia ada idea, lagipun dia kan ketua saya", cadang Ronald yang sudah fasih berbahasa orang tempatan. Mereka berdua terus pergi ke rumah Sir Edward yang terletak tidak jauh daripada rumah Ronald.

Sesampai sahaja mereka di rumah orang Inggeris itu, pintu rumahnya sudah terkangkang luas. Dua orang pengawalnya sudah mati ditepi semak. Darah membasahi tangga rumah itu.

"Tuan Ronald, kamu panggil saya tadikan? ", Jack Vance, orang kanan Ronald tiba-tiba muncul daripada belakang mereka berdua. Tok Minyeng terkejut dengan kehadirannya, tetapi keinginannya untuk bertanya terbantut apabila Ronald sudah memasuki rumah ketuanya.

Sekujur tubuh berlumuran darah sedang terbaring kaku berdekatan dengan pintu bilik tidur. Ronald menolak tubuh itu ke tepi sedikit, menampakkan muka seorang lelaki yang berumur 50 tahun milik Sir Edward.

Beberapa libasan parang dilepaskan ke arah Ronald. Nasib baik dia sempat mengelak. Tok Minyeng menyuluh muka lelaki bersenjatakan parang itu. Seorang askar jepun sedang berada dihadapan mereka. Askar jepun itu cuba untuk menyerang Tok Minyeng pada kali ini, tetapi sempat ditahan tangannya oleh Ronald. Parang itu terjatuh ke lantai. Ronald dan askar jepun itu bergelut dan beberapa tumbukan diberikan antara satu sama lain.

"Vance, kau dan Tok Minyeng bangunkan semua orang kampung. Kalau dapat, suruh mereka senyap-senyap menyorok masuk ke hutan. Cepat!" , arah Ronald kepada Jack. Orang kanannya terus menggangguk. Dipegangnya tangan Tok Minyeng lalu mereka menghilang ghaib.

"Apa yang jadi tadi?", tanya Tok Minyeng kehairanan apabila mereka sudah sampai ke tengah-tengah kampung hanya dalam waktu dua saat. Soalannya tidak diendahkan apabila Jack lari melulu ke arah beberapa buah rumah. Mengetuk pintu dan membangunkan orang yang berada di rumah situ. Tok Minyeng turut membantu.

Beberapa tumbukan padu diberikan kepada askar jepun itu. Dia jatuh ke lantai mengerang kesakitan. Askar itu mengambil parangnya yang jatuh tadi, cuba untuk menikam Ronald. Ronald mengelak. Dipegangnya lengan askar jepun itu. Dikembalikan semula kepadanya, parang itu tertusuk tepat ke arah jantung askar jepun itu. Askar itu jatuh terjelupur, menggeletar.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 03, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MEMORIWhere stories live. Discover now