Prolog

616 17 2
                                    

Anastasia de la Pedro Hamoz melangkah keluar dari balai ketibaan dengan sebelah tangannya mengheret bagasi berjenama coast west. Dia tidak pernah lagi menjejakkan kakinya ke bumi malaysia. Matanya yang hijau menangkap figura yang sudah lama tidak bersua. Namun kurang jelas dek kerana matanya yang sudah rabun. Dia memakai kembali cermin matanya yang sebesar alam itu. Urgh benci aku kena pakai spec ni. Rimas tahu! Fernando Horas! Atuknya yang sudah lama menetap di bumi malaysia.

Anastasia berlari anak ke arah atuknya itu dan memeluk batang tubuh yang memang dirindui itu.

"Atukk! Lamanye ana tak jumpa atuk. Makin kering atuk eh sekarang" laung ana selepas meleraikan pelukannya.

"Amboi sesedap ajinamoto je ana panggil atuk macamtu." Cebik Fernando.

Anastasia hanya tersengih mempamerkan gigi putihnya yang dipakaikan braces yang berwarna biru itu.

Anastasia perasan akan mata-mata liar yang sering singgah di wajahnya. Lantas dia menutup pipinya yang menyimpan 1001 kenangan pahit. Nasib tiada orang yang rakam. Nanti kang tak pasal-pasal viral di pesbook nanti. Yelah tulah perangai orang malaysia yang Anastasia kaji. Ewah.

Dia menyentap tangan atuknya keluar daripada KLIA 2 itu sambil tangan sebelahnya masih menekup pipi sebelahnya. Atuknya seolah faham akan bahasa tubuh cucu kesayangannya itu.

Dek kerana kesibukan padrenya(ayah) Pedro Hamoz yang menguruskan syarikat keluarga mereka di Sepanyol , Anastasia dihantar ke Malaysia untuk dijaga oleh atuknya , di samping menyambung pengajiannya di sini. Ibunya sudah meninggalkan mereka sewaktu dia masih berusia 7 tahun.

Anastasia, gadis kacukan sepanyol-melayu. Ya ramai yang akan membayangkan seorang puteri yang jelita, serba serbi sempurna , namun tidak baginya!

Tulusly ,Where stories live. Discover now