Ting tong!
Loceng kediaman mewah Fernando ditekan bertubi-tubi macam orang gila. Sape pulak dah datang memalam camni?
Marilyn yang tengah menonton Aku bukan Bimbo di telebesen , sudah tak senang duduk.Jam dikerling. Baru menunjukkan jam 10 malam. Haih mengacau betul la. Dia sudah terpekik-pekik memanggil Mak Temah.
"Mak Temah! Kamu tak dengar ke orang datang tu? Dari tadi dimainnya loceng tu. Dah berapa lama tak korek telinga ni?", pekik Marilyn yang masih statik di sofanya.
Mak Temah yang ralit membaca novel Suamiku Hantu Raya dalam biliknya pantas tersedar dan berlari terkocoh-kocoh keluar.
"Ye madam, apa yang berlaku?", tanya dia yang masih dalam keadaan trauma.
"Tu, tolong senyapkan orang yang main loceng rumah. Kalau tak aku perambat dengan penyapu",arah Marilyn. Pantang tuk nenek dia orang mengacau waktu-waktu dia nak rehat.
"Baik madam", balas Mak Temah sambil membuat gaya tabik spring. Dia terus menerpa ke pintu.
Pintu dibukak.
Terpacul perempuan yang familiar pada matanya. Macam ku kenal gerangan wanita ini.
"Oh, Ku Zeeyra , apa hajat cik puan datang kat sini malam-malam ni? Kalau nak datang merisik saya tu, bawak-bawak bersabar lah , kot ya pun tunggu lah esok pagi", Mak Temah sudah berangan. Sejak suaminya pergi meninggalkannya demi perempuan lain, hatinya sudah tak terbuka buat lelaki lain namun untuk anak Ku Zeeyra ni, boleh dipertimbangkan kot. Pipinya sudah merona merah.
"Erk, Temah saya datang ni nak bagi rebung ni haaaa, bukan nak merisik kamu", balas Ku Zeeyra sambil menggaru-garu kepalanya yang sememangnya gatal saat itu. Agak-agak lah aku nak cari bini tua kat dua anak teruna aku tu kot. Ku Eazran dan Ku Saufi merupakan anaknya. Mimpi ngeri dibuatnya.
"Rebung? Apa natang ni Ku? ", tanya Mak Temah dengan muka yang jijik. Tekaknya sudah mual. Apa kene busuk sangat si rebung ni? Namun dia sempat control ayu supaya tampak tenang padahal boleh saja dia muntah sebaldi.
"Saya dapat dari sedara jauh. Banyak sangat dia kirim. Tu yang teringat kat Marilyn since kita ni berjiran", jelas Ku Zeeyra selamba.
Mak Temah dah pandang pelik. Dia ni takde hidung ke? Sikit bukan main berbau lagi benda alah ni , dia selamba badak je. Aku pun nak pitam dah ni.
Namun Mak Temah tetap menyambut juga huluran plastik berisi rebung itu. Nak menjaga hati. Tak baik buat orang terasa tau? Senyuman tak ikhlas dilemparkan sebaik mungkin.
"Okaylah , saya balik dulu, kirim salam kat Marilyn. Assalamualaikum", Ku Zeeyra segera pamit. Dia terus berjalan kaki ke rumahnya meninggalkan Mak Temah yang separuh sedar itu.
"Waalai..",tak sempat menghabiskan kata-katanya Mak Temah terus rebah. Di tangannya setia memegang bungkusan rebung.
"Temah! Sape yang datang? Ya allah", Marilyn yang ingin jenguk siapakah gerangan yang datang itu terus dikejutkan dengan Mak Temah yang sudah terdampar di depan pintu. Hidungnya sudah kembang kempis menghidu sesuatu yang kurang menyenangkan. Namun itu tak penting , nyawa Mak Temah lebih penting!
Terus Marilyn merangkul kepala Mak Temah atas ribanya. Air mata sudah bercucuran di pipi kerepotnya.
"Temah, kenapa ni? Cakap sape nak bunuh kamu ni?", soal Marilyn bertubi-tubi dalam sendu sedan.
"Madam..",jawab Mak Temah tersangkut-sangkut. Lagaknya seperti dicabut malaikat maut saja.
"Mungkin dah sampai ajal saya madam",sambung Mak Temah lagi. Dia menghulurkan bungkusan itu kepada Marilyn.
"Uwek, apa ni Temah? Ya allah", terus dia menutup hidungnya. Bom apa yang busuk ni?
"Ni buah tangan cik puan Ku Zeeyra bagi", jawab Mak Temah.
"Kamu ni kuat berdrama betul lah Temah! Ish geram betul aku. Hidup-hidup aku ingat kamu ni dah tak lama. Kot ade orang nak bunuh kamu", Marilyn sudah merengus kasar. Terus dihentaknya kepala Mak Temah ke lantai. Geram! Buat membazir air mata aku je.
"Aduh madam. Bukan apa madam. Saya cuba bertahan tadi tapi akhirnya saya kecundang", nafi Mak Temah lagi. Kepalanya digosok-gosok. Kejam betul orang tua ni.
"Haish, si Zee ni pun nak bunuh orang dalam rumah ni ke?", dia sudah menggeleng-geleng sambil sebelah tangannya menutup hidung.
"Pak Sahari!", jerit Marilyn. Benda tu harus dihapuskan. Habis porak peranda rumah ni dibuatnya.
"Ye madam", terus terpacul Pak Sahari yang hanya bersinglet putih dan berkain pelikat. Wah efisen sungguh Pak Sahari ni.
"Tolong buang benda alah ni. Habes satu rumah baunya",arah Marilyn.
"Baik madam, tapi ni benda apa madam?", tanya dia.
"Rebung", jawabnya sepatah.
"Owh, tak baik hina makanan camni madam walaupun busuk cenggini ha", ceramah Pak Sahari. Marilyn hanya mengangguk-angguk.
"Dah Temah masuk. Jangan mereyam buat drama festival kuala lumpur kat sini. Takdenya orang nak amek kamu berlakon. Pergi sembur freshner sana", suruhnya lagi. Marilyn terus masuk dan diikuti Mak Temah yang membuntutinya.
Pak Sahari mengambil bungkusan plastik itu dengan selambanya. Dia sudah biasa dengan rebung-rebung ni, jadi tak perlu kecoh. Dia tergelak kecil teringatkan mereka yang riuh sekampung tadi.
Mana aku nak buang ni hah?
Matanya menangkap kelibat tong sampah di depan rumahnya.
Penutup tong sampah dibuka.
"Hai Pak Sahari, lambat buang sampah arini", tegur Ku Zeeyra ramah. Dia yang belum masuk dalam rumahnya itu terlihat Pak Sahari memandangkan rumahnya sebelah meyebelah saja.
"Lupa cik puan Ku. Cik puan Ku buat apa malam-malam kat luar ni?", balas Pak Sahari pula.
"Saja, ambek angin malam. Tenangkan fikiran", jawab Ku Zeeyra. Dia hanya duduk dalam laman rumahnya yang luas itu. Selepas kirimkan rebung itu , dia saja ingin tenangkan fikirannya yang agak serabut dengan kerjanya.
Selepas membuang benda alah itu, Pak Sahari terus berlalu pergi.
Tiba-tiba ada bau yang menusuk dalam rongga pernafasan Ku Zeeyra.
Aik, bau macam rebung aku je?
YOU ARE READING
Tulusly ,
RomanceAnastasia de la Pedro Hamoz , gadis kacukan sepanyol yang nerd-juga mempunyai 'sumpahan' sendiri yang membuatkan dirinya terpinggir dan sering kali dia mempersoal takdir tuhan. Dirinya juga ingin menjadi seperti manusia normal yang lain. Hidupnya ya...