Madam Marilyn Isabella?!
Shit. Macam mana la dia boleh lupa akan perempuan tua gayut itu yang merupakan isteri atuknya!
Ana sudah menepuk dahi. Nyanyuk betul aku ni.
Dia sudah la ada krisis dengan neneknya itu. Sedari kecil lagi, dirinya tidak pernah dipandang neneknya dek kerana dirinya yang dianggap buruk itu. Neneknya itu lebih menyayangi kakak yang jauh lebih sempurna berbanding dirinya. Mungkin neneknya malu bercucukan dirinya, duga Ana.
"Masuk la Ana, lama tak jumpa makin besar eh"sapa Marilyn.
"Emm memang saya makin mengecik pun nek"sindir Ana. Eleh kemain manis lagi cakap depan aku, mentang ada atuk. Dasar plastik econsave!
Muka neneknya sudah kelat.
"Pak Sahari, tolong angkat beg-beg ni naik atas, suami saya ni mana nak larat sangat"arahnya kepada Pak Sahari yang tengah khusyuk mengorek hidung yang mungkin sudah berminggu tidak dilombongnya itu.
"Baik madam",terus driver itu angkat beg-beg dan masuk ke dalam.
"Jom, abang saya dah buat makan-makan sikit untuk celebrate kepulangan cucu kesayangan awak ni"ajak Marilyn kepada suaminya, yang masih tercegat tepi pintu.
"Jom sekali Ana". Marilyn cuba bermanis mulut di depan suaminya.
Eleh yelatu dia yang buat, tah-tah suruh orang gaji dia buat, bukan boleh harap sangat orang tua ni, gumam Ana dalam hati.
"Jom la atuk, nek dah buat special untuk Ana ni,eeee tashabarnyerw", balas Ana. Sengaja dibuat-buat gedik. Dia memang gedik. Tak perlu dibuat-buat. Kasut snicker jenama all stars itu ditanggalkan.
Ana lantas memegang lengan tua atuknya dan dipimpin orang tua itu ke dalam. Destinasi mereka ke dapur yeahh! Lantak la apa si nenek sihir tu nak jamu aku pun, dalam bab makan aku takle kompromi beb. Tapi macam mana kalau diracunnya aku?
Dia bukannya mahu untuk membenci atau menyimpan dendam terhadap nenek kandungnya itu. Tapi kisah silam dulu yang memaksa dirinya untuk berbuat sedemikian. Dulu sewaktu dirinya masih kecil dan innocent, padrenya kerap menghantar dia dan kakaknya balek ke Malaysia dek kerana kesibukan yang terlampau semenjak ibu mereka meninggal dunia sewaktu Ana berusia 7 tahun lagi. Tiada siapa di Jerman yang boleh tengok-tengokkan mereka adik beradik yang masih kecil. Di sini la dirinya tak ubah dilayan seperti hamba, diarahnya berbuat macam-macam, ditengking, dimarah itu celah giginya je. Berbanding dengan kakaknya yang lebih dilayan seperti puteri raja. Namun, Ana tidak pernah menceritakan kepada sesiapa termasuk atuknya kerana neneknya hanya akan berbuat perbuatan kejinya itu apabila suaminya tiada. Hanya Fernando yang melayannya dengan baik. I lap u tuk!
"Amboi kamu ni,bila bab makan laju je",ujar Fernando apabila melihat cucunya terlebih semangat jika melibatkan makanan.
"Mestilah tuk, atuk tahu tak Ana tadi puasa atas plane, tu pasal kebulur tahap cipan ni, nasib baik la nenek cayunk Ana ni dah prepare makanan , kalau tak Ana dah terkam atuk dah tadi",celoteh Ana panjang lebar.
Marilyn hanya mengikut mereka daripada belakang. Dia hanya diam membisu memandangkan dia dengan cucunya tidak serapat mana.
"Woaahh, banyaknya makanan nek,tapi kalau kakak Ana yang balek, mesti lagi bertimbun kan makanan? Mungkin nek tempah katering Cik Jah tepi jalan sana? Atau buat kenduri arwah eh silap kenduri kesyukuran",perli Ana. Dia memang bengang lama dah dengan orang tua tu. Nak je dia tenyeh sambal petai kat muka neneknya sorang itu. Biar rasa!
"Haish apa cakap macam gitu kat nek",tegur Fernando sambil mencuit perlahan lengan putih cucunya itu.
Ana menjerit kecil. Tak sangka pula atuknya seekor ketam. Boleh la lepas ini dia mengarang novel 'Atuk ku Seekor Ketam'. Seorang ke seekor? Dia mula keliru dengan fantasinya sendiri.
Neneknya masih berkeadaan seperti itu. Tiada riak yang terpamer di wajah kerepotnya itu.Malam itu, riuh di meja makan dengan suara Ana yang macam bertih jagung bersalut karamel yang boleh dijumpai di panggung wayang. Banyak hal yang dicelotehkannya terutamanya kehidupannya di Jerman memandangkan atuk dan neneknya yang sudah lama tidak ke sana sementelah menguruskan syarikat di Malaysia. Lagipun ibu Ana juga seorang anak jati Malaysia. Fernando hanya menjadi pendengar setia. Marilyn tidak berkutik langsung. Dia hanya memandangkan ke arah pinggannya. Sopan kan? Namun, atuknya boleh menghidu ketidakmesraan di antara cucunya dengan isterinya itu.
YOU ARE READING
Tulusly ,
RomanceAnastasia de la Pedro Hamoz , gadis kacukan sepanyol yang nerd-juga mempunyai 'sumpahan' sendiri yang membuatkan dirinya terpinggir dan sering kali dia mempersoal takdir tuhan. Dirinya juga ingin menjadi seperti manusia normal yang lain. Hidupnya ya...